SALAM SEMUA
hari ni dengan baik hati nya nak update pasal trip korea ari tu sebelum segala-galanya di lupakan dalam kepala aku ni. aku ni da la jenis cepat lupa. seelok-eloknya aku cepat cepat abiskan cerita pasal trip ni. aku akan bg tentative tempat yang aku rancang akan pergi. so that korang bley la tahu cara nak ke sana dan detail bajet. lets start !
Pada 11hb August kitaorg bertolak dari LCCT jam 8.00 pagi waktu tempatan ke Busan, Korea. kami semua selamat sampai di Gimhae Airport, Busan pada jam 3.45 ptg waktu korea. Masa smpai tu terasa lah bahang panas sebab di Korea sekarang ni musim panas. Aduhh, sama macam di Malaysia. Suhu mencecah 32 degree tak silap aku. kalau yang bukan islam tu confirm diorang pakai baju takda lengan dengan boxer kecik then pandang kitaorg pelik sbb sanggup bertudung bagai di musim panas ketika itu.
Masuk je airport, kitaorg macam nak ke mana nak ke mana. haha. biasa la.semua pun tulisan bulat bulat. mana kami paham. selepas tu semak balik kertas tentative yang buat. dekat situ tulis cari bus limousine utk ke Busan Ktx Station. Tgok papan signbord. takda tulis pun. then kitaorg ke tourist information. Kat sana diorg dengan muka manis dan friendly nya bagi tau kitaorg amik bus No 2. NO 2 ya kawan kawan. Korang keluar Gate 3, then ke kanan. depan tu skit je ada papan tanda Bus No 2 macam ni ;
Amik gambar senget. -,-
Dekat situ diorang sediakan tiga buah bas ke tempat berlainan. So korang kena tgok maklumat yg di tulis di bus tu. ada la dia tulis Busan Station. Masa bus smpai pun ada ditulis di situ dan sememang nya tepat masa tu bus akan datang.
Tmbang plak ialah 6000 won seorang.
semua gambar pun senget. pening baru turun flight barangkali. -,-
ummi dan adik aku tengah tggu bus. bus yang belakang tu salah satu bus yg berenti kat platform 2. dekat bus tu takda tulis busan station kan ? kalau nak ke busan station korang tggu bus yg ada title busan station. :)
Perjalanan dalam 30 min dari airport ke Busan Ktx Station.Melihat pembangunan bandar Busan, buat aku tak sabar nak ke Seoul. yelah. Ni bukan ibu negara lagi. tp jauh maju Busan dari bandar Kuala Lumpur kita. huu. Kenyataan yang agak sedih.
Kami tiba di Busan Ktx station dalam pukul 5 ptg. Kitaorg punya tiket KTX (Kereta api laju Korea) jam 630 ptg. Aku saja amik lambat skit takot incase AirAsia delay. Korang boleh book tiket KTX di SINI. Better book awal utk tiket lagi murah. Nak book kena pakai kad kredit. Then nanti diorg akan tolak duit di card credit. No cash. Tambang Ktx dari Busan ke Seoul untuk tiga orang ialah 163 200 won utk tiga orang.
rupa paras busan station.
Atas train KTX tu ada je orang jual jual snack dan coffee. tp kitaorg tak bape nak makan sangat. so aku yang memang dikenali sebagai hantu tido atas keta/train/kapal terbang. Memang aku tido smpai la da nak smpai Seoul. Heaven sungguh. haha.Tempat duduk yang selesa dan ada wifi lagi atas train. so korang takkan rasa bosan pun.
bersih rupa paras KTX train ni.
adik aku bermanja dengan oppa korea. -,-
Kami tiba di Seoul jam 9.12 malam waktu korea. Perjalanan ktx busan ke seoul mengambil masa selama 2 jam setengah.Tiba di Seoul. ada adik kawan aku yang tengah belajar di Seoul, jemput kitaorg. Adik aku da bagitau siap siap mintak tolong dia datang. Sebab kitaorg kan macam pening skit nak ke mana ntah waktu waktu malam macam ni. adehh.
Nasib baik kawan adik aku ada. So kitaorg bagitau dia, nama guesthouse yang kitaorg nak duduk tu. dan lokasi nya di Myeongdong. Dari Seoul station, kita amik track number 4. so korang follow papan tanda arah track 4. Kalau tak sure korang tanya je tourist information. Confirm diorg akan bgtau dengan friendly nya kat korang.
Dari seoul station nak ke Myeongdong hanya beza satu station sahaja. Maknanya dekat je. Kitaorg menginap di Namsan Guest House 3. Guest house yang selalu orang Malaysia duduk.Dari Myeongdong station korang amik exit 3. Dari Exit 3 tu korang keluar je akan nmpak pacific hotel sebelah kanan. korang jalan menghala ke pacific hotel. masuk lorong sebelah kanan. ada nmapk 7e then jalan straight je. Then confirm korang akan nmpak NamsanGuest House yang berwarna hijau putih. then ada mcm tanda kubah masjid.
Disebabkan aku book da lambat guesthouse ni. So that, tempat tinggal di Namsan 3 da penuh. so dia bagi kitaorg bilik di bangunan lain. dekat je dengan namsan guest house 3 tu. Aku amik bilik vip 3 utk 4 orang duduk sebab ummi kata takpa bayar mahal skit janji selesa.dan memang sangat selesa sebab bilik tu sangat kemas dengan mesin basuh dan dapur pun ada disediakan.
sangat di sarankan tinggal di sini.so korang boley book melalui booking.com or masuk page namsan guest house : www.namsanguesthouse.com .
by the way, nak bagi tahu yang kitaorg bawak beras and rice cooker dari Malaysia. haha. di sebabkan ummi aku ni ada penyakit was was dengan masakan orang bukan islam. so nak tak nak kitaorg bawak bnyk makanan dari Malaysia.Nanti aku bagi cadangan kat korang psal makanan tu di entri terakhir cerita korea ni ya.
sampai situ dulu. nanti kita sambung next entri plak ya.
till the,
wsalam.
p/s : kami tak terkesan dengan kau. sebab kami tahu kami kuat dari kau. :)
1 comment:
syok nya dpt g korea ^_^
Post a Comment