Monday, August 1, 2011

kesilapan orang ramai menyambut Ramadhan

SALAM SEMUA.

hai hai semua.da solat terawih da?awal awal bulan ramadhan
ni memang ramai org.nak dok saf depan pun susah.org rmai.
alhamdulillah.dan harap nya semua pun bley kekalkan
kerajinan mcm tu sehingga ke ramadhan terakhir.amin.

senyuman itu sedekah. :)

so ari ni nak kongsi ngan korang.

kesilapan orang ramai menyambut 
ramadhan.

1. Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan 
sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa
 sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti 
mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum.
 Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa
 jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu.
 (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

2. Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. 
Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat 
keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah
                 Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur  bercanggah dengan 
sunnah baginda.adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh 
Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3. Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. 
Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya 
adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya :"dan ketika waktu-waktu 
bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

4. Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan 
yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa.
 Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman 
sesorang. Justeru, ‘ponteng’ solat dengan sengaja akan menyebabkan 
pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering’ pastinya.

5. Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. 
Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. 
Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat
 fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah 
yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya 
secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

6. Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.
 Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat
 utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah 
untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap 
ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW 
di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, “Sesungguhnya sesuatu 
amalan itu dikira dengan niat”. (Riwayat al-Bukhari)

7. Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari 
dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat 
dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam
 sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan 
mengurangkannya di Ramadhan ini.

8. Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. 
Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut
 berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. 
(al-Jami’ as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

9. Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah’ bagi sahur. 
Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 
‘lampu amaran oren’ yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi 
mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah 
waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, 
janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak 
lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. 

10. Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. 
Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke 
masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah dan didedahkan 
                Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari 
mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.berjalan dan naik tangga
 masjid di hadapan jemaah lelaki.  

11. Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram,
 samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan
 kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata 
kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan
 riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam 
dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan ‘tanpa Syaitan’ ini, 
bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke 
pangkal jalan di bulan lain.

12. Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu 
lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam.
Nabi SAW telah menyebut :-
Ertinya : “Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, 
pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan 
doa orang yang di zalimi” 
( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi.Ahmad Syakir : Sohih )

sumber : facebook

okay semua.harap memberi ilmu sedikit sebanyak kepada semua.
ada info nye ak edit skit.so kalo nk baca penuh bley click dekat link kat atas.aku kurang faham fakta number 11 tu.so sapa sapa yang tahu detail.bley la komen eh.thanks.




p/s: ilmu itu WAJIB dikongsi.

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

6 comments:

miho amyra said...

insya'allah dijauhi amalan tak elok ini....

salam ramadhan =)

Damn Nations said...

Nice info... Terima kasih kerana berkongsi (^^,)

kurus said...

terima kasih atas peringatan ini dik ! .. selamat berpuasa :)

Farra said...

good info , nak share ye :)

Yanaa said...

salam ramadhan al-mubarak..semoga ramadhan taun inie membawa seribu satu keinsafan dan kerahmatan dari-Nya..amin..

nanad said...

Boleh akak komen utk fakta 11? :)

- Satu sumber riba yg kita xsdr ialah interest2 yg kita dpt or byr ke bank2 simpanan kita. Cth bila kita simpan duit kat bank ni, nnt bank ni akan bg interest 3%. Kita pula xtahu bank ni guna duit kita dlm pelaburan apa. probably arak ke, judi ke etc. Duit kita bertmbh dr apa yg kita simpan n sumber ptmbhn pula dtg dr sumber syubhah.

-Cth lain, bila kita beli kereta or rumah, kita selalunya kena byr extra kt bank as interest. Tu kira riba. or pinjam duit dr bank, kena byr interest bbrp percent. Riba juga.

-Riba ni adalah 1 ketidakadilan dlm perniagaan/anythg that involves money or harta. Typical kes utk kita is urusan kita dgn bank2.

- Bila kita still terlibat dgn riba n kita tahu ia haram, maknanya ada dosa yg still dicatit dlm buku amal kita sbb Allah sebut direct dlm Quran riba tu haram.
If tak tahu, wallahualam akk xpasti. Probably akan dicatit krn xberusaha cari pengetahuan ttg riba ni. Nauzubillah.

- Riba = perang dgn Allah n Rasul tu iA rsnya fakta sahih. blh cr hadis.

- if dlm bulan Ramadhan yg takde syaitan kita xprevent diri/ do smthg dr terlibat dlm amalan riba ni, maknanya pd bulan2 lain kemungkinan bsr mmg kita xkan blh buang pbuatan tu. Bukan riba je, semua perbuatan2 dosa kita lah. Ramadhan kan bulan latihan utk kita buat yg disuruh n xbuat apa yg dilarang sbb kurang bisikan2 jahat tu:)

- Tp riba ni mmg susah utk kita control or buang, sbb kuasa bukan atas tgn kita tp pihak lain yg kita depends on, cth bank. one way to prevent this is by joining any islamic package from bank. mcm cdtcard ada cdt card islamic, nak pinjam duit dr bank ada pinjaman islamic etc. bleh cek dgn bank. cmtula :)

Sorry pjg plak. hehe. Akk xsure yg mana awk xfhm. n akk pun xberapa arif ttg riba ni, tp iA dishare oleh org2 yg lebih arif. blh tnya kwn2 yg amek economics, they shud know better :)

Semoga bermanfaat. Wallahualam.