Friday, August 3, 2012

Tanda lelaki serius untuk kahwin

SALAM SEMUA.

hai hai semua. hari ni kepenatan dan keletihan sebab satu hari drive 
semalam. dari kota bharu ke kuala lumpur. lelah aku dibuatnya. 
tetapi disebabkan habuan nya ialah shopping raya di one utama. aku gagahkan
jua diri ini. haha. *agak materialistik sket disitu. hee.

ini ialah muka materialistik aku. hahaha. 

entri hari ni nak kongsi ngan korang especially lelaki yang telah serius
dengan seorang perempuan dan apa yang wajib diorang buat utk tnjukkan
keseriusan nya. kenapa timbul topik ni ? sebab beberapa orang kawan aku
mintak pendapat aku samada diorang punya 'cik abg' serius ke tak ? 
jenuh aku nak jawab sbb fitrahnya setiap lelaki ni berlainan.

apa yang aku rasa ak mampu kongsi kat sini ialah cara lelaki normal
buat untuk tunjuk dia serius. 

1 ) bercakap pasal kahwin.
Biasa nya lelaki yang serius ni akan bercakap soal kahwin dengan korang.
Dia akan tanya agak agak bila korang da boleh kahwin. agak agak kalo
kawin telan belanja berapa. ye lah. kalo nak kawin dengan retis, anak datuk
kena lah kumpul berbilion bilion. tapi kalo nak kawin ngan anak org 
kebiasaan ni. cukup la duit yang ada. sbb bersederhana kan bagus ?
kalo dia tak pernah cakap pasal kahwin. asyik ajak date pastu cakap pasal
bola sepak dan cerita pasal motor kawasaki je. tu ada something wrong.
mungkin dia tak serius atau dia tak mahu pengakhiran dengan kamu.

2) start mengumpul duit.
lelaki yang normal juga akan start mengumpul duit. ada yang buat online
business. ada yang kerja part time. macam macam la. janji dapat menambahkan
beberapa ringgit malaysia dalam akaun diorang sebagai persediaan untuk
ke alam perkahwinan. tapi kalo lelaki tu asyik ajak korang shopping, asyik
dok tukar rim kereta je. dan korang pun tak sure diorang ada ke tak 
sumber pendapatan lain selain ptptn atau pama (papa dan mama).
 maybe lambat lagi diorang nak serius dengan korang.



3) berjumpa ibubapa
ni agak penting. kalo lelaki yang ada keberanian nak jumpa ibu bapa korang.
maknanya diorang da start serius. sbb tak semua lelaki berani nak jumpa
mak ayah korang. tambah lagi kalo ayah korang bekas askar yang berpangkat
kapten kan. hee. tapi kalo da berani jumpa mak ayah. bagitau mak ayah
betapa serius nya diorang nak kawin dengan korang. itu sgt seius dan sgt sweet.
ada juga lelaki yang jangan kata nak singgah. siap sruh korang jalan lagi sbb taknak
mak ayah tahu hubungan korang. maknanya diorang masih belum serius.

4) Persiapan diri
persiapan diri ke arah lebih baik. Ini sangat penting sbb selalunya bila dah
berganjak pada usia yang melayakkan seseorang itu kahwin. seharusnya dia
akan mature dulu kan ? ni kalo tak matang mana boleh kahwin. kang dok 5 bulan
senang senang je lafaz cerai bagai semua. penting nya matang pada lelaki
sebagai satu sifat yang membawa kepada rumahtangga yang harmoni. dan 
selalu nya lelaki lelaki ini akan memperbanyakkan pengetahuan pasal agama.
mendekat kan diri kepada Allah. minta hidayah dan petunjuk supaya diberi
kemudahan untuk melangkah ke alam perkahwinan. begitu la lelaki yang
telah serius dengan korang.tapi kalo lelaki yang masih berkeliaran di malam
hari , masih tak mampu imam kan solat, al-quran tak khatam lagi. mungkin
diorang belum bersedia untuk ke alam perkahwinan.



itulah antara beberapa tanda lelaki lelaki anda telah serius untuk ke alam
perkahwinan. ini bukan tips tanda lelaki serius dalam hubungan cinta cintun.
tapi ini tips untuk mengetahui adakah pasangan anda serius utk mengakhiri
hubungan korang dengan status perkahwinan. perlu diingatkan.ini
hanyalah pendapat sahaja. mungkin ada lelaki lelaki yang kurang bersetuju.
yang baik kan pedoman yang buruk jadikan sempadan.
peace yoo ! hee.



p/s: bershopping sejenak di kuala lumpur. :)

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

6 comments:

| CIKZEK | said...

tibe2 trsenyum sndiri bile bce entry ni. mudah-mudahan smpi ke gerbang perkhwinan kte sume. Aminnn :))

BTS said...

jauh tu bershopping....

kurus said...

ye dikk
kena alert ngan semua nie
aah epa dah nampak sedikit tembam .. pipi tuu ;))

kurus said...

ye dikk
kena alert ngan semua nie
aah epa dah nampak sedikit tembam .. pipi tuu ;))

shamyheart said...

wah, terasa si dia sweet. Hehe.
Wah jauh shopping.

Unknown said...

bagus2 penuh bermanfaat..
nak copy paste bole x?
nanti nak letakkan sdkit credit utk anda disitu :)
kalau sudi la :)

KadKahwinOnline