Monday, February 21, 2011

-Kelantan sedia RM1.5 juta untuk galakkan pasangan muda kahwin-



salam semua.

ni ak nak kongsi satu cerita menarik tertarik yang
menarik minat ak.aish.gatal btol ak nih.ehem.

jom usha :

Kerajaan PAS Kelantan melancarkan "Gerbang Az-Ziwaaj" dengan 
peruntukan RM1.5 juta tahun ini bertujuan menggalakkan 1,500 
pasangan muda kurang berkemampuan untuk berkahwin.

Semasa melancarkannya, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 
berkata program bertemakan "Anda Bijak Kerana Berkahwin" itu
 bertujuan mengelakkan golongan muda dari terjebak dalam perzinaan 
dan menghalang kejadian buang anak luar nikah.

Melalui program itu, setiap pasangan diberi RM1,000 dalam bentuk 
cek dan peserta boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat kadi, 
pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri, kaunter khidmat pelanggan 
Setiausaha Kerajaan Negeri atau muat turun borang dari laman facebook 
"Gerbang Az-Ziwaaj" (Gerbang Perkahwinan)

sumber dari : bernama




ak sokong sangat la dengan tindakan menteri besar ak ni.
memang satu langkah yang baik utk mencegah gejala sosial
dikalangan remaja zaman ini.kalo dah gatal sangat.baik
kawin je kan?ehem.miss epa xlah.ak nak abiskan belajar dlu.
kawin kawin ni list no 10 dalam hidup ak.pakwe pun xda.nak
pikir psal kahwin cmna?hee.



p/s: ummi.pat pat cari suami soleh utk anakmu ni.kalo xjumpa.ummi pi 
pinang ashraf muslim tu eh.haha. :)

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

2 comments:

Mawar Merah said...

MM mmg dh lm tggu Tuan Guru Nik naik jd PM. Bgus la pendekatan yg dia buat. Dunia skrg dh nak kiamat da.. Rmai sgt org buat maksiat n berzina. Yg budk2 ada, blum lg msuk yg dh kawen tp berzina dgn suami/isteri org. Dunia2...

HANA CATALYST AND CRAFT said...

nak apply boley..?? haha.. mmg dah kena kawen ni.. gatai~ =p