SALAM SEMUA
[PERHATIAN ! ENTRI PANJANG !]
[PERHATIAN ! ENTRI PANJANG !]
Hai hai semua. ak sudah selamat memasuki tahun 2 untuk semester 2. habis 4 bulan lepas tu masuk tahun 3. ya Allah sekejap sangat masa berlalu. cuti 3 minggu hari tu sekejap sangat pada ak sbb minggu pertama da dihabiskan di kuala lumpur, minggu kedua ke terengganu dan minggu last da start buat rawatan gigi. YES ! rawatan gigi utk pakai pendakap gigi.
Ramai yang buat muka tak puas hati bila ak cakap ak akan pakai pendakap gigi. kata mereka takda da ' manis ' nya miss epa lepas ni tanpa gigi berlapik di sudut kiri mulut ak ni. aish. diorang ni saja la kan. takda nya kemanisan itu terletak pada gigi berlapik tu. -,-
Bila jumpa doktor gigi. perkara pertama dia buat ialah cuci gigi ak. buang habis smua karat karat gigi, tahi gigi. smua lah yang tak diperlukan. dan doktor suruh pesan kat korang. cuci gigi ni kena buat setahun 2 kali. saya ulang sekali lagi 2 KALI SETAHUN. So make sure ibu ibu manis bawak anak anak anda ke doktor gigi setiap 6 bulan ya. doktor pesan.
Selepas doctor cuci gigi. Doctor check gigi aku. tengok mana yang berlapik nya. tengok mana yang tak tersusun. Pastu doctor kata nak buat braces ni kena rajin jaga kebersihan mulut. selalu gosok gigi. lepas makan kena cuci mulut, gosok gigi. lagi baik kalau setiap kali nak solat gosok gigi dlu. kan Rasulullah pesan supaya bersiwak dlu sebelum solat.
Doctor cakap gigi aku tak banyak masalah. sikit je nak kena betulkan. dan straight forward je procedure dia. alhamdulillah. doctor bgtau lagi, " Gigi awak ni BESAR tapi rahang awak KECIK, sebab tu gigi tak tersusun." Rahang kecik -,- yelah doctor. muka besar ni nak rahang besar mana nya, dalam hati aku berkata-kata.
So lepas tu doctor cakap dia akan cabut empat batang gig aku untuk bagi space gigi lain lebih tersusun.adehh doctor. dengar 4 batang da rasa macam cuak plak. kenapa banyak sangat smpai 4. -,- tapi sbb dia doctor dan ak amik math science, aku ya kan sahaja.
Doctor jugak mintak x-ray gigi supaya dia bley tgok urat urat yang bersambung dengan nerve nerve laen la kot. mana ak tahu sebab aku amik math. -,-
Hari kedua aku ke klinik dengan copy x-ray dari Hospital Besar Kota Bharu. peringatan kepada semua kaum hawa. nak pi x-ray mulut kena pakai inner neck sbb nanti dia suruh kita bkak tudung. adehh. ak sangat lucky pada hari tu, of course sebab kuasa Allah utk menggerakkan hati aku supaya ak pakai inner neck yng bru beli.sgt menyelamatkan ak sebab dekat tmpat x-ray hari tu takda kaum hawa yang bekerja hari tu.
Aku datang balik klinik selang 3 hari dengan copy x-ray. doctor pun belek belek. usha elok pnya gmbr tengkorak ak. ak tengok copy x-ray tu macam tgok gambar biasa je. kan da ckp. ak ni budak math. -,- lepas tu doctor kata. orait. takda apa apa yang menghalang. doctor pun amik acuan gigi ak. di tekan nya ubat mint apa ntah nama nya ke dalam mulut aku. tak bape nak sedap sgt rasa dia.
Hari ketiga aku ke klinik utk cabut gigi. dua batang sekali cabut. aku cuak nya tuhan je tahu sbb as we know, gigi kekal memang sakit gila tahap @!%#@##%!~#$ sakit nya. so aku selawat banyak banyak, baca ayat kursi. aku ni nampak je camni tp islamik jugak bila time cuak cuak ni. haha. doctor bius ak selama 20 minit, lepas tu doctor mai then dia cabut gigi ak. staff dia tolong pegangkan kepala aku masa doctor tu nak tarik keluar gigi tu. waaaa ! seriusly masih terngia ngia lagi bunyi gigi tu nak tercabut. -,- adehhhh. aku rasa doctor patut bius telinga aku sekali. -,-
Lepas cabut dua batang gigi tu, aku pun pulang ke rumah dengan bleeding yang agak teruk sbb dua batang gigi sekali gus. doctor kata ada yang demam bila cabut gigi ni. -,- smpai mcm tu sekali horror nya. aku drive balik umah dengan bleeding yang tak henti. kapas doctor bagi plak secuit je. mana lah cukup utk gigi BESAR aku ni.
satu je yang best tentang cabut gigi ni. dapat makan ais krim banyak banyak dengan alasan yang munasabah. HAHA. Ais krim mampu menghentikan bleeding gusi. :)
Okay da habis cerita pasal journey GIGI CANTIK aku untuk part 1. nanti sambungan part 2 minggu depan sbb minggu depan aku akan balik kelantan untuk appointment cabut lagi dua batang gigi dan pakai pendakap gigi. Harap harap semua berjalan lancar. Amin.
P/S : MEDAN. WAIT FOR ME.
4 comments:
saya pun nak buat gak, tengah survey klinik mana :)
boleh tnya..barap harga nak pakai pendekap besi tu? dan ambil brapa masa nak pakai? dia ltk ggi palsu juga ka?
miss orkid : gud luck ! hee. :)
sharina elyana : hrga dan masa semua depend pada gigi asal kita sis. :)
Ermmm rasa nyilu pula bila cerita cabut gigi kekal.
Alahai.
Takpe demi kecantikan gigi kan..
Post a Comment