Wednesday, August 29, 2012

Kenapa kita susah nak berubah ?

SALAM SEMUA.

hai hai semua. tajuk entri hari ni punyalah panjang kan ? ilham nak tulis benda ni
muncul apabila ak dok termenung selama 5 minit depan cermin sbb dok fikir
kenapa lah susah sangat aku nak berubah kepada benda yang lebih baik ?
benda yang kita tahu dari kecik lagi. benda yang Allah janji utk kita.kenapa
takley nak berubah even banyak sangat da bukti terpampang jelas depan kita.
sebab nafsu kah ? sebab syaitan kah ?


faktor kita kena berubah ke arah lebih baik ;

sebab Allah da bagi yang terbaik untuk kita. Allah bagi kita pointer elok.
Allah bagi kita family yang takda kes cerai berai.Allah bagi kita rupa paras elok.
takda cacat cela. Allah bagi kita wang. even takley beli dunia ni tapi mampu
beli smua keperluan yang kita nak. Allah bagi kita kawan kawan yang baik even 
ada yang tikam belakang. semua pun Allah bagi kita kelebihan yang baik baik.
kalo pun ada kesusahan itu sebagai hikmah untuk kita lebih sabar, tabah dan
buat kita jadi kuat.

tapi kita ;

tapi kita ni. selalu saja buta kan ? kata percaya Allah ada. tapi kenapa kita
tak pernah ikut semua yang Allah wajibkan kita buat ? sebenar-benarnya kita
percaya ke tak Allah itu ada ? hati kita yakin ke Allah itu ada ? kalo percaya,
yakin. kenapa kita masih tak solat, masih tak tutup aurat dengan baik,
masih tak puasa ? kalo kita yakin Allah ada kenapa kita takda pun perasaan
takot kat azab dan seksa yang diceritakan dalam al-quran ?


kawan-kawan yang masih membaca dan untuk diri saya sendiri. kita da lama
sangat da lalai. da lama sgt da mempersendakan apa yang Rasulullah tegakkan
selama ni. kita gembira dengan diri kita yang tak tutup aurat. kita gembira dengan
diri kita yang ada kekasih hati. kita gembira dengan diri kita yang selalu lupa 
dengan Allah. kita dengar ceramah ustaz azhar. then kita gelak gelak semua.
tapi kita tak amik port dengan apa yang dia bagitau. yang kita kesah hati kita
 dengan lawak ustaz.takda apa yang berubah selepas itu.itu lah kita.

cara untuk berubah ke arah lebih baik ;

kalo kita tak mampu buat semua sekaligus. kita buat
secara berperingkat. kalo tak mampu pakai tudung bidang besar. mulakan 
dengan tudung biasa dulu. kalo da pakai tudung biasa. mulakan dengan fashion yang
tutup dada. bukan selempang nampak dada. then ada gambar yang kena curi pastu
diorg tulis caption pelik pelik. kita angin satu badan marah situ sini. tapi kita dulu yang 
memberi secara percuma kepada mereka.ingat la. kita bukan benda murah utk di jual 
dan ditayang macam catalog barang. pilih yang mana berkenan.

di sebabkan kita sekarang berada di dunia internet. so banyak benda kita buat 
bergantung pada facebook, twitter dan apa saja lah yang seangkatan dengan nya.
dekat facebook tu like la page page yang boleh bwk kita utk berfikir dan berubah.
banyak lagi page page yang mempunyai status yg boleh buat kita berfikir.
dok harap hidayah Allah datang tapi dok like page page artis malaysia, artis korea,
artis hollywood. bila minda nak terbuka kan ? aku tak bercakap pasal org laen. aku
bercakap pasal ak sendiri sbb aku like page neelofa kot. -___-


bagi aku faktor untuk berubah ini bukan terletak pada kawan-kawan atau 
persekitaran.tapi dia terletak pada hati kita dan di dalam hati kita itu letaknya 
keyakinan kita pada Allah. orang yang benar benar percaya Allah itu ada takkan
pernah melakukan apa yang Allah larang dan bersungguh sungguh melakukan
apa yang Allah suka.


entri ni ditulis untuk meng-sentap-kan diri sendiri dan orang orang yang ak sayang
sebab aku nak kita semua dapat syurga Allah. 




p/s: jangan sentap sentap sangat. ada hikmah Allah suruh awak baca entri ni. :)

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

2 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

entry yg bagus :)

Aishah Jahirah said...

pun turut termenung...betul kdg2 susah betul nk berubah padhal benda tu baik utk diri...kna lbh istiqamah rasanya..