Friday, August 30, 2013

Trip Ke Korea Part 2


SALAM SEMUA

hai hai semua. sihat ke ? di harap nya sihat lah semua. Orang kelantan cuti lama skit sempena kemerdekaan ni sebab 31 aug jatuh hari sabtu. so kat sini ahad pun still cuti lagi.Berlama lamaan la ummi di rumah ni. nak ajak ummi pi jalan jalan la nanti. hee.back to the topic, nak sambung cerita ke korea hari tu. ole ole ole ole (motif apa entah type bnda tu -,-)  

selepas smpai kat guesthouse tu. kitaorg tersangat lah letih plus lapar ya amat. bertahan tak makan apa apa sebab risau akan status kehalalan. kalau kita was was da jatuh haram and da takley makan ya anak anak. so sampai je guest house terus buat meggi. yang tu je paling cepat dan senang. masa tu lah aku first time guna sudu korea yang panjang tu. sangat marvelous makan guna sudu tu. kahkahakah. sangat jakun. abaikan. so lepas tu kitaorg tidur dengan selesanya.

esok nya (12hb aug) kitaorg semua bangun lambat da. dalam kul 9 pagi kot baru terjaga. -,- da la kat sini subuh dia awal dari malaysia. pukul 4 pagi da subuh da. grrrrr. so pagi tu makan nasi. sebab malam tu aku da tanak nasik siap siap. da tahu pagi tu nak jalan bnyk tmpat so ingat nak bawak bekal nasi. senang skit. ummi breakfast pagi, nasi dengan rendang segera dari berahim. aku makan roti dengan nuttela. tak selera nak makan nasi pagi sangat. heh. 

selepas siap makan semua. adik aku kata dia tak larat. pening kepala, migrain bagai. so tergendala la program yang aku buat disebabkan hal kecemasan itu. so aku ngan ummi decide nak jalan dekat dekat kawasan kitaorg je. tengok tengok bandar smua.

Disebabkan guesthouse yang kitaorg duduk tu dekat myeong dong. so kawasan tu agak bandar la. semua pun chomel chomel belaka. bangunan dan kwasan nya semua bersih. orang orang korea pun memang cantik. so berjalan jalan lah kami tanpa tahu arah tuju. haha. jalan punya jalan jumpa la Namdaemun Market. 

Cara ke Namdaemun Market ;

Dari namsan guest house. jalan je smpai 7e, then amik kiri. pastu korang jalan je straight smpai nampak state tower. pastu jalan depan sket nampak ada gate ke jalan bawah tanah Hoehyeon station.turun bawah tu then jalan je. lepas tu amik pintu exit 5. keluar exit 5. jalan straight je. akan nmpak pasar tempat org jual jual.

ni direction kalau korang kat tempat lain ;
If you take subway line 4 to Hoehyeon station (Namdaemun Market) and come out of exit #5, you will see Namdaemun Market Gate #6, which leads to one of the market alleyways.

Dekat namdaemum market memang tempat terbaik lah untuk shopping. semua benda ada kat situ. best ! dari sudu smpai la souvenier. baju smua pun ada. boleh beli kat di sana. tp tawar menawar la jugak. diorg tak reti sangat cakap omputih. tp korang ckp la korea. haha. beli buku melancong ke korea. kehkeh. tp ada je yang tahu ckp melayu. 
"tiga sepuluh tiga sepuluh ", grrrr. chomel je uncle tu. ummi rembat 6 helai. sapa suruh comel sangat ajushi. haha.

 

dekat sini jugak aku beli sudu panjang ada muka senyum. aku beli 4000 won satu. beli dua 8000 won. kitaorg beli jugak souvenier. hrga memang standard la. 10 000 won satu papan. bila kitorg mintak kurang dia tnya, "malaysia? " , kitaorg angguk angguk. dapat harga 8000 won sepapan. kedai tu je dapat murah. kedai lain tak dapat. tp lupa kedai mana da. hee.




mahal harga nya. tak mampu nak amik kutip wat balik malaysia. -,-

Lepas lama lepak lepak dan jalan jalan pusing namdaemun market. kitaorg pun mula la kepanasan. musim panas awak oi. mana tak rasa bahang. -,- lepas tu kitaorg balik balik ke guesthouse. balik ikot jalan td. lalu bawah tanah ni best sebab bnyk kedai bawah tanah diorg. bukan satu. sepanjang perjalanan ada kedai. macam macam jenis kedai ada. 

smapi guesthouse, makan nasi. dok rehat rehat dlu. sebab penat sebenarnya, cuaca pun panas. pukul 5 ptg baru rasa nak keluar balik. So kali ni semua ikot. adik aku tak migraine da bila petang petang. pagi pagi je sakit kepala smua. -,-



                                                 muka excited nak gi jalan. -,-


Kitaorg bergerak nak ke Trick Eye Museum. 

direction dari myeongdong station ;

naik subway dari myeongdong station ke Hongik Uni Station. dari myeongdong station korang naik smpai la ke dongdaemun his & culture park. then korang tuka train ke line 2 (warna hijau) utk ke hongik uni station. then from Line 2 Hong-ik Univ. Stn. take exit 9. Keluar dari subway jalan terus sampai nampak simpang (traffic light) dalam 300 meter lepas tu belok kiri. Jalan sikit je dan terus lintas jalan. Seberang jalan tu ada Tony Moly dan Holika Holika. Lalu di antara dua buah kedai tu. Jalan terus lagi dalam 150 meter dah boleh nampak Trick Eye Museum sebelah kanan.Trick Eye Museum ni dalam bangunan tingkat bawah. Kena turun tangga untuk masuk ke entrancenya. Waktu operasi dari jam 10 pagi hingga 9 malam. Tiket pulak agak mahal iaitu 15,000 won seorang.
    
Trick eye museum ni best sebab bila aku bali tgok gambar. wahhhhh. sangat sangat cantik. tak sangka btol. so di sini nak bg korang dua tiga keping gmbar supaya korang bley tgok sendiri betapa tricky nya. hee.










Itu sahaja untuk entri kali ni. then nanti smbung lagi episode seterusnya. 




till then,
wsalam.






p/s :  banyak project baru dalam kepala sekarang. :)

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

3 comments:

Aida Azryn said...

tempat tu mengingatkan aida cerita heartstring.. yong hwa dengan apa nama ntah ada berlakon kat situ. hehe.

Aerill Hassan said...

blog anda direview!! :D

http://diarijejakahangat1.blogspot.com/2013/08/4-blogger-review-bertuah.html

RynieNas * KyuRyn said...

waaa..bestnyer gi korea...
blog best la..sy follow..huhu