SALAM SEMUA.
hai hai semua.hari yang indah hari ni sebab ak terpaksa bangun
awal di hari sabtu semata mata nak join biro tatanegara yang pihak
uia sediakan utk student new intake.tapi agak best la sbb utk intake
ni dia buat dari pukul 8 pagi smpai 1 tghari je.selalu 2 ari jugak baru
abis.ye la.bukan senang agaknya nak tanam sifat cintakan negara
dalam diri student kan? hee.
hari ni bukan nak buat ulasan pasal program dengar ceramah by pihak
biro tatanegara.tapi hari ni nak kongsi ngan korang beberapa ilmu
pengetahuan yang ak dapat melalui pembacaan time ak bosan dok dengar
ceramah biro tatanegara yang entah apa apa tu.jom jom usha :
khusyuk dalam solat ?
secara jujurnya.nak khusyuk dalam solat ni sangat susah kot bagi ak.time nak sembahyang tu la kita pikir macam macam.pikir nak buat apa lepas ni.pikir nak makan apa.pikir nak masak apa.pikir pasal barang yang salah letak.eh.macam macam la kan.tapi kita lupa kata time solat.semua hal keduniaan wajib ditinggalkan utk bertemu Allah pencipta kita.tapi yelah.kita manusia biasakan.iman yang turun naik.sgt susah utk berada dalam keadaan mengabdikan diri seratus peratus kepada Allah.
analogi hamka
orang yang tidak khusyuk itu sama lah seperti orang yang mengunci jendela pada setiap malam agar tidak dimasuki pencuri.pada saat tangannya menolak engsel,matanya memastikan ia benar benar berhasil mengunci jendelanya bahkan telinga nya sempat pula mendengar bunyi engsel menyelak pintu.Namun kerana kegagalannya utk khusyuk, sebaik tiba di pembaringan, dia bangun kembali sambil bertanya pada hati sendiri.'adakah aku telah mengunci jendela?'. Lalu apa gunanya mata yang melihat,tangan yang bergerak dan telinga yang mendengar sewaktu jendelanya dikunci?
3 comments:
memang nikmat kalau dapat rasa kusyuk dalam solat.
Betul 2, ssh nak kusyuk 100% dalam solat, ade je yg lalu dalam fikiran ni..
btul tu, susah nk khusyuk dlm solat.. tiba2 jaa mcm2 idea mari...
Post a Comment