Monday, December 20, 2010

-maafkan saya-

salam semuanyer.hari ni mood agak teruk.bnyak bnda yang memusnahkan mood pada hari ini.by the way.yang mengembirakan bila ak dah tgok movie "hantu kak limah balik rumah".memang gempak abis ah.korang pun kena g tgok jugak.berbaloi bayar tiket cinema dengan komedi yang ada dalam movie tu.berbintang bintang bagi kat filem ni! :)


okay.tutup psal movie hantu kak limah balik rumah.masuk pasal tajuk entri.korang semua pun manusia kan?mesti selalu jer buat salah kan?tapi xramai kot yang reti nak cakap "mintak maaf eh".msing msing punya ego ah kira nyer kan.ak paling xsuka dengan ego yang xreti nak mintak maaf or xreti nak ucap time kasih.asal weh?susah sgt eh?ego tu kalo timbang and jual dah jadi jutawan eh?*nampak x kebengangan ak ni?*


ye.ak tahu mesti ramai yang tertanya tanya.asal kan?apa yang jadi?ak xmao ah citer abis sbb ni bley mengaibkan orang laen.so just nak bgtau yang ak bengang dengan sorang member ak ni.dia ni memang cantik,lawa,sopan santu,baik hati.tapi satu je.dia xpernah reti utk mintak maaf.even dia dah menyusahkan semua orang dengan keinginan dia.ak kadang kadang hairan.apa dia xrsa apa apa ke?ke dia nyer ego tebal sgt sampai perasaan bersalah tu xnmpak pun.


ak selalu ah bercakap dengan member ak sorang lg.dia pun ada masalah yang sama dengan member dia.kitaorng cam heran ah.nape lah manusia manusia ni susah sangat nak say sorry.bukan kena daki gunung kinabalu bagai.just say "sorry" tu je.that's all.susah ke?
dalam islam pun ada sebut kn :


hablu minal Allah hablu minal nas


maksud nyer.hubungan dengan Allah dan hubungan dengan Manusia.jangan ah ingat kita boleh berjaya dalam hidup kalo kita taat perintah Allah.xbuat perkara mungkar tp kita sakit kan hati semua orang kat sekeliling kita.kita gak kena jaga hubungan baik dengan manusia.lagipun kalo buat salah dengan Allah.insya Allah.bila kita bertaubat.kita diampun kan sebab Allah itu maha pengampun dan penyayang.how about dengan manusia?selagi kita buat salah dan xmintak maaf.selagi tu lah dosa itu xkan diampunkan.dan macam mana nak dapat keberkatan? 

so dinasihati kepada semua yang membaca.jaga lah hubungan baik dengan Allah dan sesama manusia.kita hidup kat dunia yang xbesar sgt pun.p mai p mai tang tu jugak kan?
xyah lah diperajakan ego kita tu.xkemana.even kita almost perfect dan ada segala nyer.ingat lah yang setiap manusia itu xperfect.mesti ada kelemahan jugak.sapa nak baiki kelemahan tu kalo bukan orang di sekeliling kita kan?

*bila miss epa membebel eh*-__-!









p/s: sy dengan rendah dirinyer ingin memohon maaf kepada semua orang sepanjang kehadiran saya dalam hidup anda. 
terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

14 comments:

ieda said...

mohon maaf salah satu kelemahan manusia dikk .. biarlah yg lemah itu kita jauhkan :)

hans said...

yups
sokong komen ieda di atas
apa2pun esok den nak tgok filem Hantu Kak Limah tu
insyaallah

P/S : Hikayat Merong Mahawangsa Nih Main - Main Lah Dengan Aku! Kenapa Aku Tak Jemu Menonton Filem P.Ramlee?

miss epa said...

ieda: agak la kak.kelemahan tu harus dibaiki. :)

miss epa said...

hans: hee.seronok!p la tgok eh.gerenti puas ati! :)

Siti Safiyyah said...

manusia macam tu la miss epa..rambut aje same hitam tapi hati lain2..tak semua org boleh buat macam yg kita nak..the best way is redha je takpun tegurlah dia dgn cara berhemah ikut cara yg islam dh ajar.. :D

ɐɥs+ɐɟ said...

memang ada pun kadang2 manusia begitu.. ego die tebal sgt. kita sbg shbt hanya mampu sabar dan berdoa agar dia diberi hidayah betapa indahnya nikmat kemaafan. . .

diana said...

teringin la nak pi tengok
hantu mak limah..
ramai yang kata best!!

biskut said...

sorry seems to be the hardest thing...

tak susah bagi orang yang pemurah

misyamissyou said...

kdg2 dh buat slh org tu malu nk cakap maaf..sorry seems to be the hardest word..hmm..kalau dh wt slh tp tak sedar diri tu lain cter la..

miss epa said...

siti safiyyah: hee.time kasih atas nasihat. :)

miss epa said...

fasha: amin.semoga dia berubah ke arah kebaikan. :)

miss epa said...

diana: p tgok!memang best!hee. :)

miss epa said...

biskut: yup.setuju! :)

miss epa said...

misyamissyou: betol betol.yang tang lupa diri tu susah tu. :)