Wednesday, January 25, 2012

Lejar Untukku Hidup part 1

SALAM SEMUA.

Dia memandang tenang ke arah laut.Kotak fikirannya kosong.Laut yang tenang 
itu sentiasa diganggu oleh ombak yang menghempas kuat pasir yang putih bersih.
Angin yang bertiup sesekali menggerakkan tudungnya.Peristiwa itu melayang
 masuk ke dalam kotak fikirannya.


" Aida,tak tidur lagi ? ", suara Leha dari dapur menusuk telinganya.Dia menutup
 bukunya. Mengemas barang-barang persekolahannya.Jam dinding menunjukkan 
12.30 malam.Sebelum ke bilik dia sempat memandang ibunya didapur.Leha
 sedang menghadap bahan masakan.Tangan tua itu sedang sibuk menguli tepung 
untuk dibuat kuih apam sebagai persediaan menjaja esok. Aida sebak seketika.
Dalam diam dia kejapkan kasad untuk membalas jerih perih Leha dengan 
segenggam kecemerlangan. 

Dia tersedar. Angin pantai bertiup perlahan.Anak matanya di arah  ke laut. Pilu
hatinya setiap kali mengenangkan ibunya yang sudah sebulan meninggalknya.
Jika berseorangan pasti kotak fikirannya akan teringat akan wajah mulus ibunya.
Dia anak tunggal.Ayahnya meninggal dunia ketika dia baru pandai meniarap.
Sebab itulah pemergian Leha sangat dirasai.

Kini dia kembali ke sekolah.Bergelut dengan buku untuk persediaan menghadapi
SPM. Azamnya tidak mahu menghampakan harapan suci Leha terhadap dirinya.
Takala bersama teman teman yang mengerti dan menatap buku buku pelajaran
itulah yang melupakan tentang kesedihan.


Suatu hari, seorang pelajar baru telah mendaftar masuk ke sekolahnya.Seorang
pelajar lelaki. Namanya Hakim.Pelajar itu menghadiahkan senyuman manis
kepadanya.Bergetar juga jantungnya. " Boleh saya duduk sebelah awak?",
tanya lelaki berusia 17 tahun itu.Entah mengapa dia tidak menjawab.
Dia menarik kerusi disebelahnya dan menggerakkan kepala tanda mengizinkan.

Bermulalah kehidupan baru untuk dirinya. Pada mulanya dia juga kekok. Namun
Hakim seorang yang mudah mesra membuatkan dia selesa. Hakim banyak 
membantunya dalam pelajaran. Hidupnya mula berseri dengan kehadiran lelaki 
itu. Ketenangan yang sudah lama tidak diperolehnya sejak ketiadaan Leha.
Persahabatannya dengan Hakim walaupun baru namun telah menjadi intim.
Dia berasa benar benar selesa dengan kehadiran Hakim.

to be continue...   

mesti korang pelik kan sebab tetiba ja tulis cerpen plak.
hee.sebenarnya cerpen ni aku tulis utk majalah sekolah.
so ak tulis balik masuk dalam blog.hee.nanti part 2 kita 
smbung kemudian ya.bye bye! :) 



p/s: dulu sendiri. kini sendiri. lalalala.  

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

1 comment:

caliph shuriken said...

sesuatu yg baru di sini yer ^^