salam semua.
hari ni hari last kelas di uia petaling jaya ni sebab esok
dah start revision week.terasa dah bahang nak final exam bila
semua pun sibuk dok carry revision book dan bilik bilik lecture
penuh dengan student utk consultation.
hari ni ak nak bgtau korang sebab dan alasan kenapa korang
punyer blog harus tiada lagu.tapi ni pandangan peribadi ak la.
korang nak terima.ak ucapkan terima kasih.korang yang rasa
apa yang ak cakap ni xleh diterima.sila terima dengan hati
yang tenang agar xberlaku sesi mencarut atau maki hamun.hee.
so jom kita check out.sebab sebab kenapa lagu tu xharus ada
dalam sesebuah blog.
setiap manusia itu berbeza
korang kena faham bahawa setiap manusia tu berbeza.ada yang
xsuka lagu rock.ada yang xsuka lagu tamil.ada yang xsuka lagu
korea.ada yang xsuka lagu sixth sense.so bila korang letak lagu.
mesti lagu tu korang rasa best sgt kan?so korang xkisah la lagu
tu diulang 10 kali pun kat blog korang kan?tapi berlainan dengan
orang lain.mybe ada yang xsuka lagu kat blog korang.so camna?
kalo dlm business org kata 'customer first'.kalo dalam blogging.
orang kata 'viewer first' eh.hee.
pembacaan terganggu
ni pun memang terjadi kat ak.ak ni xsuka sgt bunyi bising kalo
membaca.terutama tgah nk blajar tutorial utk blog ak.memang
memerlukan penumpuan.korang byangkan kalo dok baca biologi.
tetiba ada orang bukak lagu linkin park yang memang bising tu.
cmna perasaan?xke korang rasa nak hentak je mp4 mahal tu?
sama la dengan reader mcm kitorng.last sekali ak close tab and
cari tutorial kat blog laen.
masalah lagu berlanggar dengan lagu
ha.lagu pun pndai accident gak tau.bukan benda bergerak je.hee.
kejadian macam ni berlaku bila orang suka bukak 10 tabs sekaligus.
kalo 5 dari blog yang dibukak tu ada lagu.xke cam dah kat disko dah.
naik pening kepala mendengar nyer.ak rasa bukan sorang je yang
selalu blogwalking dengan bukak 10 tabs sekaligus.kebanyakkan
blogger pun buat camtu kot.so renung renung kan lah.hee.
jangan pentingkan diri sendiri
oleh sebab kita ni hidup bermasyarakat.so jangan la pentingkan
diri sendiri eh.korang letak lagu dalam blog korang.kitaorng
yang bukak winamp kat laptop ni terpaksa pause kan dlu lagu
kitaorng.ye lah.kalo tak jenuh nak mendengar lagu melayu
bertembung dengan lagu english menghasilkan lagu jaworld.huu.
korang kena pham.kalo kitaorng nak dengar lagu mesti kitorng
dah bukak awal awal lagi winamp kitaorg.xperlu p cari lagu
lagu dari blog korang kan?
ak rasa 4 sebab ni dah cukup utk membuat kesimpulan bahawa
lagu tidak harus ada dalam blog.tapi ni pandangan ak la.
jangan cepat melatah.just renung sejenak.kot kot ada betulnyer
dengan apa yang ak gtau ni.tapi kalo korang rasa korang nak
jugak masuk kan lagu faveret korang. at least masukkan
widget lagu yang bley di'pauese'kan.
itu saje utk hari ni.jom sambung tgok drama korean yang berlambak
dalam hardisk ni.hee.
p/s: final ohhh final. :)
terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.