Wednesday, January 25, 2012

Lejar Untukku Hidup part 2

SALAM SEMUA.


baca part 1 : disini

Suatu petang Sabtu, tatkala pulang dari perpustakaan awam setelah 
menelaah pelajaran bersama sama, dia dan Hakim berjalan seiringan ke
sebuah taman. Kelihatan dua orang lelaki cina sedang berlari lari anak.
Dia dan Hakim duduk di sebuah bangku. Minda nya kini tenang setelah 
memandang panaroma indah di depannya.


" Aida ". Dia menoleh ke arah Hakim.Matanya bertembung dengan Hakim. 
Dilarikan anak matanya dari terus ditikam oleh anak mata Hakin.Dia nyata 
kurang mengerti apa yang akan disampaikan Hakim. " Saya nak bagi tahu 
awak sesuatu ni." , ujar Hakim tenang.Keadaan diam.Bunyi kicauan 
burung memenuhi ruang antara kami.

"Tapi saya segan.", suara Hakim memecah kesunyian.Dada Aida bergetar.
"Sudi tak awak jadi teman istimewa saya? " tanya Hakim perlahan.
Aida terkesima. Dirinya bagai patung. Tanpa sebarang reaksi.Hakim
bertindak lebih berani cuba menyentuh tangannya.Cepat cepat dia menarik
menyebabkan mata Hakim membuntang.


"Maafkan saya, Hakim. Saya sebenarnya bimbang. Bimbang benda seperti 
ini berlaku." ujar Aida sopan.Tidak mahu mengguris hati Hakim. Pandangannya
beralih ke tanah. " Saya sudah berpunya ".Hakim kelu tidak terkata.
"Jadi, mengapa.. " , Hakim tidak meneruskan perkataannya sebaliknya bangun
lantas melangkah pergi dari situ.

Dia masih di situ. Memandang jauh ke langit. menarik nafas perlahan.
" Maafkan aku Hakim. Sekelumit ilmu memaksa aku bertindak begitu.
Aku adalah kepunyaan Tuhan ku.Tuhan telah menghantar setiap orang yang
beriman dengan misi yang tersendiri. Misi yang jauh,. terlalu jauh. Jihad
akademik bukanlah seperti jihad di medan peperangan. Di zaman yang
kacau kini, jihad ilmu ialah kerja hidup dan mati. Dunia memerlukan satu
paradigma baru untuk menyelesaikan kekacauan yang menimpanya pasti
menuntut iltizam dan pergorbanan yang tinggi. Jadi lupakanlah aku. Biarkan
aku dengan duniaku dahulu, Hakim. " Dia merasai bergugus-gugus ketenangan
masuk ketubuhnya.Diam seketika.


Anak matanya masih memandang laut.Nun di hujung sana, tempat pertemuaan
diantara langit dan laut, dia terpandang arwah ibunya. Di tengah air yang tidak
pernah tenang itu kelihatan pulau berbalam balam.Jauh terasing, bersendirian.
Sepert dirinya sekarang.


hasil nukilan : Haifa Fazwin.

da abis da.semoga memberi iktibar kepada semua.ketabahan
hati diperlukan untuk usaha murni. :)



p/s: teringat memori dlu.

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

4 comments:

reenapple said...

nice story.. =)

kadang-kadang ada benda yg perlu dikejar dari perasaan cinta. mungkin cinta itu boleh tunggu kemudian..=)

Wani Fazwin said...

Sejak bile plak budak ni menulis cerpen ni..?

budak kacamata said...

nice story: byk mensej tersirat..keep it up dear..!

Aida Azryn said...

wahhhhhhhh.. ada watak aida lah! hihi