Saturday, July 16, 2011

kek butter ala miss epa

SALAM SEMUA.

hai hai semua.hari ni sgt gembira bersama family.yelah.bila
da lama xjumpa and berkumpul ngan semua.tetiba cam best sgt.
terutama bila ummi and sepupu ak setuju nak ajar ak buat
  antara kek faveret ak iaitu kek butter.

so ak hari ni satu hari rumah bau kek la.wah!sungguh
enak bau nya.smpai ak tggu depan oven tu.bila nak siap ni.
aish. -___-! 





hari ni nak kongsi ngan korang resepi kek butter ni eh.
resepi asal nya dari SINI tapi diubah suai oleh ummi utk
menambahkan kelembutan kek.jom usha :

BAHAN BAHAN

2 1/2 cawan tepung naik sendiri - ayak
1 3/4 cawan gula halus(depend kepada rasa msing msing)
250 g mentega cair (buttercup)
1 1/4 cawan susu segar - dr peti sejuk
4 biji telur
1 sk esen vanilla (atau esen perisa buah2an pilihan)
2 teaspoon cuka


CARA CARA

Masukkan gula,esen vanila dan telur ke dalam blender.kisar sehingga sebati.

Masukkan mentega cair dan kisar sehingga sebati.

Masukkan bahan yang dikisar ke dalam tepung yang diayak.kacau sampai sebati.

Masukkan cuka ke dalam susu cair.biarkan seketika.
*campuran cuka ke dalam susu cair akan membentuk yogurt 
dan boleh melembutkan kek*  

Masukkan susu sedikit sedikit ke dalam adunan dan
kacau sehingga sebati.


Tuang adunan ke dalam loyang yang dialas kertas dan disapu mentega.

Bakar pada suhu 160C selama 50 min-1 jam atau hngga masak.




buat muka excited bila kek berjaya terhasil.


so korang bley ah try eh.kot kot bley buat utk jamuan hari raya.hee.




p/s: on the way ke kuala kangsar.

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

5 comments:

Aida Azryn said...

haaa. wajib try ni! thanx 4 sharing. ^^

Mohamadazhan.com said...

salam..pandai buat kek rupanya.hehe.bagus tu..ada inovasi resipi =)

Jemputan ke Contest Aku Berpuisi, contest sulong blog =)

Mrs Nurul said...

potong stim sket sbb takde gamba kek butter =( huhu

BIG BOSS said...

kirim sikit kek butter uh kt BIG BOSS. nk rasa jgk! xD

Muhammad Izuan said...

comeynya patrick. haha