Monday, August 2, 2010

-bidadari dunia-

tajuk pun agak puitis ek ari ni.hehe.al maklum la.ak tulis entri ni waktu senja.bilik ak ni tingkat 4.tggi melangit.so.kalo dah senja tu mmang cntik sgt ah bndar petaling jaya ni.bila ak dok tgok senja yg sgt cntik ni.terpikir gak betapa cntik n indahnyer kurniaan Illahi ni.bkn stakat senja je.tp gak makhluk2 ciptaanNya.ehem.mmng sgt islamik n puitis yer.mood time ni kot.hehe.ak ada smthing tuk share ngan korunk.ak bc lam majalah al-Muslimah dr kakak ku.

istimewanya seorang wanita:
  • dunia ini adalah perhiasan dan sebaik2 perhiasan ialah wanita yang solehah.
  • sebaik2 wanita ialah wanita yang apabila engkau memandang kepadanya,ia menggirangkan engkau,jika engaku memerintah ditaatinya perintah engkau(taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
  • salah satu tnda keberkatan wanita ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya.
  • wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah,Allah akan berkatkan rezekinya.
  • wanita yg mnyapu lantai dgn berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.
  • stiap wanita yg mengeluarkan peluh ketika membuat roti(memasak), Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka,jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.
  • bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orng yg memberi makan kpd 1000 org lapar dan memberi pakaian kpd 1000 org yg tdk berpakaian.
  • wanita yg meminyakkan rambut anaknyer,menyikatnya,mencuci pakaian mereka dan memandikan anaknya itu,Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata org2 yg memerhatikannya.
  • wanita yg meminyakkn rambut n janggut suaminya,memotong misai dan mengerat kukunya,Allah akan memberinyer minum dr sungai2 serta di ringankan Allah baginya sekaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman2 syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintasi titisan sirat.



hebat kan kita coz dilahirkan as a wanita.bnyak kelebihannya.bila ak bca sal kelebihan be a wanita ni.ak rsa bersyukur sgt.wlupun kaum wanita lebih ramai di neraka berbanding kaum lelaki.tp kita ada bnyk cara utk dpt pahala.insya Allah.bila dah thu sal kelebihan wanita ni.ak rsa cam nk jd suri rumah jer.n xpyh ada pmbntu rumah.coz rugi kot.menyapu rumah pun dapat pahala cam sapu baitullah.sapa xnak kn?hehe. 



wanita solehah! :)


cantik! :)

p/s: ak pun xtergolong lam golongan wanita solehah!bila nk berubah ni?(-_-)

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

2 comments:

ASHWAD said...

wooot info baru yg aku dapat..sblom ni x tahu pon...best2..keep it up haifa lemah lmbut..haha

missepafazwin said...
This comment has been removed by the author.