Sunday, February 12, 2012

Trip ke Air Terjun Sg Pandan

SALAM SEMUA.

hai hai semua.selamat petang.da lama diam dari dunia blog.lebih
specific lagi dunia internet.da lama kot tak online facebook mahupun
 twitter.bukak laptop pun sebab nak layan english series.berseason season
 tengok tanpa jemu.ramai yang pi bilik aku geleng geleng kepala.hee.

so oleh sebab da lama sangat bosan and dok layan movie je.
terasa seperti tiada perkembangan langsung yang berlaku dibahagian otak ni.
oleh yang demikian kitaorg ramai ramai decide nak pi picnic di 
Air Terjun Sg Pandan.tapi air terjun ni lebih dikenali as Air Terjun Sg Paching 
maybe sbb berada kat daerah Paching.

pagi pagi lagi kitaorg seramai 11 orang bergerak dari Mahallah Tabari 
yang tercinta.konvoi dengan dua buah kereta.cik kelisa chomey lottey
with cik viva putih melepak. -,- abaikan nama timangan kereta kitorg.
perjalanan mengambil masa dalam 30 minit.kitaorg dari uia pukul 7.40 pagi.
sampai kat sana 8.10 pagi. sekejap je meredah highway gambang.


jalan nya agak horror sket sbb kena melalui kawasan kuari semua.da la
sunyi sepi.takda kenderaan laen.masa ikut jalan tu kitaorg semua 
bayang macam dalam filem Blok 404. -,- ! kononnyaaa la kann.
kepada yang nak buat trip ke sini jangan cuak jangan takot.da betol
da korang bila masuk kawasan kuari semua yang penuh dengan
jalan yang berlubang dan berbengkang bengkok.

masa kitaorg sampai kat sana.kitaorang la pengunjung pertama yang
tiba.seawal jam 8 pagi.hee.nak mandi manda ni harus awal pagi.bila da
ramai orang nanti segan plak.ye dak? hee.bayaran masuk dikenakan.
Untuk dewasa sebanyak RM2 dan kanak kanak RM1.berbaloi dengan
toilet yang bersih. kawasan pun dijaga rapi.takda sampah sarap.

kiri : signboard pun da horror kan kan? -,-! 
kanan : saya pemandu terlatih. -,-

jom jom berpicnic. lupakan kebosanan di uia.hee.


air terjun panching chomel lottey !

cool kan kan? xpyh cari gambar aku.memang takda sbb aku penakut. -,-

tak dalam sangat sebab tu macam berani. kbai.

datang dengan senyuman.pulang dengan senyuman lagi manis bersama
parut di lutut dan di tapak tangan. -,-!

di sebalik gelak ketawa dan senyuman manis kitaorg. ada jugak sedikit
accident kecil yang membuatkan aku memperlahankan gelak ketawa ku
bila aku terjatuh dan tersungkur di atas tanah dan menyebabkan sedikit
luka dibahagian lutut dan tapak tangan.sakittt ooouh. -,-! adehhh.
maybe Allah bagi warning awal awal sebelum aku lupa kata aku
tak reti berenang.so kena beringat la kot.hee.

konklusinya. sangat seronok picnic hari ni.berbaloi bangun awal pagi
drive dalam 30 km dengan keindahan ciptaan Nya. Alhamdulillah. 





p/s: parut utk memori indah.okay apa? :)

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

6 comments:

zuk zuhaiza said...

dah pergi mase first year.

chantek dan best kan? ehee

Ir Firdaus said...

cantiknya air terjun..
nie yg jelez nie.. huu~

P/s : mcm mane la boleh injured nie.. xcited sngt agaknya.. jgn lupe sapu ubat taw kt tempat yg luka tu.. take care!

ira said...

air terjun tu sgt best je tengok...

NARDtheNERD said...

bestnye air terjun.. :)

Zie Fauzi said...

cantiknya air terjun tu.. mesti sejuk kan berendam...

Zie Fauzi said...

Nak minta sokongan Epa untuk klik like,tweet, G+ , komen entry ni http://denaihati.com/samsung-galaxy-tab-10-1-gadget-impian-zie-fauzi boleh tak... komen kat sana banyak2 pun tak pe... Tq yer..