SALAM SEMUA.
Hai uols. Buat apa semua ? Moga sentiasa sihat sejahtera. Hari hari rutin sama pergi keja balik keja. Tak sedar da dkt 2 bulan da kawin. Alhamdulillah. Sampai sekarang masih dalam stage memahami pasangan. Hahaha. Abam afif kena banyak bersabar lah dalam nak memahami miss epa yang banyak sangat kerenah nya. hihi.
Hari ni kita story skit berkenaan majlis kenduri kesyukuran yang diadakan pada 6hb Februari 2016. Sehari selepas akad nikah. Majlis dari pukul 11 pagi sampai 7 malam. Biasa lah kenduri dekat kelantan memang lama sampai ke malam pun still ada yang datang. Pengantin kena tahan senyum sampai malam. Sapa yang teringin nak berkahwin dengan orang kelantan kena practice senyum dari sekarang. hihi.
Pada hari kejadian dia da tak berdebar nervous macam hari akad nikah da. Hari majlis dia berdebar risau makanan,goodies tak cukup je. hahaha. Lain pulak benda nya. Dan alhamdulillah. Everything went very well. Terima kasih kepada kaum keluarga yang banyak menolong memastikan majlis berjalan lancar. Dan kepada kawan kawan yang sanggup jadi dayang dayang jugak. Mekasih atas sokongan semua.
tema kaler biru uols. Nak lagi dull sebenarnya. tetapi tak jumpa. sobsosbsob. |
Ya Allah, rindunya kat korang. sobsosbsobs |
Sesi potong kek berlangsung jam 4 ptg macam tu. Sesi ni patot nya takda pun. Tetapi my cousin nak sponsor kek dan baju. Aku rasa sgt lah bertuah. Peringatan kepada semua bakal pengantin, make sure korang beli makeup remover dengan wet tissue ya. Macam aku terpaksa beli sbb tak pernah pakai sebelum ni. So ada lah sejam saje untuk remove make up. Fuhh. Lepas tu baru solat, then make up lagi untuk sesuai dengan baju untuk potong kek. Masa ni abam afif tertinggal dia punya baju kemeja. Nak sepak lelaju rasa masa tu. -,- Dalam bebanyak benda itu yang dia lupa. hadoi.
Lepas tu terpaksa la pinjam abg ngah aku punya. tu yang jadi kemeja polkadot tu. hahaha. Kuang asam abam afif lupa part penting gitu. Cissss.
| |||
Make up untuk hari kejadian ni semua oleh kak Aida Mohamad ( https://www.facebook.com/aida.berry1 ) |
Kek dan design baju yang sangat cantik. hihi (abaikan kemeja polkadot abam afif tu) -,- |
till then. jaga diri sayangs.
p/s : satu lagi majlis. To be continue.
No comments:
Post a Comment