SALAM SEMUA
hai hai semua. ceritanya hari ni satu hari dok blogwalking baca pasal cerita orang tu orang ni bersosial di negara negara asing. haha. seronok nya bercuti. yang tak seronok duit melayang ke situ ke sini. itu shja. kalau ada duit everything pun dapat kan ? bila dok baca entri percutian orang. teringat entri Medan yang tak siap siap smpai hari ni. kain yang di beli dah berjahit da. cerita je tak abis abis jugak. hee. jangan marah ya. hari ni kita sambung part 2.
hari kedua di Medan, Indonesia.
Pagi hari lagi diorg yang lelaki telefon kitaorg ajak tengok sunrise. oh my god. bagus nya diorg. sangat cintakan alam sekitar. haha. tapi as usual la. miss epa ni tak lah rajin sgt nak bangun pagi hari ditambah dengan suasana yang sangat sangat la sejuk di Berastagi. Memang rasa nak baring je. tak mau bangun da. oleh sebab kita datang untuk melancong. so that kena lah rajin rajin kan diri.
hari ni perancangan akan ke danau toba. melihat tasik yang sungguh indah kata blogger blogger lain yang pernah sampai di sini. dari Berastagi ke Danau toba kitaorg amik supir semalam. Pak Alam Shah utk bawa kitaorg ke Danau Toba dengan kos 900 000 rupiah. Kos tu dari Berastagi ke Danau Toba then ke Medan. Oleh sebab kereta Pak Alam Shah tak berapa nak okay sangat. So pagi tu kitaorg di jemput oleh Pak Eddie. Bermulalah perjalanan panjang ke Danau Toba. Panjang tak bohong. Tertidur 5 kali. bangun bangun tak smpai jugak lagi. -,-
pak eddie sedang drive.
beberapa keping gambar yang sempat snap di air terjun sipiso-piso
Dari Berastagi pukul 9 pagi. kami smpai di Danau Toba pkul 4 petang. Lama kan ? Sadis sungguh sebab rasa masa banyak di habiskan di dalam kereta sahaja. -,- jangan ulang kesilapan kami ya kawan kawan. kalau nak ke medan pergi lah 4 hari. 3 hari tu masa terlalu singkat oleh sebab perjalanan dari satu tempat ke satu tempat tu jauh.
Dalam perjalanan ke Danau Toba kami sempat singgah di restoran atas bukit yang jual goreng pisang dan teh halia. kitaorg pnya lah seronok. mana tak nya punggung da cramp da atas bangku van. -,- so kitaorg melepak lama plak kat restoran tu. huu. smua org minum teh halia. aku je tak sbb aku macam cuak skit dengar teh halia, teh sengkuang, teh lengkuah. -,- orang laen try sbb kat Medan je ada. Lastly tak abis jugak. haha. baik aku ni amik langkah selamat. beli goreng pisang sampai 4 biji. seriusly sedap. korang pun kena rasa. satu goreng pisang 2500 rp.
Sampai di Danau toba kitaorg sempat melihat keindahan Tasik Toba. Sungguh indah. Kata Pak Eddie, kalau air nya Toba itu disapu ke wajah lantas wajah kita akan muda 10 tahun. ahh Pak Eddie. Patut la gantang semacam. hee. Di danau toba kitaorg just amik gambar and berenti makan je disini.
keindahan Danau Toba.
Pukul 6 petang kitaorg bertolak ke Medan. Nanti lah sambung entri di Medan ya. Tunggu ya kamu kamu semua. :)
p/s: berbuka di hotel hari ni. Yb belanja. :p
No comments:
Post a Comment