Wednesday, February 9, 2011

-Pesanan ayah-

salam semua.


di hari yang indah itu.ayah membawa ak ke satu kawasan padang yang 
lapang.ayah merenung ak.lantas menghulurkan tali layang layang 
kepada ak.ak tersenyum.bangga kerana dipercayai oleh ayah utk 
memegang tali layang layang yang telah 10 minit melayang di awan biru.

ayah: epa bila besar nanti nak jadi apa?

tanya ayah sambil tersenyum lagi padaku.jelas gigi putih tersusun rapi.
aku merenung ayah seketika.bagai berfikir sesuatu.

aku: epa nak jadi ummi.

ayah ketawa kecil.mungkin tidak relevan jawapan yang diberikan
budak perempuan berusia 6 tahun itu.

ayah: kenapa nak jadi ummi?
aku: sebab ummi pandai masak,rajin kerja,pandai jahit,pandai 
buat kek.nanti bleh pakai baju cantik cantik macam ummi.

ayah ketawa lagi.angin kuat berderu sekitar kami.nyata layang layang
itu sedikit hilang kawalan.aku yang memegang talinya cuba
sedaya upaya agar layang layang itu terus berada di pegangan ak.

ayah: epa sedih tak kalau layang layang ni terbang?
aku: sedih la.ayah mesti tolong epa pegang layang layang ni kuat 
kuat tau.baru dia xleh terbang jauh jauh.
ayah: epa ibarat layang layang ni pada ayah.
aku: ha?mane bleh.layang layang xhidup la ayah.

ayah tersenyum.dia tahu anak kecilnya tidak setuju bila disamakan
dengan layang layang.

ayah: ayah akan cuba pegang epa supaya epa bleh terbang tinggi.
tapi akan sampai satu tahap.ayah akan lepaskan epa.ayah
tahu bila ayah lepaskan epa.pasti epa akan terjatuh.tapi
ketahuilah nak.jatuh itu mengajar erti hidup.dan ayah harap.
sewaktu epa terjatuh tu.ayah masih ada utk memeluk anak 
ayah ni supaya epa bleh jadi kuat.

aku: xfaham la ayah.ish.

ak cuba memahami butir bicara ayah.tapi nyata pemahaman ak 
xseperti pemahaman ak sekarang.jelas ayah tersenyum lagi padaku.

ketahuilah wahai ayah.ak telah mengerti segala nya sekarang.
ternyata jatuh itu sungguh menyakitkan.tapi betul kata mu 
wahai ayah.jatuh itu mengajar erti kehidupan dan yang
nyata.jatuh itu mengajarku erti kematangan.





p/s:dugaan datang lagi.

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

4 comments:

rame rame said...

sedihnyaa. )':
tahniah sebab dah lebih 1000 followers. jeles )':
teruskan usaha. jangan lupa kawan2 ! take care. (:

HaN WarreN said...

sedihnya huhuhu...

cik jannah said...

bestnya ayah cakap macam tuh..miss my ayah too..:(

~kamila~ said...

suka entri ni..
ayah sy tak reti nak luahkan perasaan dia macam tu..walaupun saya tau apa yg dia rasa..