SALAM SEMUA.
hai hai.selamat malam diucapkan kepada semua.semoga
malam ni lebih baik dari semalam.hee.hari ni aku bershopping
sakan sebab da nak balik kuantan da.adehh.terasa rindu pada
bandar indera mahkota tu even takda apa apa kat sana.
hari ni nak bercerita pasal alam perkahwinan.sekarang ramai remaja
macam bangkit dan cakap pasal kahwin awal.macam macam entry di share di
facebook.ada entri tentang cara cara memujuk ibubapa untuk kawin muda.
ada entri tentang hikmah berkahwin di usia muda.tak cukup entri.ada
jugak yang share video ustaz azhar pasal nikah khitbah.
tapi alam perkahwinan of course tak semudah tu kan? kahwin memang
senang.nak kekal kan perkahwinan tu bukan satu yg mudah.aku setuju
kahwin muda.sangat setuju.tapi jujurnya.kalo isu kahwin muda ni di tanya
pada diri aku sendiri.cuak juga kan? selalu aku tgok diri aku. dengan masak
pun masih terkial kial.dengan perangai nya yang masih tgok citer cartoon.
dengan tidurnya yang banyak. dengan bilik nya yang masih bersepah
tidak tersusun.dengan solat pun masih lambat.dengan pengetahuan islam
nya yang masih cetek.aish.banyak nya yang harus dibaiki.
layak ke aku nak langkah ke satu alam laen? yang sangat memerlukan kesabaran.
ketabahan hati.keberanian.bila ditanya pada ibu bapa.kebanyakkan nya akan
cakap.belajar la dulu.kawin kawin ni kemudian la.bila da ada duit bley la kawin.
tapi aku tahu ramai remaja yang tahu sebab mereka nak kawin awal kan?
ketahui la ayah dan ummi :
zaman sekarang ni da laen dengan zaman dlu.zaman sekarang
ni teknologi nya sgt canggih.even sy di Malaysia, dia di China pun
sy bley jumpa lagi dengan dia.sy bley skype.sy bley col.sy bley msg.
ni kan plak satu universiti. bukan satu perkara yang senang untuk kami
menjaga batas pergaulan.kami tahu hukum nya.kami tahu.cuma kami bimbang.
bimbang syaitan itu menganggu kami.bimbang memikirkan syaitan itu akan
mencuba sedaya upaya menyesatkan kami. kami bimbang kami tak mampu.
islam itu agama yang sgt indah.sebab tu ada nya perkahwinan.supaya kami tak
lagi terus hanyut dengan masalah cinta.supaya kami tak lagi hanyut dengan
zina-zina kecil hingga mampu melahirkan seorang bayi.
tapi ketahui la remaja remaja semua :
ayah dan ummi juga mempunyai alasan mereka sebab mereka lebih dlu
makan nasi dari korang kan?bukan mereka menidakkan kahwin itu menjauhi
zina.cuma ayah dan ummi bimbang.bimbang korang tak mampu nak
survive di alam perkahwinan yang sgt mencabar.bimbang korang tak
mampu nak menjaga hubungan suami isteri.bimbang korang rasa terbeban
dengan perkahwinan yang memerlukan tanggungjawab yang cukup besar.
oleh itu.pada pendapat aku. remaja remaja yang ingin meneruskan
hasrat untuk berkahwin muda.teruskan memperbaiki diri korang
sehingga la dapat menyakinkan parents korang bahawa korang mampu.
ibu bapa tu selalu inginkan yang terbaik utk anak diorang kan?
utk bagi yang terbaik itu lah kita kena selalu berusaha ke arah
kebaikan. insya Allah.
perkahwinan itu impian semua orang.
p/s: menunggu sebuah jawapan.
7 comments:
ada kebaikan & keburukkan nya kawen muda ni kan..ats pandangan masing2..hee..btol tak?
jawapan ape? menunggu approval dr mak ke? EHEEE
ye , berkahwin bukan jalan penyelesaian dlm perlbagai masalah .. kalau dah suke terus kawin .. hurmmm bila x suke leh ke main cerai berai nie huhuhu
wah entry kahwin~
ramai sungguh blogger bercite isu ni..huhu.. bagi kte smela,blajar m'solehahkn diri dkt dgn Allah.. Insya-Allah jodoh kte dkt dapat mendirikan masjid dgn kukuh dan bahagia hingga ke akhir hayat dan syurga.. Insya-Allah..
Ehem!
menanti sebuah jawapan dari sapekah?? ^_^
dank kahwin ke??ehm untung kahwin muda anak besau2 nanti hehe
http://sunsweetz-miszsunsweetz.blogspot.com/2012/01/retis-remy-ishal-da-ada-bloghuhu.html
aida pun tengah menunggu sebuah jawaban. >.<
Post a Comment