SALAM SEMUA.
tak dapat dinafikan lagi.hari kedua berpuasa agak memenatkan.
mana tak nya.even hari ni ak xbuat apa apa.dok rumah usha
citer korea je.tapi tetap rasa penat mcm ak pi kerja or pi
sekolah.pening kepala pun ada.mybe sebab gastrik.tapi
ak buat derk je.tggu berbuka.xmao diikutkan sgt perasaan penat.
so hari ni ak berjaya berpuasa utk ramadhan yang kedua.
even banyak dugaan hari ni.tapi alhamdulillah.Allah membantu hambaNya.
hari ni balik terawih je sibuk bluetooth gambar ak tolong sepupu aku
buat buah melaka.ni kuih faveret ayah tau.ayah xkan berbuka tanpa
buah melaka.29 hari puasa.setiap hari WAJIB ada buah melaka utk
ayh.punya ah fanatik ayah sy pada buah melaka.aish.
hari ni ak nak kongsi resepi
BUAH MELAKA
a.k.a
ONDEH ONDEH BIJAN
BAHAN BAHAN
10 helai daun pandan -kisar dan ambil airnya
2 ketul gula melaka
2 cawan tepung pulut
1 biji kelapa parut- ambil putihnya sahaja
3 sudu bijan digoreng tanpa minyak-
digaulkan bersama kelapa
secubit garam- digaulkan bersama kelapa
CARA CARA
1- Bancuh tepung bersama air daun pandan sehingga boleh diuli serata
lembut.Pastikan adunan tidak terlalau lembek dan keras.
2- Cubit adunan sebesar guli, masukkan gula melaka yg telah
dipotong kecil2 ditengah2 adunan, bulatkan, dan pastikan menutupi
keseluruhan gula.
3- Maskkan ke dalam air yang sedang mendidih.ulang sehingga habis
adunan.
4- Bila bebola timbul,boleh la diangkat dan ditapis sebentarsebelum digaul
dengan kelapa.
kaedah membuat buah melaka.
abaikan baju tido aku yang besar itu. :)
hasil nya.buah melaka yang sgt sedap hingga menjilat jari.hee :)
jom semua try.sgt senang dan sgt sedap.
p/s: ak rasa mcm nak bukak gerai kat bazar ramadhan jual buah melaka.hee.
4 comments:
kuih nie mmg kuih paberet la stiap kali bulan ramadhan.. hehe~ ^_^
wahh...my faveret nih!!
panggil ondeh-ondeh juga ya? pertama kali tahu ni =)
sokong bukak gerai tuu.. tapi jual xmo mahal yer, hukk...
Post a Comment