Saturday, September 15, 2012

Cara Menggunakan SF Beauty Skin Care

SALAM SEMUA.

update secara cepat dan penuh kepenatan. baru balik daripada seminar
 fesbuk power 2012 by Bryan Gan. sgt seronok untuk menambah ilmu 
pengetahuan. penting bagi usahawan muda mcm sy untuk belajar dari 
yang pakar. takmao bebel panjang. hari nak cerita macam mana nak 
menggunakan produk SF Beauty dengan betul supaya kesan nya lebih 
efektif. harus baca kepada semua pengguna SF Beauty.

CARA PENGGUNAAN YANG BETUL 

Bagi pengguna baru, adalah penting bagi anda memahami dan 
mengetahui cara betul pemakaian produk Sf Beauty agar anda mendapat
 hasil yang diidamkan serta berbaloi dengan wang yang dikeluarkan
 untuk membeli produk ini.

Pertama sekali, pastikan ada memilih set yang sesuai dengan
 masalah kulit anda (sabun pembersih sahaja yang berbeza, krim siang
 dan krim malam adalah sama)

sabun Vit-C (warna hijau)
khusus untuk kulit sensitif/jerawat, 
banyak parut atau terlalu berminyak. Ia juga sesuai bagi
 mereka yang mempunyai masalah resdung kerana ia bertindak 
lebih lembut pada kulit.

sabun Vit-E (warna kuning)
 untuk kulit normal, kering, gelap, kusam, 
tona tidak sekata, pori2 terbuka, kedutan halus, berjeragat 
(sesuai untuk mereka yang tiada masalah kulit teruk
 terutama bagi yang berusia 30-an ke atas)

Asas penggunaan :

1 ) cuci muka dengan sabun 2 kali sehari 
(waktu pagi dan sebelum tidur)
2)  gunakan krim malam pada malam hari
3) gunakan krim siang pada siang hari 


Krim pekat dan agak melekit. Di awal penggunaan, sila sapu
 pada wajah yang tidak dilap kering atau basahkan jari dengan
 sedikit air agar sapuan lebih mudah dan licin. Ia biasanya di alami 
oleh mereka yang berkulit kusam, kering atau berjerawat. Bagi 
mereka yang sudah memiliki kulit wajah licin bersih, sapuan 
krim sangat mudah. Cukup dengan calitan nipis sahaja sudah memadai.
Produk Sf Beauty tidak mengandungi hidroquinon yang menipiskan 
kulit muka, merah/memeritkan kulit muka namun tidak 
disarankan pada mereka yang memiliki kulit sangat sensitif dan alah 
pada bahan kosmetik. Ia membersih dan merawat secara lembut
 dan semulajadi.

Kebanyakan pengguna yang memiliki kulit kusam dan kurang 
penjagaan wajah sebelum ini akan mendapati kulit mereka mengalami sedikit penggelupasan halus pada minggu 1-2. Ini disebabkan lapisan sel2 kulit mati
 di permukaan kulit tertanggal, proses penggantian sel2 baru berlaku bagi 
menghasilkan kulit yang lebih bersih, cerah dan licin sekata.


Jika di awal penggunaan muka terasa pedih, hentikan penggunaan
 krim malam untuk beberapa hari tetapi rutin pemakaian sabun pembersih 
dan krim siang usah diabaikan. Selepas kulit pulih baru gunakan semula 
krim malam seperti biasa.

Antara kesan awal yang lain ialah rasa gatal gatal di tempat yang 
bermasalah dan pengeluaran minyak berlebihan untuk beberapa hari sahaja.
 Kemudian keadaan kulit kembali normal, terasa segar, lembab semulajadi, 
halus dan anjal secara beransur-ansur.

Berapa lama untuk melihat hasilnya?

Selain masalah kulit individu, faktor faktor lain juga turut
 menyumbang kepada cepat atau lambat nya produk ini berkesan kepada 
kulit anda seperti persekitaran (tempat kerja, tekanan),
 usia (remaja lebih cepat kerana metabolisme tinggi, sel sel kulit 
aktif menyerap khasiat produk) dan pemakanan (pengambilan kolagen 
misalnya membantu kulit lebih sihat dari dalam).

Kebiasaannya kesan awal sudah dapat dilihat dalam tempoh 2-3 
minggu pertama. Jerawat berkurangan, kulit lebih halus, pori2 mengecil,
 cerah dan terasa lembab semulajadi.

Selepas penggunaan selama 4-6 minggu, parut jerawat kian pudar,
 jeragat mulai hilang, garis2 halus berkurangan, kulit lebih anjal
 dan mulus.Wajah bebas dari sebarang cela dan masalah selepas 
penggunaan 3-6 bulan.

Teruskan rutin pemakaian dan anda pasti yakin dengan kehebatan 
produk ini dalam menampilkan kulit sihat menawan! Ia semulajadi
 dan tidak memudaratkan kulit untuk penggunaan berterusan/jangka 
panjang malahan mampu melambatkan tanda2 penuaan wajah setiap 
individu yang menggunakannya sebagai asas penjagaan kulit harian.


any order ; 014-5414314
special price for dealer ! :)

Laman Web Rasmi :  http://sf-beautyskincare.blogspot.com/





p/s : berani kerana betul.

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

13 comments:

kurus said...

:) ...

Tulus Sweet said...

miss epa. org dah try semua, p muka tetap macam mula2 nak akil baligh dulu. huhu

muslimkidsshop said...

Hello! Educate your kids with our islamic learning tools... it's fun!

Http://muslimkidsshop.blogspot.com

shamyheart said...

tq

Unknown said...


kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

Kamal pavlov said...

saya nak tanya, kalau tak pakai krim malam dia takpa ? saya pakai krim siang dia je.

Kedai Cantik & Sihat Farah said...

Hrga berape utk 1set ?? Skali postage ke

Kedai Cantik & Sihat Farah said...

Tolong email detail bkenanan produk ini kpd sy ... flora_farrah@yahoo.com
Tq

Ainin Shoppe said...

Nak oder mcmne?

Unknown said...

sf beauty ni memam betul betul berkesan,,
boleh beli online di sini jugak yer
dvafashionistaboutique.blogspot.com

Unknown said...

klAu syEr cmpUr ngAn prodUk laen xpEr x?krim mAlAm syEr pkAi prOduk laen...

nurul said...

Nak tnya..law sy dr produk lain nk tkar pkai sf leh x?dia kena tggu dlu x?

nurul said...

Salam...sy dr produk lain,nk tkar gna sf leh x?kna tggu x?