SALAM SEMUA.
hai hai.sihatkah anda? ada yang rindu aku tak sbb da tak selalu
update? ke xda perasaan pun? ehem.hee.minggu lepas minggu yang
sangat sibuk dengan quiz.hari hari pun agak stress.bercampur dengan
macam macam masalah yang berlaku di uia sekarang.semua nya
buat ak haru biru dengan diri sendiri.huu.
hari ni bukan nak buat luahan perasaan.tapi nak kongsi satu cerita yang
sgt menarik yang ak jumpa di facebook.kadang kadang ak rasa bagus
juga facebook ni as a medium untuk berkongsi cerita cerita yang
bley buat kita berfikir dan belajar.
jom jom baca cerita!
Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan.Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat,maka syaitan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang boleh menjadi sahabatku!"bila baca citer ni ak rsa sedih pun ada.sbb rasa cam bnyk nya buat dosa.
Begitu juga ketika waktu Zuhur orang ini tidak mengerjakan solat, syaitan tersenyum lebar sambil membatin, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti!"
Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asik dengan kegiatannya, syaitan mulai terdiam.
Kemudian ketika datang waktunya maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah,senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.
Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya', maka syaitan itu sangat panik.Ia rupanya tidak boleh menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan,"Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"
Dengan keheranan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?"
"Aku takut !", jawab syaitan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada "Adam", telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud pada Allah). Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata syaitan sambil beredar pergi.
tapi Allah tetap bagi peluang pada ak utk terus belajar dari kesilapan.
thanks ya Rabb for everything. :)
p/s: esok quiz batal.sgt seronok.sekian. :)
6 comments:
aini pon rasa mcm awak rasa lepas baca ni,. apa2 pun solat lah yg akan mmbentuk kita,.=)
banyak betul godaan syaitan kan..kena selalu berzikir..insyaallah akan ingat Allah selalu :)
:)
syaitan pun da tkut ngan seksaan Allah... kita ni?? huhu
banyak sgt godaan ,,kekadang kita pon tergoda
astagfirullah..moga hari nie lebih baik dri smlm dan seterusnya
Post a Comment