Showing posts with label vietnam. Show all posts
Showing posts with label vietnam. Show all posts

Saturday, May 5, 2012

Trip ke Vietnam part 3

SALAM SEMUA

hai hai semua. da lama sangat stop berblogging. part bercuti kat vietnam 
tak sambung sambung. padahal da kat malaysia dalam 3 minggu da. kain cotton 
yang beli ari tu da abis jual da. hee. maaf atas kelewatan smbung part 3 untuk trip 
 ke vietnam. tak sempat dik. balik malaysia terus je ke uia.pastu 2 minggu plak exam
  midsem. horrible btol. kelam kabut miss epa dibuatnya.okay okay. jangan melalut  
panjang.ayuh smbung part bercuti di vietnam hari tu.

hari ke empat kitaorg kat sana kitaorg amik trip ke mekong delta. trip ni berharga 
11 usd utk seorang. trip ni sepanjang hari.dari pukul 8.30 pagi smpai 6.30 petang.
6 petang kat sana da gelap macam pukul 8 kat malaysia.seharian jugak la kitaorg 
join trip tu. kalo tanya perasaan aku. bagi aku biasa je. takda apa pun. cuma
ak tak pernah naek sampan kecik melalui sungai mekong. tu pengalaman baru.
yang laen biasa je. sebab kat malaysia pun ada. terutama cuaca panas yang
membuat kan kitorang mengeluh. hee. 



gambar gambar yang sempat di snap masa kitaorg berenti rehat 
di mekong rest. sangat cantik kawasan ni diorang jaga. 


trip ni bawak kitaorg masuk dalam kampung vietnam bersama penduduk
kampung. mula mula kitaorg naek bas, lepas tu naek bot, lepas tu naek perahu,
lepas tu jalan kaki, then naek basikal. huu. 

naek perahu macam ni yang ak tak pernah buat. first time.

ayah sgt gembira menari dengan ular tu. smpai foreigner semua panggil ayah
COBRA-MAN. -.-

ayuh ayah! kita ke malaysia pakai bot. tak yah naek flight da.
haha. tuan tanah memang macam tu. -.-

setelah berpenat lelah ke trip mekong delta. malam tu semua pun tido nyenyak.
da tak pi mana mana da. hee.itulah cerita ak dan keluarga ke vietnam.
hari hari yang ak tak bgtau kat sni ialah hari di mana ak shopping sakan bersama
ummi. hee. alhamdulillah. sangat seronok di vietnam. 

ak ada pesanan sket utk sapa sapa yang berminat nak pi vietnam :

restoran halal banyak je berdekatan dengan ben than market.harga semua
mahal. tapi standard la sebab kat mana mana negara bukan islam pun memang mahal.
ak nasihatkan bawak roti dari malaysia banyak banyak.kalo lapa boleh makan. jimat sket.

mekong delta trip tu harus pergi. at least sekali. even tak seronok pun. tp 
kita lebih memahami macam mana keadaan penduduk vietnam. hasil ekonomi nya.
keadaan negara nya.

jangan terlalu percayakan penduduk melayu champa. sebab ada yang mengambil
kesempatan dengan ''islam''. kita plak memang takley dengar orang islam kan? terus je
percaya.bila kena sekali. baru beringat. conclusi nya. jangan percaya sangat.

nak pi vietnam takyah pi lama lama. paling lama 2 hari je. sebab anda akan kebosanan
smpai takda tahap da. sebab kat sana takda apa yang menarik melainkan shopping.
tidak sesuai utk remaja lelaki seperti abang ngah sy. -.- asyik dok bilik tgok espn je.
nasib baik ada bola. kalo tak, tak tahu la. hee.




 sekian dari saya, 

miss epa. 


p/s: terasa ada yang kosong. 

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

Sunday, April 1, 2012

Trip ke Vietnam Part 2

SALAM SEMUA.

hai hai semua. apa khabar kamu semua? ada yang tanya. bila nak update
part 2. da nak balik esok pun still tak update lagi. hee. bukan tak nak 
update abg abg dan kakak kakak semua. tapi tak smpat. mintak maaf ya. hee.


 hari kedua kita orang kat sini. pagi tu kitaorg jalan jalan kat ben than market.
dari hotel yg kitaorg menginap tu dalam 20 minit walking distance. jauh la jugak.
 tapi tak rasa sgt sbb dari hotel nak ke ben than market tu melalui banyak kedai.
so bley la window shopping sket. shopping je kan. -.-! dan seperti apa yang pelancong
pelancong malaysia bgtau bila datang cni. traffic nya sangat sangat menarik perhatian
sebab kat cni tak pakai traffic light pun. nak u -turn . nak ke kiri dan ke kanan 
memang takda peraturan.

 ada menara tm kat vietnam okay. :)

lepas jmpa ben than market tu. kitaorg pun jalan jalan lagi cari hotel yang selalu
orang malaysia pergi, Saigon Pink 2 hotel. ramai blogger blogger recommend hotel ni.
kata nya murah dari hotel hotel lain. tapi bagi aku la. sama je. janji korang pandai
tawar menawar. insyaAllah mesti dapat murah. hotel pun boleh tawar tawar gak
tau. mintak tak nak breakfast. pastu bgtau korang dtg lama mana. msti dapat
murah.dan facilities pun memang terbaik la.

so bila di usha usha. takda bilik dekat Saigon Pink 2 hotel yang available utk
kitaorg 4 orang. so kitaorng jalan jalan kat hotel sekitar. jumpa la satu hotel ni.
Hoang Gia Huy Hotel. nampak cam mewah dari luar. ak macam tak masuk la.
tapi ayah masuk and check harga. dapat la satu bilik 50 usd semalam utk 4 orang.
ada dua katil. hee. harga tak murah sgt pun. tapi sbb da dekat da dgn 
ben than market dan ramai org melayu. ayah kata okay la.so kitaorg pun
menginap la kat cni utk 5 hari.

ben than market :)
hari kedua kitaorg just berada di bilik and kitorg turun ke ben than market
petang nya. just jalan jalan usha pasar dan survey harga.masuk je market
tu terus je rambang mata tgok barang yang bnyk. mcm mcm jenis barang
ada. dari baju smpai la ke kasut. bagus btol diorg ni. dan yang paling penting.
jurujual smua perempuan dan lawa lawa.  so ak amik gambar situ cni.
and then balik hotel utk berehat.

 antara barang barang yang dijual. sgt merambangkan mata.-.-



p/s: nnti kita smbung lagi episode seteusnya di vietnam. :)

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

Thursday, March 29, 2012

trip ke vietnam part 1

SALAM SEMUA

hai hai semua. hari ni update blog jauh sket dri malaysia.
sekarangaku berada di vietnam. bercuti bersama family tersayang. 
sangat indah.hee.so entri hari ni nak bercerita sket pengalaman bercuti 
di vietnam. supaya bila da berusia nanti boleh baca balik. dan memori 
masih tersimpan di sini.


pada 27hb MAC, kitaorang bertolak dari LCCT menaiki pesawat Air Asia.
asal nya kitaorng berlima akan ke Ho Chi Minh. tapi oleh kerana masalah 
passport. adik aku yang bongsu tak dapat fly bersama kitaorng. saat paling
menyedihkan aku kira saat tu. nampak muka adik ak yang sgt kecewa.
nampak muka ummi yang agak terkilan. tapi takpa. pasti ada hikmah 
di sebalik apa yang berlaku. *sunyi tanpa deq mey di sini* 


ummi dan peace. -,-

kitaorang sampai di vietnam sekitar jam 8.20 malam waktu vietnam.2 jam
 perjalanan dari Kuala Lumpur. alhamdulillah. tiba di lapangan terbang 
Tan Son Nhat dengan selamat. sebelum ke vietnam. kitaorg da siap
 booking hotel dengan teksi utk pick up kitaorg.so smpai je sana terus 
ada orang jemput kitaorg.

pemandangan malam vietnam.

kitaorg menginap di hotel AVA 2 Saigon.38 usd utk semalaman.
family room.untuk 4 orang. sangat murah bagi aku. sbb kalo kat malaysia
 standard room je da rm140. facilities pun ntah apa apa. kat sini 
38 usd facilities sgt terbaikk la.bagi aku dekat vietnam ni kemudahan
 hotel sangat bagus. hee.

 
 berurusan dengan reception.

saje letak gmbr bath tub ni. sebab ak tak pernah tgok bath tub mcm ni. -.-

so malam tu lepas check in hotel. terus je kitaorg tido kerana
kepenatan.esok baru jalan jalan ya! :)


 
p/s : entri tak bnyk gmbr sbb tak amik gmbr sgt. semua takda mood. 

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.