Tuesday, March 15, 2016

Majlis Akad Nikah #epaafifkawin

SALAM SEMUA.

Hari ni lelaju update blog sebab nanti takot lupa dan jadi pengantin basi ke apa kan. hahaha. mohon bersabar dan bertenang semuanya. Hari ni kita story sikit pasal majlis akad nikah bertarikh 5hb February 2016. Tarikh keramat uols. Tarikh pengubah satu benda yang besar dalam hidup aku. Dari satu kepada dua. Dari punya satu ibu satu ayah kepada dua ibu dua ayah. Dari bujang kepada bersuami. Fuhhh. Kena ingat tarikh ni sampai bebila la kan. Takkan pernah lupa punya lah.

Fresh flower ni sayangs. Harga dalam RM100 macam tu. Florist area kota bharu.
Majlis akad nikah berlangsung selepas isyak. Dijangka dalam pukul 9 malam pihak lelaki datang. So sepanjang pagi jumaat tu perut penuh rerama. Nervous ya Allah. Tapi makan tetap makan. Orang lain nervous tak makan. Kita makin nervous makin banyak makan. adehh -,- Mohon tampar diri ini selajunya biar sedar diri. Nasib baik muat baju akad nikah ari tu.


Baju jahit sendiri. Design baju kurung moden. Tapi kain tu meleret gitu. Acah acah artis sangat uols. -,-
Dalam pkul 9.30 malam macam tu family abam afif datang.Tok kadi semua pun ada. Semua menunggu dengan penuh perasaan gementar. Aku dalam bilik bersama kawan masih lagi berselpie bagai. Kononnya live update la apa kan. Tetiba my daddy datang. Ayah cakap nak datang mintak izin untuk kawin kan aku dengan abam afif. Masa ni rasa sobsobsosbosbosobs sangat. *nangis dalam hati takot make up rosak* 

After that, ummi datang ke bilik panggil suruh keluar. Masa ni nervous, gemuruh tak yah cakap. Semua mcm nak keluar balik makanan yang makan tadi rasanya. Masa ni kawan kawan pesan, zikir banyak banyak. So duduk lah then nampakla abam afif tengah nervous pandang tok kadi. kita mampu senyum je la bagi sokongan moral. hahaha. Tok kadi brief la skit skit then terus lafaz akad. Alhamdulillah dengan sekali lafaz aku sah jadi isteri kepada Mohamad Afif Afnan. 


Acah acah nak salam ni. Kasut abam afif beli dekat butik Tomaz. Harga RM99 aje.
Then lepas baca doa semua. Abam afif mintak nak buat solat sunat dan sujud syukur. So kitorang solat sunat dua rakaat then sujud syukur. Alhamdulillah. After that, ada nya sesi bergambar dan bersalam salaman dengan ahli keluarga abam afif. Masa ni debaran dah kurang cuma awkward skit la dengan abam afif. hahaha. Sampai photographer marah marah cakap kita tak sweet.-,- bersabar lah wahai hati. hihihi. 

Apa apa pun terima kasih kepada semua kawan kawan yang mendoakan. Terima kasih Allah sebab permudahkan segala nya. Thanks Allah.

My lovely buddies. Ya allah, rindunyaa. *sobsobs*

till then, Jaga diri sayangs.




p/s : Cuba dan terus mencuba siapkan entri kawin ni. 

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

No comments: