Sunday, November 6, 2011

Permasalahan Saf

SALAM SEMUA.

hai hai.berminggu tak jenguk blog.rindu memang sgt bnyk kat 
MISSEPAFAZWIN ni.tapi apa kan daya.urusan duniawi bnyk sgt.dengan
mid term yang bnyk.pastu cuti raya haji plak.memang xsempat
langsung nak pikir pasal blog.mintak maaf kepada yang usha and then
kecewa sbb entri masih yang dulu.mintak maaf sgt eh.


nak bilik macam ni bley tak ? huu.

sebelum ke citer panjang panjang.nak ucap dulu 
SALAM AIDILADHA BUAT SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA.

raya tahun ni xda la meriah sgt sbb kak long xda.dia beraya buat kali 
pertamanya dengan keluarga mertua di Pagoh, Johor.so raya tahun
ni macam sunyi sikit la.selalu bising je kak long suruh ak belit kan shawl
utk dia.huu.already miss her. -___-



okay okay.kembali pada tajuk entri hari ni.entri hari ni ditulis utk
setelah ak mengalami beberapa peristiwa yang agak mengecewakan
di sekitar masjid masjid di Malaysia.ak tulis pasal bnda macam ni
bukan nak tunjuk ak pandai ke apa.just nak berkongsi ilmu
dengan adik adik and kakak kakak.jugak mak cik mak cik.yang
mybe tak tahu pasal saf dalam solat jemaah.

ketahui la bahawa :

saf itu sgt penting dalam solat berjemaah.sbb saf tu la
yang melambangkan perpaduan antara umat islam.teguh dan erat
ukhwah kita berdasarkan saf kita time solat jemaah.



fisrtly, bila smpai kat masjid.kita dahulukan saf depan.penuhkan
dulu saf depan.asal macam susah sgt adik adik?Allah nak bagi
kita pahala free pun tak nak ke? tapi kita sibuk nak cari kipas.
nak duduk btol btol bawah kipas.xkisah la saf kita berterabur.janji
bley dok bawah kipas.aish.yang mana kita cari? sejuk dunia? or sejuk
akhirat?

"Sesungguhnya ALLAH dan para Malaikat-Nya berselawat ke atas barisan (saf) yang pertama atau saf yang awal" (Dinilai hasan oleh al-Albani didalam sahih at-Targhib wa at-Tarhib)

pastu bila nak buat saf kedua.kena make sure saf pertama da sempurna.
betol betol da penuh and sempurna baru bley buat saf kedua.bukan nya
mulakan saf kedua lepas semua spot bawah kipas utk saf pertama da penuh.
okay ?

“Barisan itu dimulai dari tangah di dekat posisi imam. Barisan sebelah kanan lebih afdhal daripada barisan sebelah kiri. Yang wajib dilakukan adalah tidak dimulakan membuat barisan baru sehinggalah barisan pertama sempurna. Tidak ada masalah jika orang-orang yang berada di sebelah kanan barisan lebih banyak dan tidak perlu dilakukan penyeimbangan kerana perkara tersebut bertentangan dengan sunnah. Hanya saja, tidak diperbolehkan membuat barisan kedua sehingga barisan pertama sempurna dan tidak boleh juga membuat barisan ketiga hingga barisan kedua sempurna. Begitu jugalah barisan yang seterusnya.” (Fatawa Ibni Baaz, 11/205)


macam mana nak tahu saf pertama da sempurna? macam ni.
bila semua jemaah berdiri and utk make sure saf sempurna.bahu jemaah
mestilah bersentuhan dengan jemaah kiri dan kanan.
dulu ustazah ak bgtau.kalo saf xrapat.nanti syaitan dok tengah tengah.
tu yg solat tak khusyuk tu.dok ingat nak masak apa.nak shooping apa.
selalu nya korang malas nak gerak utk rapat kan saf sbb korang nak
sujud dekat sejadah korang yang wangi dengan softlan tu eh? sejadah
org len xsewangi tu agaknya.xley la mcm tu eh.sebab Rasulullah bersabda :


"Tegakkan saf-saf kalian dan rapatkan bahu-bahu kalian dan tutuplah celah-celah dan jangan kalian tinggalkan celah untuk syaitan, barangsiapa yang menyambung saf nescaya Allah akan menyambungnya dan barangsiapa memutuskan saf nescaya Allah akan memutuskannya."


saf yang sempurna.


saf yang tidak sempurna.


itu lah sedikit ilmu yang ak boleh kongsi ngan korang.harap semua
dapat belajar something pasal saf dan lebih menitik berat kan soal
saf ni.ak sedih sgt tgok muslimat muslimat yang suka sgt ke masjid solat
jemaah tapi lupa pasal saf ni.even ak ni bukan la muka masjid.bukan selalu
ke masjid.ke masjid pun bila ada usrah,tak pun  solat terawih and solat 
hari raya.tapi ilmu yang ada wajib dikongsi kan? 


“Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat kepada orang yang menyambung saf.” 




p/s: menghitung saat itu. :)

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

8 comments:

Bidadari Syurga said...

akak suka entry ni.. serius akak suka... cantik saf yg adik uploadkan tu.... jelas....

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

yna pernah baca dlm buku pasal nie..
tp sygnya org2 kita bila solat berjemaah x mcm nie pun :(

salam aidiladha :)

kurus said...

sukee dik ! ...
ramai yg selalu x tahu kan ..
ermmmmm nak jugak bilik mcm tuu .. ada ayat alquran .. mengigatkan kita selalu :)

selamat hari raya dikkk !

Ir Firdaus said...

saf dalam solat sangat lah penting..
peringatan kepada diri sendiri..

mr.syazwan said...

perkongsian yg menarik dan bermakna

salam aidil adha

=_=

LiLy @ MaMaQiStInA said...

perkongsian yg menarik..
mostly..ramai yg tak tahukan..

*Salam Aidiladha..^_^

Cik tikah said...

betul, kadang kadang aa je jemaah sengaja tak nak rapatkan saf. alahai..

aamalinaazman said...

heeeee
suke entri ni
sebab mende2 cm ni selalu owg amik sambil lewa
padahal ni la penentu solat kita sah ke x kan =]