Sunday, June 23, 2013

Trip ke Medan part 1

SALAM SEMUA.

Hai hai semua. apa khabar kamu semua ? sihat kah ? sudah lama tak menulis di sini. bersarang da blog ni. fuh ! fuh ! kasi tiup and vacuum sket habuk habuk yang ada. okay untuk kali ni aku nak bercerita pengalaman ke medan selama tiga hari pada 17hb june - 19 june 2013. ramai member suruh upload gambar. tp apakan daya. perasaan malas menyelubungi segala nya. so ari ni kita buat package. gambar siap dengan detail lagi. so that kepada member member yang laen yang teringin nak ke sana. boleh tahu harga dan detail untuk ke sana dengan bajet yang murah.

Untuk part 1 ni aku cerita macam mana kisah pembelian tiket nya dulu ya bapak bapak dan  ibu ibu. dan dan bunyi indon. -,- 

ceritanya aku dan beberapa kawan pilih utk bercuti. kalau bley nak ke luar negara sebab nak tgok keadaan negara ni luar Malaysia. tambah ilmu pengetahuan kononnya. hee.kebetulan airasia tengah buat promosi fare rm 0 masa tu. so that, berebut la aku queue nak dapat kan tiket. at last bila da ke sana ke sini check tiket. smua pun masih berlebihan daripada bajet. aku pun gedik gedik la tgok firefly. masa tu bulan januari. niat nak beli tiket bulan 6. check di firefly rm120 per pax return. bagi ak murah la sbb kawan kawan dah pesan. nak below rm150 return. lagipun negara indonesia. sedap sikit nak jalan sebab kat sana smua pun tak lah mahal sangat.

so ak pun beli lah tiket utk  6 orang dari subang ke medan. RM120 per pax include luggage 20 kg. okay la kan. kalo beli air asia pun da tmbh luggage smua. lebih kurang je harga nya.

 beg utk backpacker. ahem.

liyana kasim a.k.a gbum 

kami ber-lima. kesian afif tak masuk gambar. hew hew.

Pada 17hb june, kitaorg berada di Ampang. malam tu da siap siap google range harga dan semua yang perlu dan tak perlu di bawak untuk ke Indonesia. bila baca kebanyakkan blog kata dekat airport diorg horror dan sgt mengerunkan. aku pun berpesan pesan la kat smua. sebab nak ke negara orang kan. da la kitorg tak pakai tour apa apa. maen redah je.berlagak macam backpacker la ni. ahem.

bergambar before naek flight.

dari subang airport mengambil masa 1 jam 05 minit utk ke medan. aku sempat tido dalam 20 minit then smbung maen candy crush smpai la ke medan, indonesia. sampai je di Medan rasa berdebar sangat. mana tak nya. diorg smua cakap imigration diorg teruk. so that kitaorg sgt la berhati hati. smpai kelam kabut aku sbb terlupa isi borang arrival card.
ingat ya anak anak semua. kita diwajibkan isi borang arrival card dlu before jumpa pegawai imigration jangan jadi mcm kitaorg. nasib baik tak kena marah, tengking, maki hamun bagai. cuma di suruh untuk isi borang. itu sahaja.

mengisi borang arrival card.

selesai semua kerja dalam airport baru lah kitaorg lega.akhirnya siap sudah semua nya.sekarang nak kena cari pak supir plak untuk hantar kitaorg ke berastagi memandangkan kitaorg da book kat booking.com, hotel sibayak internasional di berastagi. Perjalanan mengambil masa dalam 3 jam dari medan ke berastagi. kitaorg berjaya dapat pak supir yang masih dalam range harga yg kami cari. beberapa blog yang kitaorg baca. Harga pak supir untuk ke berastagi dari medan ialah 35 000 rp - 45 000 rp. ni hrga standard yang kebanyakkan org dapat. kitaorg dapat hrga 40 000rp dari medan ke berastagi dengan menaiki innova.bersesuai dengan bajet so kitaorg setuju dengan pak supir Alam Shah.

perjalanan memang mencabar sebab berastagi ni kawasan pergunungan. so jalan nya liku liku di lereng lereng bukit. Di indonesia plak infrastruktur jalan agak ketinggalan. sangat bahaya bagi aku untuk drive sendiri di indonesia ini. dengan bunyi hon yang tak henti. jalan berliku liku. aduhh sakit kepala. so aku amik keputusan untuk tidur. bukan apa kalo tak tidur aku rasa aku boleh muntah kot. tu yg cepat cepat tido.

 sangat selesa hotel sibayak ni. 

smpai di berastagi jam 6 ptg waktu indonesia. so kitaorg solat smua then terus keluar berjalan jalan di sekitar pekan berastagi. sejuk nya waktu tu. lagi sejuk dari cameron tak silap aku. da la ada angin sepoi sepoi bahasa. aduhh. macam biasa la bila jalan jalan kitaorg pun membeli belah la serba sedikit. beli baju sejuk di sini. sangat berpuas hati. hrga yang sgt berpatutan dan lagi murah dari medan. kalau nak beli souvenir bley beli di sini jugak. masa menaip ni sedih sebenarnya sebab kitaorg tak beli bnyk pun kat sini. ingt smpat beli di medan. tapi. -,-

pinky boy kata ibu itu.

beli belah di berastagi.

bermalam selama sehari di sibayak internasional hotel dengan harga 1 140 000 rp utk 2 bilik.untuk hotel ni aku sangat la berpuas hati dengan service mereka.dari reception sehinggalah ke room service. smua nya baik baik belaka. diorg murah senyum. jumpa kitaorg je, " assalamualaikum bu." ahem. nampak tak bila usia da meningkat. -,-



malam tu kitaorg semua duduk di kerusi depan bilik dan sembang la macam macam topik smbil makan roti dengan nutela. tak lupa jugak upload gambar di insta. ahh. masa tu sangat la rindu kepada negara Malaysia. sekian dahulu untuk kali ni. nanti aku sambung part 2 esok ya. *menulis entri smbil makan bika amboh dari medan. lazat sekali ya mbak.*




till then,
wsalam.

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

5 comments:

Syahidah Fadilah said...

nice entry :)

Jess Rose said...

Wah..bestny..xpndai la nak kira dlm mata wang rupiah..November nnti kmi nk gi Medan jgak..hrap2 jadi..

Mohd Hakim Faiz said...

Singgah dan follow sini

http://www.mhakimfaiz.my/

lelesurabayamadura said...

Nice Monday :)

pakare said...

Ade x no telefon pak supir??