Tuesday, February 23, 2016

Dirisik dan Merisik

SALAM SEMUA.

Hai kesayangan. Entri ini ditulis pada 27th September 2015. Terpaksa di save as draft dlu since tiada tarikh atau sebarang persetujuan lagi dari dua dua pihak. Dan sebagai anda semua sedia maklum. I memang agak merahsiakan skit isu isu personal yang melibatkan soal hati perasaan. Huhu. Konon macam artis la kan. Sapa kesah miss epa kau nak buat apa pung. hek eleh. -,-

Okay then uols. On 26th September 2015 ( hari jadi kakak aku, Happy birthday long), family sebelah lelaki datang jumpa untuk sesi suai kenal dengan family aku. Just mama abah dan dia. Dan family kecik aku iaitu aku, ummi, ayah dan abg aku. itu sahaja. jumpa dan cakap cakap sahaja. cakap pasal isu semasa. pastu takda topik, diam then krik krik krik. *bunyi kipas berpusing* 

And this is the first time aku jumpa family dia. selama dok kenal around 4 years, aku tak pernah jumpa family dia. Since kitorg pun tak sure akan ada hubungan serius ke apa ke. sbb masih belajar dan family kami pun tak berapa agree dengan perkahwinan di waktu belajar. so that, aku pun tak pernah jumpa family dia. and ni lah kali pertama bersua muka. Jumpa mama dan abah dia.

Perasaan masa tu Tuhan saja yang tahu. Bangun pagi je rasa macam tak sedap perut macam nak muntah gitu. Nervous dah macam nak masuk dewan exam. Aku ada text dia ckp nervous bhai. dia kata rilek sudah. Mama dia nak datang kenal je. Orang lelaki kan memang gitu perangai nya. Tak paham ke bila family da datang tu maksudnya kita da one step ke depan. Maksud nya da kena pikir pasal kawin. -,-

Then after 45 minutes, sembang and makan makan. Ada la ummi aku dan mama dia bercerita skit soal kawin dan tunang. Insha allah, tunang will be on school holiday in November or December and kawin will be on February 2016. Masa dok bincang his mama ada la pandang pandang tengok aku. Ya Allah. tuhan la tahu perasaan masa tu. Rasa macam all the food dalam perut ni nak keluar balik. Rasa errrrr. Jangan pandang tenung gitu. Kang aku buat perangai cacat aku nanti. Aku ni tak boleh over nervous, mula la nak buat perangai cacat la apa la. -,- 

Mama dia tunggu aku tanya soalan dan sembang sembang. Aku masa tu lidah kelu tak terkata. Nervous bak hang. kelip kelip mata tengok lantai. tunduk je penuh kesopanan. Aku ni takda lah pendiam beku tak reti sembang. Tapi masa kejadian tu. Serius cakap, semua idea hilang, lidah tak keluar perkataan pun. Sadis betul. Masa tu aku cakap dalam hati. Mesti mama dia reject aku sebab aku tak pandai borak ngan orang tua. So ingatan for uols. lepas ni banyak banyak la sembang ngan orang lagi dewasa pada kita. jangan jadi macam aku. 

Then, after 1 hour jumpa dan kenal kenal. Diorang pun mengundurkan diri. Masa tu aku salam dengan mama dia. Then we kiss pipi bagai. Mama dia macam give me a little hug. . Maybe mama dia tahu kot aku nervous jantung bersepah kat lantai. -,-  Masa tu aku rasa macam ya Allah. Harap mama dia tak reject aku. HAHAHA.



Then petang tu dia text cakap, 

" EVERYTHING IS GOOD. U DID WELL"


After this point I start survey all about kawin in blog and instagram. I start plan everything. And satu benda yang selalu mintak dengan Allah,

"YA ALLAH, PERMUDAHKAN JALAN KU KEARAH LEBIH BAIK"


Till then.



p/s : nak karang entri majlis pertunangan with the budget utk kemudahan kawan kawan lain. doakan sempat siap semua entri. haha.

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

No comments: