Saturday, January 28, 2012

Alam Perkahwinan

SALAM SEMUA.

hai hai.selamat malam diucapkan kepada semua.semoga
malam ni lebih baik dari semalam.hee.hari ni aku bershopping 
sakan sebab da nak balik kuantan da.adehh.terasa rindu pada 
bandar indera mahkota tu even takda apa apa kat sana.

hari ni nak bercerita pasal alam perkahwinan.sekarang ramai remaja
macam bangkit dan cakap pasal kahwin awal.macam macam entry di share di 
facebook.ada entri tentang cara cara memujuk ibubapa untuk kawin muda.
ada entri tentang hikmah berkahwin di usia muda.tak cukup entri.ada
jugak yang share video ustaz azhar pasal nikah khitbah


tapi alam perkahwinan of course tak semudah tu kan? kahwin memang
senang.nak kekal kan perkahwinan tu bukan satu yg mudah.aku setuju 
kahwin muda.sangat setuju.tapi jujurnya.kalo isu kahwin muda ni di tanya 
pada diri aku sendiri.cuak juga kan? selalu aku tgok diri aku. dengan masak 
pun masih terkial kial.dengan perangai nya yang masih tgok citer cartoon. 
dengan tidurnya yang banyak. dengan bilik nya yang masih bersepah 
tidak tersusun.dengan solat pun masih lambat.dengan pengetahuan islam
nya yang masih cetek.aish.banyak nya yang harus dibaiki.

layak ke aku nak langkah ke satu alam laen? yang sangat memerlukan kesabaran.
ketabahan hati.keberanian.bila ditanya pada ibu bapa.kebanyakkan nya akan
cakap.belajar la dulu.kawin kawin ni kemudian la.bila da ada duit bley la kawin.
tapi aku tahu ramai remaja yang tahu sebab mereka nak kawin awal kan? 


ketahui la ayah dan ummi :

zaman sekarang ni da laen dengan zaman dlu.zaman sekarang
ni teknologi nya sgt canggih.even sy di Malaysia, dia di China pun
sy bley jumpa lagi dengan dia.sy bley skype.sy bley col.sy bley msg.
ni kan plak satu universiti. bukan satu perkara yang senang untuk kami
 menjaga batas pergaulan.kami tahu hukum nya.kami tahu.cuma kami bimbang.
bimbang syaitan itu menganggu kami.bimbang memikirkan syaitan itu akan 
mencuba sedaya upaya menyesatkan kami. kami bimbang kami tak mampu.
islam itu agama yang sgt indah.sebab tu ada nya perkahwinan.supaya kami tak 
lagi terus hanyut dengan masalah cinta.supaya kami tak lagi hanyut dengan 
zina-zina kecil hingga mampu melahirkan seorang bayi.

tapi ketahui la remaja remaja semua :

ayah dan ummi juga mempunyai alasan mereka sebab mereka lebih dlu
 makan nasi dari korang kan?bukan mereka menidakkan kahwin itu menjauhi 
zina.cuma ayah dan ummi bimbang.bimbang korang tak mampu nak 
survive di alam perkahwinan yang sgt mencabar.bimbang korang tak 
mampu nak menjaga hubungan suami isteri.bimbang korang rasa terbeban 
dengan perkahwinan yang memerlukan tanggungjawab yang cukup besar.

oleh itu.pada pendapat aku. remaja remaja yang ingin meneruskan 
hasrat untuk berkahwin muda.teruskan memperbaiki diri korang
sehingga la dapat menyakinkan parents korang bahawa korang mampu.
ibu bapa tu selalu inginkan yang terbaik utk anak diorang kan?
utk bagi yang terbaik itu lah kita kena selalu berusaha ke arah
kebaikan. insya Allah.

perkahwinan itu impian semua orang.



p/s: menunggu sebuah jawapan.

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

8 comments:

naiemah_ramli said...

ada kebaikan & keburukkan nya kawen muda ni kan..ats pandangan masing2..hee..btol tak?

zuk zuhaiza said...

jawapan ape? menunggu approval dr mak ke? EHEEE

ieda said...

ye , berkahwin bukan jalan penyelesaian dlm perlbagai masalah .. kalau dah suke terus kawin .. hurmmm bila x suke leh ke main cerai berai nie huhuhu

sea_lavender said...

wah entry kahwin~
ramai sungguh blogger bercite isu ni..huhu.. bagi kte smela,blajar m'solehahkn diri dkt dgn Allah.. Insya-Allah jodoh kte dkt dapat mendirikan masjid dgn kukuh dan bahagia hingga ke akhir hayat dan syurga.. Insya-Allah..

Ir Firdaus said...

Ehem!
menanti sebuah jawapan dari sapekah?? ^_^

diana said...

apa pun perkahwinan itu adalah yang terbaik..untuk menyelamatkan agama dan diri kita..
apa pun alasan kita,tak tahu la pulak kalau ada orang anggap perkahwinan itu satu keburukan..rasanya dalam al quran pun akak tak jumpa tentAng tu..

::Misz sunsWeetz:: said...

dank kahwin ke??ehm untung kahwin muda anak besau2 nanti hehe


http://sunsweetz-miszsunsweetz.blogspot.com/2012/01/retis-remy-ishal-da-ada-bloghuhu.html

Aida Azryn said...

aida pun tengah menunggu sebuah jawaban. >.<