Wednesday, May 11, 2011

-Doa Untuk Sahabat-

salam semua nya.

hari ni ak dah berada di malaysia.selamat tiba tepat jam 11.17 malam.
smpai je malaysia.satu benda yang paling ketara beza nya.cuaca kat
malaysia.sgt la panas.hee.mybe sbb kt nz ari tu.hari hari pun sejuk.
tetiba kat msia.panas la plak.huu.tapi ak bersyukur sgt sbb smpai
ke malaysia dgn selamatnya stlah 10 jam dalam flight.

hari tu ada sorang kawan tag ak kat satu note dkat facebook.
tajuknya :

DOA UNTUK SAHABAT

HADIS: 

"Bila seseorang mendoakan bagi diri sahabatnya sedang ia 
tidak ada bersamanya, maka malaikat akan berkata: Dan engkau 
juga akan menerima sepertinya juga"
 "Doa seseorang untuk saudaranya dalam masa ketiadaannya,
 tidak akan tertolak"

Dipetik dari Bimbingan Mukminin-Imam Ghazali
  
Bismillahirrahmanirrahim...
 Ya Allah..
panjangkanlah umur sahabatku,kurniakanlah kesihatan yang baik
padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman..

 Ya Allah..
tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah
hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, 
tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat.

Ya Muhaimin..
jika dia jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam 
jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana..
jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan
hatinya pada hatiMu.. Ya Rabbul Izzati..jika dia rindu, rindukanlah dia
pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..

Ya Muhaimin..Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu..

Ya Allah Yang Tercinta..jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta
hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu

Ya Allah..kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, 
kebahagiaan dan kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak.

Ya Rabbul Izzati..bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau 
bahagiakan hati hambaMu yang lain... AMIN


thanks eh sahabat.korang lah yang selalu ada.selalu
mengingatkan.selalu menasihati.tnpa korang xda
haifa fazwin yang sekarang.thanks sgt sbb sentiasa ada
untk mendengar dan menasihati.






p/s: malaysia.tanah airku. :)

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

4 comments:

ieda said...

sahabat yg baik adalah sahabat yg sudi dgr segala masalah kite .. :)

Mohamadazhan hjDesa said...

terima kasih kepada sahabat2 =)

mlle tqa said...

kak epa,rindu sama kamu :)

misyamissyou said...

aa.nice la doa tu..leh amalkan.. ssh nk cari sahabat sejati..kalau dah jmpe, hargailah..