Monday, February 20, 2012

sahabat itu teman

SALAM SEMUA.

hai hai hai. minggu ke minggu. hari ke hari. belajar makin 
bertambah begitu juga dengan perasaan malas. seiring dan sejalan 
diorang ni kan? harusnya selalu berubah ke arah kebaikan ya miss epa.
jangan terus lalai gitu aje ya kamuu.-,- okay apa loghat indon aku? 


masuk semester baru ni. memang normal la kalo ada azam baru. azam
kemanisan dalam hidup and macam macam jenis azam lagi. dan untuk
aku ada satu azam yang selalu ada dalam list untuk mengekalkan hubungan
baik dengan semua orang. kalau boleh taknak ada apa apa masalah dengan
sapa sapa pun. sebab aku manusia. orang lain pun manusia. tak lepas dari
kesilapan kan? yang harus kita tahu manusia itu akan selalu belajar dari
kesilapan. lupakan dan mula hidup baru.


di awal semester, dugaan nya takda la besar sangat. sekadar salah faham
mungkin.tapi bila komunikasi kurang berkesan. salah faham yang kecil pun
boleh jadi besar kan? selalu aku ingat kan diri aku husnuzon (bersangka baik)
tapi aku nyata manusia biasa. susahnya ya Allah. 

wahai sahabat ;

aku menyayangimu kerana Allah. 
aku memandang mu dengan penuh rasa kasih.
supaya kau tahu kau bukan seorang di dunia ini.
bila aku menasihati mu. bermaksud aku sayangkan mu.
bila aku senyum pada mu. bermaksud aku ikhlas menjadi teman mu.

semoga hari hari mendatang aku dan dia lebih baik. dan akhirnya aku
pun tahu kenapa dan mengapa.



p/s: belajar utk melupakan.

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

5 comments:

Nyamuk Terbang said...

tabah hadapi cabaran

Afiqah said...

amin :)

Unknown said...

kekalkan hubungan baik sesama manusia itu penting... =)

Ir Firdaus said...

semoga kamu tabah dalam menempuhi ujian dan dugaan yg mendatang.. Aminn~

kurus said...

winduuu nye
nak singgah umah epa ..
sihat dik ??