Friday, July 27, 2012

SALAM RAMADAN

SALAM SEMUA

hai hai semua. sudah lama tidak update. sgt sibuk sebenarnya. banyak projek baru 
untuk disiapkan. banyak idea , cadangan, usul or apa saja yang sama maksud dengannya
telah datang mencucuk cucuk otak miss epa tika ni. oleh itu aktiviti harian bnyk
dipenuhi dengan projek projek tersebut. apakah projek projek nya ? hee. 
nnti i story mory kat u all lepas ni ya. sekarang doa kan dlu smua nya akan berjalan
lancar. amin.

sedar tak sedar. sekarang da masuk 7 ramadan. 10 ramadan pertama da nak berakhir.
sejauh mana ibadat kita di bulan mulia ni. terawih macam mana ? ak tak tanya org len.
ak tanya diri ak sendiri sbb ak pun sama macam org laen. kadang kadang terleka
dengan dunia. -,- 

harap harap belum terlambat untuk ucapkan selamat menyambut ramadan kepada
semua umat islam. semoga ramadan tahun ni lebih baik dari ramadan yang lepas.
amin.




tazkirah ramadan utk dikongsi ;

cerita Rasulullah dan Iblis

Rasulullah : "Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana keadaanmu?"Iblis : "Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya buatku.Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy danKursi, bahkan seluruh Malaikat menyambut dengan suka cita. Bagi orang yangberpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikandengan pahala yang amat besar serta tidak dicatat dosanya selama dia berpuasa. Yang menghancurkan hatiku ialah segala isi langit dan bumi, yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam memohonkanampunan bagi orang yang berpuasa. Satu lagi kemudian orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan dihembuskan angin dari bawahArasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umatmu mulai berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekalian Malaikat dengan garangnya menangkapku dan tentaraku, jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umatmu berpuasa, barulah aku dilepaskan dengan perintah agar tidak mengganggu umatmu. Umatmu sendiri telah merasa ketenangan berpuasa sebagaimana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut dibandingkan bulan biasanya".


p/s: bila nak start belajar buat kek butter ni ?

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

2 comments:

caliph shuriken said...

salam ramadhan & selamat berpuasa epa ^^

.::: Princess MOMOY :::. said...

Salam ramdhan al-munarak
hari ke-15 baru la rancak puasa sebab lagu raya dah bekumandang