Thursday, July 14, 2011

10 perkara wajib buat sebelum tido

SALAM SEMUA.

hai hai.hari ni lambat skit update blog sbb sibuk dengan urusan laen.
hari ni ayah sruh amik tiket flight pergi Vietnam.yang macam seronoknya.
ak pun bley join sbb ayah gtau ikut time cuti uia.wah!sgt seronok.
mintak mintak semua nya berjalan lancar ah.hee.

okay.hari ni ak nak citer pasal 

10 PERKARA WAJIB BUAT SEBELUM TIDUR

[ perhatian!ini hanyalah pendapat miss epa.dan setiap pendapat ni
hanyalah pandangan peribadi.yang baik jadikan teladan.yang buruk
jadikan sempadan. ]

jom kita start :

1. GOSOK GIGI DAN AMIK WUDHU
dulu ak xbley nak gosok gigi sebelum tido sbb gigi ak agak sensitif.
so kalo gosok gigi malam hari.mesti akan ngilu je.tp sekarang ak da guna ubt gigi sensitif.so da bley gosok gigi sebelum tido.gosok gigi sebelum tido sgt baik utk kesihatan sbb bakteria akan merebak dengan cepat time kita tido.satu lagi amik wudhu sebelum tido.masa ak kecik kecik dulu.ummi pesan.amik wudhu dlu sebelum tido.kalo tak nanti mimpi hantu.hee.reason utk org dewasa plak.berwudhu sebelum tidur penting sbb kalo la ajal kita time kita tidur.at least masa tu kita ada wudhu.kan lagi berkat?

aish.yg kecik cmni pun gosok gigi tau.

2. CUCI MUKA

kepada kaum hawa.hendak la korang cuci muka korang dengan 
pembersih muka dulu sebelum tidur.kalo yang make uptebal tebal tu.lagi la WAJIB tanggalkan semua make up sebelum tidur.jangan maen tido mcm tu je.kang rosak kulit muka anda.bila jerawat tumbuh melular.mula la salahkan cuaca malaysia yang panas ni.aish.-__-

3.CHECK SOLAT

yg ni pun penting eh.kot kot la ajal time tidur?mcm mna?xcuak ke
dengan azab Allah.sebelum tido tu pikir dlu.eh.ckup tak solat 5 waktu hari ni?kot kot ada yang tertinggal.so bley qada dengan kadar segera.mula mula 2 fardhu tertinggal.lama lama penuh.insyaAllah.



4. MINUM AIR

yang ni memang ak amal kan sbb ak pernah baca dalam buku 
kesihatan.kelebihan minum air sebelum tidur ialah boleh mencuci buah pinggang kita time kita tidur.so minum la segelas air putih sebelum tidur.insyaAllah.

5. BERSIHKAN TEMPAT TIDUR

harus nya kita pastikan dlu tmpat kita nak tidur tu xda bnda bnda 
yang xsepatutnya ada seperti semut,tahi cicak.make sure semua bersih dlu.pastu baru tidur.kalo tak kang.ada yang kena pergi klinik sbb semut berumah dalam telinga.aish.mintak jauh la. 



6. BARING MENGIRING KE KANAN

time tidur tu.ada baik nya kita mengiring ke kanan sbb kedudukan
jantung adalah disebelah kiri.so kalo kita mengiring ke kiri boleh menyebabkan jantung tak dapat mengempam darah dengan lancar.dan sekali gus melemahkan jantung.

7.MEMAAFKAN DAN TANAM AZAM

sebelum tertidur tu.maaf kan semua org dlu.org kata.kalo kita
mudah memaafkan.nanti org len pun mudah memaafkan kita.memang ah korang akan ckp.ckp senang.buat susah.tapi xcuba tak tahu kan?so cuba sedaya upaya utk memaafkan semua org.n then tanam azam utk jadi lebih baik pada hari esok.

8. TEPUK BANTAL

ak pernah dengar talk dari DATO FADZILAH KAMSAS.dia bgtau.
kalo kita rindu kan sapa sapa.tepuk bantal sebelum tidur dengan sebut nama dia.insyaAllah.dia pun akan teringat dekat kita.haha.korang kalo xpernah cuba.try ah cuba.kot kot menjadi.hee.

9.BACAAN BISMILLAH DAN AYAT KURSI

ummi selalu pesan.kalo nak tidur tu baca ayt kursi tiga kali.nanti
ALLAH jaga kita masa tidur.baca bismillah 21 kali nanti Allah jaga kita.time dok asrama dlu memang amal ah.sbb punya ah takot dengan macam macam jenis hantu kat asrama.aish.tapi bila kat umah.xsempat nak cukup 21 kali bismillah dah tertidur.hee.

10. SENYUM

harus la kita senyum and then tidur dengan lena.insyaAllah.
semua nya indah je time tidur.

kalo mampu senyum sechomel ni.silakan.hee.

bila da ckp pasal tidur ni.mata mula la mengantuk.ak tulis entry
ni pun sambil menguap nguap tau.aish.sje je.k lah.nak tidur jap.
dalam buku kesihatan ada bgtau.tidur tengahari adalah antara waktu
tidur yang baik.hee :)

bye bye! :)


p/s: senyum seindah suria.

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

13 comments:

Miss Y and Her World said...

lagi satu ayah saya selalu pesan sebelum tidur baca Al-Fatihah, surah 2 Qul selain ayat Qursi. btw, thanks for sharing. bolehlah amalkan ;)

Seronok Ke Iklankan Diri Sendiri Dalam Facebook?
Teguran Ikhlas Dari Seorang Lelaki Untuk Wanitanya

shandye. said...

tambah lagi:

berangan-berangan sepam dua, baca novel dua-tiga bab, layan movie kat laptop separuh jalan (sebab 10 minit movie start aku selalunya dh kroh-kroh). hahaha...

chaaa said...

nice info . hehe :D

diana said...

begayut di telepon dengan kekasih tak de ke???

mr.syazwan said...

kebykkan sama!

cume tabiat minum air tu je kdg2

sebab ada org ckp jgn minum air after kul 10 nnt buncit

huhu

cik aisha said...

elok sgt diamalkn semua ni...:)

BIG BOSS said...

kene amek kertas ni nk salin. mlm ni nk tidur bace blk nota ni.

noreybum said...

waaa..bagus jgk ada org yg tlg ingatkan tip2 cmni..nice..:)

caliph shuriken said...

nice sharing..
kiut jaa si kecik tu gosok gigi cmtu, hikk...

Mohamadazhan.com said...

menarik...kebanyakkan sunnah rasul =)

ishiko said...

lagi satu, jgn lupa off kan laptop, hehee

CikHaniBhulat said...

nice tips n share...certain thing hani buat ceratin thing xbuat =)

ieda said...

cuci muka .. basuh mulut dan baca bismillah je akak buat .. :))