Saturday, February 7, 2015

Pendaftaran SSM untuk Bisnes Online

SALAM

Hai semua. apa khabar ? harap semua nya sihat sejahtera la ya. Sekarang ni musim sibuk da kembali lagi. Practical untuk teaching practice da start da. Bangun awal pagi, pukul 10 malam da atas katil nak tido. Lelah setiap hari. Fuhh.

Sebelum bebel terlalu banyak berkenaan hal peribadi. Molek lah kiranya kita sambung pada topik kita berkenaan pendaftaran syarikat atau pendaftaran SSM bagi perniaga online mahu pun offline. Ramai yang text aku bertanya pasal pendaftaran syarikat ini sebab minggu lepas aku ada post di facebook bahawa The Ishaa sudah secara rasmi berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 

First of all, kenapa kami berdaftar ? Sebab pertama kena berdaftar supaya perniagaan ni sah di sisi undang undang negra Malaysia. Satu sebab lagi kerana aku secara seriusnya mahu terus berada dalam bidang perniagaan ini. 

no pendaftaran untuk The Ishaa seperti di atas. 

Selain sebab sebab yang di atas, sebab yang paling besar ialah untuk pinjaman perniagaan. Tahukah adik adik dan kakak kakak semua. Semakin lama tempoh syarikat korang ditubuh kan atau di daftarkan, semakin cerah peluang korang untuk mendapat pinjaman TEKUN atau pinjaman bank. Pihak bank akan lebih yakin bila tgok tempoh dan kestabilan syarikat kita. Maka nya daftar lah bila korang memang yakin dan berminat utk berada dalam bidang ni dan nak kembangkan perniagaan korang dengan lebih meluas lagi.

Kepada yang tertanya tanya mcm mna nak dftar boleh straight ke pejabat SSM seluruh Malaysia. Proses nya sangat la senang dan sgt sekejap. Sangat mudah. Korang kena bawak salinan ic pemilik dan yuran pendaftaran utk setahun berjumlah RM70. Bagi yang ada dua atau lebih CEO atau pemilik, kena bawak surat perjanjian perkongsian ya. yang lain semua sama saja. Itu sahaja. Dan bagi yang nak daftar online (not recommended sbb process terlalu bnyk dan server tak elok, lembab sgt) atau ada sebarang kemusykilan boleh tgok di ; 

http://www.ssm.com.my/







terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

4 comments:

Cik Ain said...

Cantik laaa baju tu..

Cik Ain said...

Cantik laaa baju tu..

NJihe.am said...

Salam singgah, jemput segmen: novel diagnosis, header, topup,
vector art, tudung bawal untuk dimenangi..
http://studioous.blogspot.com/2015/02/1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt-by.html

Najib Ariyan Ali Basha said...

selamat maju jaya dalam perniagaan yer... semoga bertambah sukses di masa mendatang...

salam singgah