SALAM SEMUA.
disaat minggu minggu terakhir study week ni.macam macam
kerenah la kita bley tgok.rmai student jadi zombie.study smpai
lewat malam.ada yang tak tido.ada yang tak mandi.ada yang
tak makan.aish.macam macam la.smua pun mengimpikan result
yang terbaik.so smua pun berusaha bersungguh sungguh.kalo
la ada parent yang duduk sekali ngan student dalam hostel ni mesti
diorg kagum tgok anak anak diorg berjuang utk mengembirakan
hati setiap ibu bapa.
okay.selesai tazkirah pendek miss epa.jangan panjang panjang lagi.
nanti jadi khutbah jumaat plak. -__-
hari ni nak kongsi ngan korang ilmu bermanafaat yang diambil
dari status seorang junior.sgt berterima kasih atas ilmu yang dikongsi.
PETUA PENTING IMAM SYAFIE.
4 perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
4 perkara melemahkan badan1. banyak berkelamin
(student sekarang suka tengok blue)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
4 perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
(student perempuan bercelak untuk ke kelas je)
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
4 perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
(ramai student suka tengok kononnya berani)
3. melihat kemaluan (apatah lagi tengok bahan lucah)
4. membelakangi kiblat
4 perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA dan AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
so harap bley la diamalkan oleh student student time belajar ni.
kadang kadang macam cara da buat kan utk senang belajar.
tapi still susah nak ingat apa yang dibaca.jangan putus asa
kawan kawan.rahmat Allah tu luas.
p/s: selagi ada sabar utk kamu.
4 comments:
nice share! ^_^
TQ sharing dik
selamat tahun baru !! semoga kejayaan meyusuri perjalanan epa di tahun baru ini ;)
ni adik wani ke
salam ukhuwah...
nice sharing! seronok bace.. :)
Post a Comment