Thursday, February 17, 2011

-Kelebihan jodoh dari negeri lain-

salam semua.

hari ni agak meletihkan.buku calculus xbukak pun
lagi.mood rajin xdatang lagi even dah seru beribu kali.
hee.so hari ni ak basuh baju dan kemas barang.yelah.
ni dah sem last ak kat centre for foundation studies iium.
so lepas ni.insya allah ak akan sambung degree di uia kuantan.

pagi tadi ak dapat satu panggilan dari kawan ak.

kawan aku: epa.kakak ak kawin bulan tiga ni.ko dah
start cuti ke?ak nak ajak ko dtg kenduri eh.


aku: xsure la syg.kalo ak free ak bgtau ko.sbb ak kerja
kat sini.tak balik kelatey.eh.kakak ko kawin.orang mana
weh?wah.seronok ah puan azizah dpt menantu.hee.


kawan aku: hmm.orang perak.tak suka ak.ak kalo bleh nak
satu negeri je senang.

aku: alahai der.dah jodoh dia.ko pun.xbaik tau

kawan aku: hmm.yela.
*nada masih kedengaran kurang berpuas hati*

okay kawan kawan.kat sini ak nk kongsi ngan korang.
kelebihan kawin dengan orang yang bukan satu negeri dengan
kita.tapi ni hanyalah pandangan peribadi.so yang mana yang
rasa ada logik nyer utk menerima.amik lah sebagai iktibar eh.
jom check out :


loghat yang berlainan
ni satu kelebihan buat kita tau.at least bila kita kawin
dengan orang dari negeri laen.kita mesti akan belajar
loghat negeri diorang.sama jugak dengan pasangan kita.
kalo kita tak belajar.alamak terpingga pingga la dengar ahli
keluarga yang laen sembang.hee.tak ke tu satu benda baru
yang menarik?ak sangat suka belajar loghat negeri laen.hee.
terutama kedah.tapi yang paling susah ak nak belajar sampai
sekarang.negeri sembilan.susah betol.aish.



boleh melancong ke negeri lain
ni part yang paling best ni.hee.bila kawin dengan
orang yang berlainan negeri dengan kita.at least boleh
lah kita bercuti cuti malaysia dekat negeri laen.
kan best bila boleh bawak orang yang disayangi
bercuti dikampung sendiri.boleh buat banyak aktiviti
yang korang selalu buat di kampung dengan dia.contoh nya
kalau pasangan korang orang selangor yang xpernah tengok lembu
secara live.korang bwk la dia p masuk kandang lembu dekat
kampung korang.for sure dia teruja.haha.

belajar masakan negeri laen
yang ni utk perempuan je tau.kalo korang kawin dengan
lelaki kelantan.mesti diorang akan mintak korang masak
nasi kerabu.kalo korang kawin dengan orang jawa.diorang
akan mintak korang masak tempe.nak tak nak.korang kena
belajar masak masakan negeri suami korang la.alahai.
apa susah.belek je buku saji tu.for sure ada.at least kalo
kawin dengan orang dari negeri laen.boleh jugak tambah
skill memasak korang kan?

belajar something yang baru
ni pun satu hikmah jugak.yelah.bila korang kawin
dengan orang yang bukan dari negeri korang.for sure adat nyer
laen kan?kat klatey nasi cicah budu.kat melaka nasi cicah cencaluk.
hee.so benda benda yang baru ni la yang akan buat korang
lebih matang dalam hidup.for sure la macam macam kelainan yang
akan korang alami.ak pernah baca satu blog ni.dia cerita macam
mana dia beraya di rumah mak mertua dia utk kali pertama.
serius kelakar habis.bagi ak benda yang macam ni lah yang
buat kita jadi dewasa.


pesanan Rasulullah
Rasulullah xda la suruh kita kawin dengan orang negeri laen.
tapi kita tak digalakkan kawin dengan ahli keluarga yang bukan
muhrim kita.macam sepupu or dua pupu or tiga pupu.ikut lah
 berapa pupu pun.janji ahli keluarga korang.hee.kalo ikut kajian
scientifik pun.bila kawin dengan ahli keluarga ni.akan mendapat
risiko anak kurang pandai.hikmah nyer.supaya ukhwah sesama islam
itu dapat diperluaskan bila korang kawin dengan orang luar selain
dari keluarga korang.


 sekali lagi ak ulang.ni hanyalah pendapat peibadi.sila
abaikan kalo pendapat ni menganggu hati kecil korang
eh.tapi jangan pulak demand lepas ni.nak pasangan
bukan dari negeri sendiri je.sebab jodoh tu ditangan tuhan.
sesungguh nyer kita hanya mampu merancang dan yang
diatas akan menentukan segalanya.

tu jelah antara kelebihannya.sakit kepala ak pikirkan
kelebihan kelebihan ni tau.kalo ada sapa sapa nak tambah.
dipersilakan komen.okay lah.nak dinner jap.see ya! 


love doesn't need any reason. :)






terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

10 comments:

다(da)양(yang) said...

sgt setuju entri ni..sbb bleh bljr perkara bru... =)

kpah k-poh Sharifahnor said...

kalau kawen satu negeri..bila raya...tak susah2 nak undi..sbb balik satu negeri...

missepafazwin said...

dyg: betol betol.thanks :)

Tulus Sweet said...

ada satu negeri ni deorang taknak orang dari negeri lain.
kena cari yang dalam negeri deorang jugak

tomatokering said...

haaa betol3 ! tapi future en.suami ore selangor jgk.. wuu T__T

Lovely Bella said...

setujuuuuuu... huhuhuh :) klo negara len oke x?

missepafazwin said...

sharifah:btul jugak kak.tp at least bleh belajar beraya kat negeri laen. :)

missepafazwin said...

tulus: huu.negeri mana kah itu?

missepafazwin said...

tomato kering: haha.xpa.ada kelebihan masing masing. :)

missepafazwin said...

lovely bella: haha.kalo yg tu.xthu nak jawab la.hee :)