x
ahlan ya ramadhan!smua board2 kat uia pun dah pnuh dgn poster2 ramadhan.mcm2 activity disediakan.antaranya bubur lambuk,ifthar dgn anak yatim,talk psal bln ramadhan.mmng sgt meriah ah smbutan pd bulan ramadhan.al maklum la.bln ramadhan ni bln umat manusia.mmng bulan diberkati Allah ah.maka rugi la bg org yg xberbuat bnyk kebaikan pd bulan ramadhan ni.ehem.dah agak ke ustazah an dah.tp xpa.saling mengingati ek.hehe.so as usual.jom kita search ckit sal kelebihan berpuasa ni.mybe lpas kita thu fadhilatnyer.kita lebih bersemangat nk beramal di bulan pnuh berkat ni.
kelebihan bulan ramadhan
- Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
- Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
- Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
- Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
- Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
- Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
- Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
- Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
- Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
- Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
itu lah antara fadhilatnyer.infomasi ni aku amik dr fadhilat bulan2 islam.kepada korunk semua yg nk thu dgn lebih detail.bleh la msuk link yg ak bg tu.bnyk info2 menarik yg ada.
semalam gak.for the first time aku pergi solat terawih kat masjid besar uia.best solat kat msjid ni.solat ramai2.bru ah ada feel bulan ramadhan kn?hehe.tp bila pikir balik.aku teringat plak.ustaz arab aku pnah bgtau.perempuan afdhalnyer dirumah jer.kalo kat rumah lebih afdhalnyer dalam bilik.kalo dalam bilik.lebih afdhalnyer ttup pintu.aish!cmtu skali kot perumpamaannya.huhu.aku pun rasenyer lepas ni xpergi masjid la.ak nk jemaah kt surau hostel aku jer.kat sana ada halaqah lg.hehe.kepada korunk semua.jgn lupa pergi solat terawih tau!manafaatkan bulan ramadhan yg penuh mulia ni! :)
bulan penuh kemulian :) |
smoga kita semua mendapat berkat! :) |
No comments:
Post a Comment