Showing posts with label biskut raya. Show all posts
Showing posts with label biskut raya. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

Biskut Cornflakes Crunchy

SALAM SEMUA.

hari ni ak nak pi terawih dekat masjid pondok pasir tumbuh.
ayh bgtau ada imam dari sekolah tahfiz.aish.kalo
macam ni buat 20 rakaat pun rasa cam best je bila bcaan nya
di alun dengan begitu merdu.menusuk hati.ehem.
*ayt memang HARUS berpuitis cmtu*

okay kawan kawan.jom kita masuk kelas masak masak macam biasa.
hari ni kita buat biskut yang sgt sgt sedap dan selalu yang first habis
time buat open house kat rumah ak.budak budak sgt suka biskut ni.
ak pun suka.tapi xbermakna ak budak okay.ehem. 

Biskut Cornflakes Crunchy

 BAHAN - BAHAN 
105g mentega
1/2 cawan gula halus
3/4 tepung naik sndiri
1/4 tepung gandum
1 biji telur kuning
3/4 kismis
1 mangkuk cornflake dikisar halus
 CARA - CARA 
1. pukul mentega,gula halus dan telur kuning sehingga kembang.
2. masukkan tepung naik snediri,tepung gandum.gaul sehingga sebati.
3. masukkan kismis.gaul lagi sehingga menjadi doh.
4. bentukkan adunan bulat dan gaul didalam cornflake halus yg dikisar.
5. masukkan adunan bersalut cornflake ke dalam cawan kertas.
6. bakar pada suhu 160c dlm masa 15 min.





 ini lah hasil nya.ak baru buat petang tadi.aish.sungguh wangi
bau biskut. :)

sekarang kat rumah ada la 3 jenis biskut yang da siap.nak smpai raya
 sempat la ak buat lagi 3 jenis.sungguh rajin ramadhan kali ni.selalu ummi
beli je dengan kawan kawan.sekarang epa buat utk ummi.sila
touching ckit ummi kalo membaca blog ni.hee :)

ni la beberapa jenis biskut yang da siap.


p/s: wakaf che yeh lagi.

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

Wednesday, August 10, 2011

Biskut Aroma Strawberi

SALAM SEMUA.

keletihan hari ni sebab satu hari ak maen game je.haha.kurus keding da
puasa ak.aish.ingt nak buat benda len.tapi disebabkan game tu.
trus je ak terhang kat dpn laptop selama berjam jam.aish.sikap yang
haru + wajib diubah ye kawan kawan.

hari ni nak kongsi satu lagi resepi biskut raya yang sgt muda lagi
senang tapi sgt enak.ehem.so diharapkan korang bley la cuba
di dapur masing masing eh.

biskut aroma strawberi

 BAHAN - BAHAN 
250 gm mentega
180gm gula aising
2 biji kuning telur
230gm tepung gandum
230 tepung jagung
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen strawberi


 CARA - CARA 
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan esen strawberi dan kuning telur dan pukul sehingga sebati.
3. Apabila adunan sebati, campur tepung gandum 
dan tepung jagung beserta serbuk penaik dan gaul rata.
4. Uli adunan sehingga menjadi doh yang lembut.
5. Canai dan terap dengan acuan.Bakar pada suhu 180c selama 20 minit.




sgt sedap bila letak syrup choc atas dia.marvelous! :)





p/s: tiba tiba teringat dekat arwah. :\

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

Tuesday, August 9, 2011

Biskut Cornflakes Kismis

SALAM SEMUA.


hari ni lepas sahur tido sejenak.lepas tu pagi pagi lagi ayah kejut.
ikut ayah pi office dia.da mcm PA ayah pun ada.hari ni gak
pi pejabat menteri besar kelantan.dapat cek utk pelajar
yang dapat pergi IPTA oleh menteri besar kelantan.sgt seronok.
hee.pastu dapat tahu plak.penjawat awam dapat bonus.bertambah
tambah seronok nya.ehem.mcm ak keja la plak kan.ngee.


chomel la plak cupcake ni kan?


balik je rumah hari ni.log in facebook.sepupu ak tag dekat gmbr
biskut raya yang dia da buat.nmpk sgt sedap.ak plak
sgt jelous.hee.so malam ni ingt nak buat.jom usha resepinya.


CORNFLAKES KISMIS


 BAHAN - BAHAN 

150g tepung gandum
     1 sudu kecil serbuk penaik
    100g cornflakes (dikisar kasar)
    1 cawan buah  kismis
    ½ cawan badam (dicincang)
    150g mentega
    100g gula kaster
    1 sudu kecil esen vanila
    1 biji telur 

 CARA - CARA 

1. Ayak tepung gandum dan serbuk penaik bersama. Masukkan
cornflakes, kismis dan badam.gaul sebati dan ketepikan.
   2. Putarkan mentega, gula kaster dan esen vanila hingga kembang.
Masukkan telur dan pukul hingga sebati.
   3.  Campurkan adunan  dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
   4. Bentukkan doh mengikut bentuk kesukaan. Susun doh di atas
dulang pembakar yang telah disapukan sedikit mentega
jarakkan sedikit untuk biskut mengembang.
   5. Bakar dalam ketuhar bersuhu 180°C selama 15-20 minit
 atau hingga kuning keemasan. Keluarkan dari ketuhar dan biar
selama 20 minit sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.




 ni gmbr dri sepupu ak.nmpk sgt sedap.hee :)










p/s: nak menjadi seorang yg lebih baik. :)

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

Friday, August 5, 2011

Biskut Buah Buahan Campuran

SALAM SEMUA.

hai hai semua.amacam puasa? okay semua? hari ni
xsempat nak update blog.bnyk bnda berlaku dalam sekelip mata.
so malam ni secara cepat cepatnya
update resepi biskut raya baru utk korang.jom usha.

BISKUT BUAH BUAHAN CAMPURAN

 BAHAN - BAHAN 
150G mentega
70G gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
30G tepung jagung
200G tepung gandum
50G buah campur kering
50G cip coklat
50G badam cincang

CARA - CARA 
1. Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang.
2. kemudian masukkan esen vanila dan kuning telur.gaul sehingga
sebati.
3. masukkan tepung jagung,tepung gandum,buah campur kerin,cip
coklat dan juga badam cincang.uli sehingga menjadi doh.
4. canai dan terapkan adunan mengikut citarasa.
5. bakar pada suhu 170c sehingga masak kekuningan.

ehsan google :)



malam ni ak try buat biskut nestum yang hari tu.and hasil nya
sangat sedap.hee.esok ak update eh.so jom try yg baru
ni plak.ngee. :)





p/s: rantau panjang.berjalan jalan! :)

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

Wednesday, August 3, 2011

chocolate chip cookies

SALAM SEMUA.

hari ni berjalan jalan sakan di kuala lumpur.beli baju kurung
utk kak long and bju melayu utk abg ngah.memang ak adik
mithali da xbley sangkal lagi da.haha.ak beli guna duit diorg 
masukkan tiap tiap bulan.hee.so xda ah nak mithali sgt kan?ngee.

chomel la Mi-nam ni.hee :)


hari ni nak kongsi biskut raya lagi.ehem ehem.ak pun
xstart buat lagi.simpan resepi bnyk bnyk dalam blog.ada masa
kita buat eh.azam tahun ni nak beraya dengan 30 jenis biskut.
*abaikan azam yg xkan tercapai tu sebab balang biskut ada 
bijik je kat umah  -__-!*

resepi hari ni.

CHOCOLATE CHIP COOKIES

 BAHAN BAHAN 
450g tepung gandum
1 biji telur
250g mentega
115g gula halus
110g gula perang
100g chocolate chips
3 sudu besar cocoa powder

1 sudu kecil baking soda

 CARA CARA  
1. Pukul mentega dan gula sampai kembang.
2. Masukkan telur dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung+baking soda yg telah diayak, 
sedikit demi sedikit dan juga chocolate chips dan kacau.
4. Buat bulat kecik-kecik atau apa saja jenis bentuk yang disukai.
5. Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 15 minit.

sumber : MyResepi


resepi agak bnyk bhan kan? ak pun macam korang gak.xrajin nak 
nak buat resepi susah ni.tapi melalui komen komen yang diterima.
biskut ni sgt sedap.so jom la try xsusah sgt pun.


nanti da try tu jangan lupa bgtau ak.kalo rasa baik hati lagi.
pos la dua tiga keping smpai kota bharu.haha :)




p/s: bila nak belajar masak plak? asyik buat biskut raya je.huu.

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

Tuesday, August 2, 2011

Buah melaka aka ondeh ondeh bijan

SALAM SEMUA.

tak dapat dinafikan lagi.hari kedua berpuasa agak memenatkan.
mana tak nya.even hari ni ak xbuat apa apa.dok rumah usha
citer korea je.tapi tetap rasa penat mcm ak pi kerja or pi
sekolah.pening kepala pun ada.mybe sebab gastrik.tapi 
ak buat derk je.tggu berbuka.xmao diikutkan sgt perasaan penat.

so hari ni ak berjaya berpuasa utk ramadhan yang kedua.
even banyak dugaan hari ni.tapi alhamdulillah.Allah membantu hambaNya.
hari ni balik terawih je sibuk bluetooth gambar ak tolong sepupu aku
buat buah melaka.ni kuih faveret ayah tau.ayah xkan berbuka tanpa
buah melaka.29 hari puasa.setiap hari WAJIB ada buah melaka utk
ayh.punya ah fanatik ayah sy pada buah melaka.aish.

hari ni ak nak kongsi resepi 

BUAH MELAKA
a.k.a
ONDEH ONDEH BIJAN

 BAHAN BAHAN 
10 helai daun pandan -kisar dan ambil airnya
2 ketul gula melaka 
2 cawan tepung pulut
1 biji kelapa parut- ambil putihnya sahaja
3 sudu bijan digoreng tanpa minyak- 
digaulkan bersama kelapa
secubit garam- digaulkan bersama kelapa

 CARA CARA 

1- Bancuh tepung bersama air daun pandan sehingga boleh diuli serata
 lembut.Pastikan adunan tidak terlalau lembek dan keras.
2-  Cubit adunan sebesar guli, masukkan gula melaka yg telah 
dipotong kecil2 ditengah2 adunan, bulatkan, dan pastikan menutupi
 keseluruhan gula.

3- Maskkan ke dalam air yang sedang mendidih.ulang sehingga habis
adunan.
4- Bila bebola timbul,boleh la diangkat dan ditapis sebentarsebelum digaul
dengan kelapa.




kaedah membuat buah melaka.

abaikan baju tido aku yang besar itu. :)

 hasil nya.buah melaka yang sgt sedap hingga menjilat jari.hee :)

jom semua try.sgt senang dan sgt sedap. 



p/s: ak rasa mcm nak bukak gerai kat bazar ramadhan jual buah melaka.hee.

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

Monday, August 1, 2011

Biskut Nestum Kismis

SALAM SEMUA.

hai semua.da terawih da?jangan tinggal terawih tau.
taun depan belum tentu dapat jumpa Ramadhan lagi kan?
tadi ak pi bazar ramadhan.yaAllah.manusia memang ramai.
bukan melayu je.cina and india pun ada.kita kan satu malaysia.



hari ni nak kongsi ngan korang resepi biskut raya.al maklum la.
persiapan nak raya.kena ada biskut raya kan?so start hari ni
setiap malam ak akan kongsi satu resepi dengan korang.
resepi resepi ni kebanyakkan nya ak amik dari  MY RESEPI.
dan ak akan kredit kan semua resepi yang ak amik.

so hari ni jom kita kongsi resepi

BISKUT NESTUM KISMIS

 BAHAN - BAHAN 
250g BUTTER
100g KISMIS
3 cawan tepung gandum
3 cawan nestum
1 1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telur 

 CARA - CARA 
1. Pukul butter dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur,esen vanila dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung dan nestum. gaul.
4. Masukkan kismis dan uli adunan mengikut bentuk yang
digemari.
5. Bakar pada suhu 180 selama 20 min.

sumber : MyResepi


resepi ni memang sgt senang dan sgt mudah.so ak rasa ak bley
buat kot.ehem.biasa la.sy budak baru belajar.nak belajar masak
kena start dengan yg senang senang dlu kan?hee.


korang yang try bley try.pastu jangan lupa amik gambar bnyk 
bnyk and bgtau ak rasa dia.hee. :)







p/s: rayer taun ni bnyk muffin dari biskut kot. :)

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.