Wednesday, January 18, 2012

Tarbiyah Diri

SALAM SEMUA.

hai hai hai.apa khabar semua? harap semua sihat.ak sekarang
telah selamat berada di rumah selepas 2 minggu menjalani minggu
exam.sgt cuak sebab result nya akan keluar 2 minggu je lagi.
mau makan tak lalu tido tak lena tggu result exam kan? hee.



hari ni ak nak bercerita sedikit tentang pengalaman diri sendiri
yang dilalui sepanjang satu sem di uia kuantan. banyak sgt pengalaman
yang bley dikutip sebenarnya.tak kira manis atau masam.semua pasti ada
hikmah nya.aku yakin.


sepanjang berada di kampus. macam macam hal jadi.dari kawan
perempuan smpai la kawan lelaki.dari sekecik kecik hal.
hingga la sebesar besar la.ya Allah begitu besar dugaan Mu ke atas
diri ku.aku sangat bersyukur sebenarnya dengan semua ujian ni.
masa ni la kita kenal mana kawan kita yang sebenar. mana kawan
kita di dunia.dan mana kawan kita di dunia dan akhirat.

ketahui la kawan kawan ;

kita ditarbiyah oleh Allah dengan pelbagai cara.jangan ingat
kita selalu solat.tudung da besar.maksudnya kita da beriman.
sesungguh nya jangan engkau mengaku beriman sekiranya engkau
belum di uji.beruntung la bagi perempuan mahupun lelaki yang
telah dilahirkan dalam keluarga yang sempurna. islam nya teguh.
akhlak nya baik.tapi itu bukan tiket utk orang orang berakhlak
baik ni memerli, menghina orang orang yang kurang didikan
agama dengan hukum Allah.sesungguhnya. islam itu agama mendidik.
bukan agama menghalang.aku kurang gemar dengan cara beberapa
member yang ak tahu sangat baik akhlak nya. menghentam di facebook.
menghina maruah seseorang begitu mudah sekali.kawan kawan.
cuba fikir sekejap.berada di tempat seorang pelacur.adakah dia
nak berada di tempat nya sekarang?aku bukan nak menghalalkan apa
yang haram. tapi ak cuma nak korang pham yang cara tarbiyah Allah
kepada setiap hambaNya berlainan.korang beruntung bila korang 
dididik dengan ilmu agama yang cukup.tapi jangan la memperlekehkan
orang yang kurang didikan agama ni. kerana sesungguhnya Allah sedang
mer-tarbiyah mereka.dan sama sama la kita menasihati dengan cara
yang baik. bukan menghentam atau menghina.dan ketahui la even
kalo kita berada di tempat mereka.belum tentu kita dapat survive
macam mereka.so. dont judge the book by it cover. harusnya kita
faham Allah itu maha adil.apa yang kita buat hari ni atau esok.mungkin
akan balik pada diri kita suatu hari nanti. siapa tahu kan?

so bila Allah tarbiyah diri kita bermakna Allah sayangkan kita.
entri ni ditulis bukan untuk menghentam atau menyindir sapa sapa.
ini hanya luahan hati.pendapat serta nasihat kepada semua.yang
baik di jadikan ikhtibar.yang buruk jadikan sempadan.






p/s: hanya Allah yang Maha Tahu. 

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

4 comments:

Syakilla kebebeh said...

good luck untuk result nanti..:D

Hanim Irsyad said...

thanks for this reminder dear :)


http://irsyanim.blogspot.com/2012/01/wordless-wednesday_17.html

fieha said...

betul..setuju sgt ngan awk..sepatutnya mereka yg kurang ilmu tentang agama perlu dinasihat bukan dicerca atau diherdik..kita x berhak menghukum org len..diri kita belum tentu baik di mata Allah..semoga kita terus bermujahadah..Insyaallah :)

kurus said...

insyaallahhh epa leh buat .. akak yakin ;)