Thursday, February 2, 2017

Pengalaman Bersalin Hospital Putrajaya Part 2

SALAM SEMUA

*SAMBUNGAN DARI ENTRI PART 1*

Dalam 10 min dekat ward, tetiba datang doctor round ward kot masa tu. dia tanya aku kenapa warded semua. aku nak cakap tersekat sekat sebab tahan contraction. Doctor cakap eh macam cepat je awk sakit ni. Saya nak check bukaan. Again. Ya Allah sabar je la bila dengar check bukaan ni. Before ke bilik lain untuk check bukaan, abam afif bagi minum air zam zam. Dia cakap dia ada baca baca la sikit. Selawat then minum. Pastu ada nurse bawak aku ke bilik lain untuk check bukaan. Doctor ni cakap alat untuk check bukaan ni mahal. RM7 satu. Kita guna glove dengan gel. Rasa macam nak tumbuk je doctor tu. Kemain kerajaan sediakan kemudahan kau taknak guna plak. Bila dia guna tangan sakit gilaaaaaaa kot. *Gila tu tarik panjang sikit* Geram betol la dekat doctor tu.


anak soleh ibu.

Then bila aku gerak gerak sebab sakit. Dia marah aku. 


" Ni lah ibu ibu muda sekarang tak tahan sakit sikit. Sebab tu jadi emergency caesareans tu. Ibu tak tahan sakit, anak stress kat dalam tak nak keluar. Kalau awak tak tahan macam ni. Awak akan menyusahkan orang dekat labor room. Nanti awak koyak sampai punggung. Balik pakai plastik sebab tak leh buang air besar. Nak ? "

kemain dia punya syarahan. Dia tak tahu betapa sakit nya. Da la anak sulung. Mana lah biasa kan. Cuba cakap elok elok. Cis betol doctor ni. Disebabkan kesakitan luar biasa aku telan je dia punya syarahan sambil mulut dok sebut ; 

'La ila haila anta, subha nakainni kuntum minazalimi ' 

Then doctor tu bgtau bukaan da 5 cm. Lepas tu dia pecahkan air ketuban.Tang pecahkan air ketuban ni tak sakit. Doctor masukkan ubat untuk buang air besar. Then doctor suruh turun labor room. Masa tu macam, eh dah nak bersalin ke ni ? Dup dap dup dap. Sakit contraction masa ni level 9999999 dah. Tak tertanggung dah. Lepas buang air besar, tukar baju semua. Nurse bawak aku ke labor room.

Masuk je labor room, sakit dia luar biasa dah. Amik mood labor room barangkali. -,- Masa ni sakit nya hanya Allah yang tahu. Begitu sekali pengorbanan seorang ibu. Nak lahirkan seorang khalifah. 

Dok sakit sakit tu, nurse datang tanya, "Puan nak amik epidural ke ? "

Aku pun dengan confident nya," taknak. "

"Puan baca dlu risalah ni psal epidural, jangan tolak macam tu je. "

"Taknak taknak."

 Kononnya confident aku boleh tahan sakit. Lepas tu datang nurse lain plak. 

"Puan ni anak sulung. Selalu amik masa 4,5 jam baru bukaan 10 cm. Boleh ke tahan ni?" 

Amboi nurse ni saje je saiko aku.Tp masa tu sakit sangat kot.

Then aku mengalah, "bagi lah nurse apapun bagi tahan sakit ni." 

Sobsobsobs. Akhirnya aku pun cucuk la untuk epidural. by the way, jangan ingat semua orang nurse akan offer epidural ya. Ni depend pada graf contraction tu. Mybe masa aku ritu graf nya melayakkan aku amik epidural. Even aku baca epidural ni banyak side effect negatif, aku telan je la. Demi mu anak. Cia cia cia. 

demi mu sayang.


Masa doctor bius datang cucuk untuk epidural. Ya Allah, sakit juga la.Tahan contraction lagi, tahan jarum lagi. Sabar je la. Mengigil aku tahan sakit. Nurse tenang kan aku, suruh zikir banyak banyak. Selawat banyak banyak. Lepas cucuk epidural abam afif datang bawak beg dan barang baby untuk nurse pakaikan lepas baby lahir. aku da packing siap siap dah. senang abam afif nak bagi nurse. Then abam afif stay sebelah aku. Pegang tangan semua. Acah acah romantik masa ni. Aku plak kemain sayu. Dok mintak maaf, kalau saya mati jaga anak kita, doakan saya mudah bersalin, redha dengan saya sepanjang saya jadi isteri abam, lepas ni kita amik anak angkat kalau awak nak anak lagi. -,- sempat tu masa dok sakit sakit. Abam afif senyum angguk angguk je sepanjang aku dok tahan sakit contraction. 

Untuk epidural tu. Dia punya keberkesanan selepas 1 jam. Before 1 jam tu, doc check bukaan da 10 cm. -,- buat apa la amik epidural. Then nurse bgtau baby still kat atas tak turun lagi. Nurse tanya ada minum air selusuh ke ? aku cakap takda. minum air zamzam abam afif bagi tadi je. Seteguk je pun. Nurse suruh teran dlu kalau rasa nak teran. Bagi baby turun. Masa ni contraction da tak rasa sangat da. Cuma rasa nak teran je. Masa tu tengah high dengan epidural kot. Sambil teran sambil senyum kat abam afif. Abam afif tanya awak ni sakit ke tak ? hahaha. Masa ni taknak stress sebenarnya. So senyum jer layan sakit nak meneran.

Dalam pukul 2 macam tu, nurse datang check tengok kepala baby da nampak da. Masa tu nurse tunjuk kat abam afif. Tengok ni kepala baby da keluar, awak pujuk isteri awak untuk teran ya. Masa tu dia pasang kekuda dekat katil then letak kaki kat situ. Benda tu bagus jugak sebab kita akan standstill so boleh elak dari angkat punggung. Masa tu ramai nurse masuk bagi sokongan.

 "Teran puan teran. Puan boleh buat ni "

Tu lah sokongan moral sepanjang proses bersalin. Dalam 5 kali teran jugak la. Then keluar la baby soleh ibu ni. Alhamdulillah. Masa tu rasa lega sangat. Segala sakit hilang gitu je. Masa baby keluar tu dia tak nangis. Sebab masa sakit tadi aku hisap gas apa entah dekat katil. So effect dia kat baby. Baby pun lambat skit nak nangis. Nurse babap skit bontot dia. letak atas dada aku. then aku macam, baby nangis la. sebab tak larat da masa ni. Lama lepas tu dengar suara dia nangis. Alhamdulillah. 

Then doctor keluarkan uri lepas tu doctor jahit. Semua proses tu dalam pukul 4 ptg baru settle. Baby keluar dalam pukul 2.37 ptg. Borak borak la dengan doctor, tanya macam mana nak make sure jahitan senang sembuh. Doctor cakap make sure keadaan kat bawah tu tak lembab. make sure sentiasa kering. Tuka pad selalu sebab darah nifas tu kotor. Nanti lagi cepat bakteria bersarang katanya. 

Dalam pukul 4 lebih gitu nurse datang bagi baby. Abam afif pun azan iqamat semua. Masa ni berair lah mata ibu. Kemain sayu sedih sendu bagai tengok anak. Rasa macam tak percaya dah bersalin. Baru je round ioi mall puchong semalam. Ari ni dah bersalin da. Allah maha berkuasa. Maha memberi segala sesuatu. Pengalaman yang tak akan dapat lupa sampai bila bila. Subhana Allah. 

ni gambar dengan tokbah dia. 


Moga Mohammad Uzayr terus menjadi anak soleh untuk ayah dan ibu ya. 







terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

Tuesday, January 17, 2017

Pengalaman Bersalin Hospital Putrajaya Part 1

SALAM SEMUA

Hai uols. Update blog melalui phone dlu. Sebab bosan tak thu nak buat apa since sekarang dalam pantang. Semua tak boleh buat. Mak bidan suruh rehat je. Hihi. Seronok jugak rasa boleh dok baring rehat je. Nanti ada orang urut dan tungku. Best macam kat spa rasanya. 

Ramai yang whatsap, pm facebook tanya proses kelahiran baby soleh ibu pada tarikh keramat 12 December 2016 hari tu. Mintak maaf tak sempat nak reply semua. Whatsap chat da kebawah pastu lupa da nak reply. Gitu la slalu miss epa ni. So senang kita  story kat sni.so semua boleh baca dan hadam ya.

Cerita bermula begini. Aku start rasa sakit pinggang masa bangun solat subuh around pukul 6 pagi. Masa tu rasa mcm sengugut. Period pain level biasa la. Aku pun buat rilek buat dek je. Sebab masa ni aku 37 weeks 2 days. Orang kata 38 weeks baru bersalin selalu nya. Since last check up ritu doc ckp baby tak engage lagi. Buat tak thu je.

Then rasa sakit tu dtg lagi. Aku tgok jam kat phone 6.18 pagi. Okay. Tgok la mcm mna. Pastu 6.24 pagi. Ha dia dtg lagi. Pastu 6.30 pagi. Every 6 minit dia dtg sakit. Rasa sakit dlm 1 minit. Dlm dok sakit sakit tu. Dua kali aku pergi toilet. Cirit birit plak tu. Teringat member ofis ckp. Antara tanda tanda nak bersalin. Kita akan cirit birit. Aku pun gerak gerak jalan jalan. Squad skit. Then dok atas gym ball. Golek golek kejap. Try dok pikir ni contraction ke tak. Hahahaha. Pnya la tak confident. 

Pastu aku nak distract rasa sakit tu aku bukak laptop. Tgok online sale kat lazada dlu. Sempat aje kalau shopping. Dok tgok sale Maybeline. Kemain bhai. Sakit sakit pun smpat jugak. Rasa sakit still datang every 6 min. Pkul 7 lebih mcm tu aku kejut abam afif. Aku bgtau dia, aku rasa contraction kot ni. Sbb datang stiap 6 min. Memula abam afif mcm mamai mamai skit. Blurr kot. Pastu dia bngun. Aku pun download la apps contraction dkt phone. Stiap kali contraction datang aku tekan. Nak tgok frequency dia. Abam afif buat rilek jugak dlu. Dok usha powerbank pineng dkt lazada. Lelama makin cpat plak sakit. Before ni 6 min jadi 4 min ke 3 min. 

contraction frequency masa tengah sakit hari tu.

Masa tu jugaklah aku google la tanda tanda nak bersalin. Tgok beza mild contraction dgn yg contraction smua. Smua ciri ciri ada pada contraction yg nak bersalin. Ya allah. Abam afif suruh mandi mandi smua sbb nak terus pergi hspital. Siap mandi, pakai bedak, gincu smua. Amboi kau jahh. Turun breakfast dgn mama abah (mak dan ayah mertua). Bgtau mama abah da rasa sakit da ni. Cuma tak thu ni real contraction ke acah acah je. Mama suruh pergi hospital. 

Lepas breakfast sempat baca pamphlet hospital Islam Az Zahra. Tgok package bersalin smua. Abam afif tnya nak gi hospital mana. Grr. Masa dok mcm gini baru nak decide ni. Hihi. Ckp kat abam afif pergi az zahra dlu la. Smbil layan contraction dengan zikir. Masa ni sakit masih level period pain mcm selalu. Sakit yang amat. Cuma masih boleh tahan. 
So dari Putrajaya kitorang ke bangi. Dalam 20 min sampai la dekat Az Zahra tu. Masa nak keluar jalan ke hospital tu aku banyak kali kena stop sebab contraction datang. Masa ni level sakit dia da makin bertambah.

Sampai kat kaunter tempat bersalin tu, org dekat kaunter tu tanya aku kenapa datang dan dah berapa minggu. Bagitau la dia dah 37 minggu 2 hari dan rasa sakit contraction setiap 6 minit. sambil muka kerut kerut sebab masa tu contraction datang lagi dan kekerapan dah bertambah. aish. Tetiba orang kaunter tu bgtau doc yang selalu check up aku tu cuti dan yang ada sekarang doc lelaki sahaja. Dia suggest aku pergi hospital kerajaan. Dah la punya jauh aku survive nak sampai bangi nih. Sekali dia tolak kes aku. Sobsobsobsobs. 

Abam afif pecut lah kereta ke Hospital Putrajaya balik. Masa tu aku kemain berzikir mengingati dosa dosa lampau. Sebab rasa dah makin sakit masa ni. Anak soleh ibu da tak sabar sabar nak keluar ke alam fana ini nampaknya. Nasib baik lah jugak masa ni pepagi lagi. So traffic okay je sepanjang perjalanan. So dalam pukul 10 pagi kitorang sampai di Hospital Putrajaya. Hospital Putrajaya pulak memang terkenal dengan payah parking. Smpai keluar kawasan hospital orang parking. Tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan kitorang. Hari tu senang parking. Orang pun tak ramai dekat hospital bersalin. Aku register then terus boleh masuk check semua. Sekali lagi Allah permudahkan kitorang.

Masa memula check tu. Doktor pelatih yang datang check aku. Dia cakap nak check bukaan (VE). Aku cuak la jugak since dok baca baca yang check bukaan ni sakit. So dia pun check, masa tu bukaan 1 cm. Tapi sakit dia da macam 100000 cm. sobsobsobs. Masa doc pelatih ni check bukaan, tak sakit sangat. consider okay. Lepas tu dalam 20 min kemudian, ada doktor senior datang. Dia sekali lagi nak check bukaan. Aku macam eh tadi da check, tak nak lah check lagi. Tp doc tu garang woi. tak daya aku nak cakap taknak. Then masa dia check tu, ya Allah sakit gilaaaaaaa. Dia cakap da 3 cm ni. Masuk ward lah. Petang ni atau malam ni awak da bersalin ni. Confident dia. Then aku keluar jumpa abam afif bgtau kena warded. suruh dia amik barang smua. 

Untuk bersalin di Hospital Putrajaya ni dia akan amik deposit RM800. so kalau korang nak bersalin kat sni kena ada deposit banyak tu. Nanti da siap settle nak keluar ward dia akan pulangkan balance jangan risau. Settle payment smua then aku naik ke ward.Nurse offer  aku bilik double bedded. Alhamdulillah sekali lagi Allah mudahkan kitorang. Sebelum ni dok dengar kisah tak cukup bilik la. Kena hantar hospital lain la. Sekali dapat bilik double bedded dan aku sorang je dalam tu. hihi. 

anak soleh ibu masa umur 1 hari.

Sampai sini dlu nanti aku sambung lagi untuk part 2. Entri ni di tulis bagi memudahkan aku untuk story dekat baby uzayr nanti. Betapa moment ini takkan mampu lupa. Sambung nanti tau. Aku janji tak hold lama citer ni. hihi. *macam org kesah pasal kau missepa* -,-


Till then, jaga diri sayangs.






terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

Saturday, December 31, 2016

Pengalaman Pregnant : Third Trimester

SALAM

Hai semua. Entry ini diupdate pada masa tu kandungan berusia 35 minggu 4 hari. Ya Allah. Lagi 2 3 hari nak masuk 36 minggu. Baby da matang da. Baby da excited nak keluar. Da sempit da kat dalam tu ya ? hihi. Terima kasih ya Allah untuk pengalaman smpai ke 35 minggu da ni. Dulu selalu nangis nangis sebab rasa tak mampu nak teruskan kehidupan. huhu.

Sekarang pun kerap jalan jalan sebab orang kata banyak jalan memudahkan bersalin. So asyik dok ajak abam afif jalan. Jom laaaa abam kita jalan jalan. Pening abam afif. Huhu. Tapi demi isteri tercinta, gagah la dia drive jugak sampai ke melaka, cameron highland. Kemain perasaan dia nak jalan tu, bukan nak yg dekat dekat tp nak yang jauh jauh tu.


sekeping gambar masa di cameron highlands.

Untuk trimester ketiga ni. Masa masuk 7 bulan tu takda perubahan apa apa. Sama macam trimester kedua. 8 bulan pun still rilek rilek je. Tapi bila dah nak masuk 9 bulan. Minggu ke 34 sampai 36 minggu tu keadaan da berubah skit. dia da start cramp kaki, dari pinggang smpai kaki da sakit da ni. Kadang kadang rasa ngilu tetiba dekat pinggang. Time 35 minggu tu keluar spot coklat macam period. Masa ni da risau da. Keluar berturut 2 hari. Hurm. masa ni google la pasal tanda tanda ni. Ramai yg ckp normal. Antara tanda tanda awal nak bersalin. Risau da hati ni, barang baby smua tak settle lagi masa ni. Bag baby, bag ibu pun tak settle lagi. aduh aduhh. siap kena marah dengan nurse, sepupu sepapat semua sbb barang semua tak siap lagi.punya lah macam rilek nya kan.

Cerita dekat sepupu pasal spot coklat macam tu. diorang cakap da kena get ready tu. dia macam period jugak. before keluar yg betol. dia keluar dlu yg acah acah coklat ni. Masa keluar spot coklat tu, iols lat Cameron Highlands uols. Seronok lagi dok tgok pokok teh menghijau bagai. Seronok berjalan di taman Mardi lah. Berjalan di pasar malam la.Beli brg baby lagi kat Cameron Square. Jauh nau shopping barang baby. After turun Putrajaya takda da spot coklat tu. Ingat nak gi klinik tanya doctor. Tapi sebab takda apa apa da lepas tu, Iols buat rilek je la. Anggap ini semua berlaku sebab jalan banyak. hihi.


babymoon di langkawi.

After masuk 37 weeks. Jeng jeng jeng. Da nak bersalin da. Untuk kisah bersalin yang lagi panjang lebar. Miss epa will update later. Banyak tips dan pengalaman nak kongsi ngan ibu ibu muda yang tengah nervous tunggu baby. Sabar na. 


Till then sayangs. Jaga diri. 



terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

Monday, December 26, 2016

Pengalaman Pregnant : Second Trimester

SALAM.

Hai semua. Tulis entry ni masa tengah melayari 2nd trimester. Kagum dengan diri sendiri sebab berjaya habiskan 1st trimester dengan jaya nya. Even kemain susah dan pelbagai cabaran, dengan kerja seharian nya. Lelah takyah cakap lah. Tapi bila diri rasa down ingat kat baby yang sedang membesar dalam perut ni. Terus hilang segala duka nestapa.

Second trimester ni lain sangat dengan first trimester. Sekarang lagi bertenaga. Alahan muntah da kurang sangat. Kekadang ada la muntah angin. Muntah pepagi tu ada tapi jarang sangat da. Sebulan 3 kali je macam tu je. Kalau dulu hari hari muntah. pfft. So hari hari pergi kerja dengan perasaan riang dan gembira. Tekad da taknak MC lagi. Lelah nak siapkan kerja tertangguh tau. 

Sekarang lebih kepada perubahan fizikal. Perut makin besar. Taklah besar sangat pun. Tak nampak pun sangat. Tp dapat rasa lah kelainannya. Otot otot kat perut keras je. Kalau tersalah pusing. Sakit dia boleh tahan la jugak. -,- Aku ni kalau tido memang lupa da mengandung ke tak. Tu yang malam malam asyik sakit sebab tuka position tido cepat cepat mcm zaman bujang dulu kala.aiyoo. 

Sekarang jalan pun slow slow je. Kalau jalan laju laju mahu semput. Selera makan memang double atau triple kot. Berat naik macam kena pam. Sabar je la. -.- Kalau kat opis ni breakfast da makan nasi, lepas tu makan tengahari nasi lagi. lepas tu makan petang kadang mee goreng, kadang bihun goreng, kadang waffle. malam sambung makan malam plak. ya allah. Macam mana berat badan tak naik. ampun kan hamba. -,-

Kalau member member terjumpa memang semua orang macam, 

"eh haifa, da pregnant ya?" 

Nampak tak betapa pembesaran dan penambahan berat badan tu berlaku begitu cepat sekali.sobsobsobs. Tapi demi anak tersayang, ku gagahkan jua segalanya. Rasa lapa je ibu makan terus. Sayang tak ibu kat awak ? hihi.

Untuk second trimester ni first kitorang scan masa 17 weeks. Tu pun sebab aku rasa perut tak selesa. Asyik rasa mencucuk je. Tak best sangat. Then risau la kan. As a mother. Kita tak tahu keadaan baby kat dalam tu mcm mna. So ajak abam afif pergi klinik then doc cakap aku gastrik. Kena makan bila rasa lapa makan. Jangan tangguh. Masalah second trimester ni bila makan memilih sangat. aduhai. Tu membawa pada gastrik. Then lepas tu doc cakap nak scan ke. Aku pun angguk la. Sebab nak tahu keadaan baby kan. Da lama tak scan. *kononnya, padahal last scan bulan lepas*

Masa aku scan tu baby da 17 weeks 5 days. Lepas tu doc pun scan. Terus je doc cakap,

"ni baby boy ni." 

aku dan husband macam ha? serius kitorang tak expect untuk tahu gender sebab baru 4 bulan kan. Ingat kan nak datang scan bila da 6 bulan nanti untuk tahu gender. Plan kitorang lah. Tetiba je doc bagitau tanpa sebarang warning. hahaha. So hadam je la kan. Yeay! Bagus jugak boy sebab boleh jadi leader adik beradik dia bila kitorang takda. sobsobsobs. *sedih rasa.mood pregnant. jangan marah.*

Masa scan tu lupa nak minum air banyak banyak. So baby tak terapung sangat. So tak nampak muka sangat. Bila doc godek godek sikit, dia gerak tangan tutup muka pulak da. Hahaha. Baby malu la kot. Aduhai. Ni sebab ikot ibu lah ni malu ni. hihi. ayah bawak bertenang even tak berapa setuju dengan pernyataan di atas.

Second time scan masa 27 weeks 7 days. da nak masuk 28 weeks. So da nak start masuk 3rd trimester da. Kali ni detail scan sekali dengan gambar 3D/4D. Aku buat appoitment dengan Klinik Dr Najwa dekat persint 11. Best dekat sini. Layanan dia baik. Dia bgtau bnyk info pasal baby. So sapa yang kat putrajaya boleh datang sni untuk scan. Cost untuk detail scan dan gambar 3D/4D ialah RM200. Tak tahu lah murah ke mahal. Tapi rasanya standard la sebab banyak klinik harga macam tu. Aku pergi detail scan ni sebab saje nak pergi check kesihatan baby dan pertumbuhan dia. Organ dia, alhamdulillah semua normal. 
Masa scan tu biasa la. Tangan tutup muka dan tengah tido. Akak yang scan tu godek godek suruh bangun sebab nak amik gambar bagi nampak muka. Bila da bangun dia taknak berenti bergerak plak. hahaha. Baby stretching ke dalam perut ibu tu. -,- 




Masuk 27 weeks ni pun aku kena minum air gula dekat klinik kesihatan. Alhamdulillah boleh telan dengan gembira nya. Banyakkan fikir benda benda positive sambil minum. Jangan dok fokus sangat nak muntah ke apa. Dan jangan nak gelajoh minum semua sekali gus. minum skit skit pun takpa. Sebab banyak jugak kalau nak abiskan sekali gus. Boleh muntah kot. Hari yang sama jugak aku kena cucuk untuk elak kancing gigi. Tak tahu lah nama ubat tu apa. Lepas cucuk tu, makan masa 2 3 hari ugak nak hilang kebas, lenguh dekat lengan. Bertabah lah miss epa.

 Nak hujung hujung second trimester ni yang paling ketara ialah rasa nak buang air kecil sentiasa. Tambah tambah kalau jalan lelaju. Ya allah. Memang rasa macam nak nangis. sebab rasa sakit yang macam kita tahan kencing. Kalau pergi solat kat pejabat tu , aku kena ke toilet tiga kali. sebelum solat, selepas solat dan masa nak smpai kat pejabat kena masuk toilet sekali lagi. bayang kan ? stress mak. -,-

Sampai sini dulu, nanti kita sambung untuk third trimester plak. Nervous jugak sebab da masuk 7 bulan ni rasa sekejap sangat je. Mohon Allah pemudahkan urusan miss epa. sobosbobsobs


Till then. Jaga diri sayangs.





terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

Monday, December 19, 2016

Pengalaman Pregnant : First Trimester


SALAM SEMUA. 

Hai uols. Update blog di bulan ramadan tapi save draft dlu until the right moment. Firstly nak panjatkan segala kesyukuran kepada yang Maha Esa atas rezeki yang di berikan kepada kami, suami isteri. Macam keajaiban rasanya sebab kitorang never talk about baby before ni. Just buat lawak biasa biasa je. Sebab nak pulun simpan duit pergi travel. Sekali Allah bagi anugerah lebih besar. Maha suci Allah.

Dijadikan cerita, first awal awal tergerak hati nak check tu bila aku kena outstation ke Manila. So Abam afif dengan berseloka nya. Check la. Mana tahu. kalau ada kena hati hati sikit kat tempat orang. Kalau takda tu takda rezeki lagi. Aku ni nak jadi isteri solehah. So kena taat perintah suami. hahaha. Pergi lah beli pregnancy test dekat 7 eleven. Since kitorang memang tengah cari frozen food untuk aku bawak ke Manila.

Kat kotak tu dia suruh check pagi sbb dia kata hormon lagi elok pagi la apa la. hahaha. tp sebab kan takda perasaan sangat pun masa check. aku bantai check memalam tu jugak. Petang esoknya aku kena fly pergi manila. Then terkejut la sebab ada dua garisan pink. Aku ni da la selalu lupa baca instruction. kalut la cari kotak tu balik nak tengok apa maksudnya. hahaha. memang gelabah abis weyh. 

Dan again, Alhamdulillah. 

After that moment, terus lah berubah segala macam benda. 360 degree berubah terus semua nya. Perasaan, kegemukkan dan segalanya. hahahaha. Yang paling ketara, before tahu pregnant dia tak lah rasa flat ke rasa apa. before ni rasa mual je la. tp aku dok cakap gastrik. tp lepas tahu pregnant terus aku flat. takda da mual mual ni. dia muntah angin terus. adoi. hebat anak kecik ibu ni. -,-

Masa dekat Manila, alhamdulillah aku di jaga dengan baik oleh abang engineer dan kawan kawan yang ada kat sana. Aku tak dibenarkan panjat panjat sangat. Dok diam dalam opis je sebab masa tu awal kehamilan lagi. Masa tu kandungan aku baru 5 minggu. So sangat la fragile lagi. Aku pun tak bgtau sapa sapa lagi masa tu kecuali family terdekat. Sebab baru lagi kan. Terkejut pun ada lagi. hahaha.

Berada di Manila selama 10 hari dengan hormon yang begitu tak stabil memang sangat sangat sangat lah tak best. Aku kadang kadang nangis malam malam sebab rasa macam stress dengan keadaan aku. Makan pun taknak sangat sbb rasa loya je kan. Fuhh. Tapi yang paling terkesima sekali. Langsung taknak buat apa apa. Nak pergi jalan shopping mall pun taknak. Benci sangat dekat shopping mall. Pergi dua minit je da nak balik. -,- Jimat la duit ibu macam ni kan. 

Ada satu benda yang lagi pelik after aku balik dari manila ialah tak suka pada microwave. Frozen food berlambak beli before pergi manila satu pun aku tak makan sebab aku macam tak boleh semua benda dari microwave. Bau dia tu. Bila aku cakap cam tu. Abam afif da pening da. Bau microwave macam mana plak da ni. Aku cakap bau electrik tu. -,- Terus abam afif pengsan sebab tetiba aku ada superpower boleh bau electric. Tu lah yang paling rare skit berbanding benda lain. Selain tu mcm biasa lah untuk first trimester ni memang cepat letih, pastu takleh bau menumis masak semua. Dia ibarat deria bau kau da berkuasa 10 kali lagi hebat pada dlu tau. So kalau busuk skit skit orang lain. Bg aku busuk sangatt. Bertabah lah hati.


first scan baby masa 7 weeks. First dengar heartbeat beliau.

Dan aku sangat la tak sabar nak abiskan first trimester ni so that loya dan muntah muntah ni segera lah habis sebab kesian boss aku asyik dapat msg aku mc segala bagai. Morning sickness pagi pagi sangat dasyat. kalau bersahur makan nasi. Maka lepas 1 jam aku muntah balik semua nya. penuh satu sinki. Nasib baik abam afif tak geli gelaman sangat dengan benda ni smua. Sebab pernah je aku tetiba muntah dekat porch kereta, dekat dapur, dlm keta nak gi opis. -,- Plastik muntah penuh dalam beg, dalam keta. Mcm mak mak sangat da sekarang. selera makan pun tak best masa ni. kau makan tak kenyang sangat tapi kau tak boleh makan bnyk. time puasa la paling mencabar. Makan banyak masa sahur muntah pagi. makan sikit masa sahur muntah masa berbuka. Kau rasa ? Allah maha besar. Dia da didik aku dari sini macam mna nak sabar. Macam mna nak tabah. Sebab bila ada baby nanti lagi banyak benda nak kena sabar kan. 

So far tu lah serba sedikit pengalaman aku masa first trimester. Setiap orang lain lain. Kau tak boleh cakap ala kita tak muntah pun. sihat rilek je pergi opis. Semua orang beza beza dan of course la moment ni akan kita ingat sampai bila bila. Dan kepada kawan kawan yang masih menunggu anugerah indah dari Allah ni. Bersabarlah. Masa kawan kawan akan tiba nanti. Allah bagi bila kita da bersedia. Dan of course, Dia Maha Tahu segala sesuatu. Banyak kan berdoa dan pulun honeymoon lama lama dengan encik husband tu selagi boleh ya. Aku sekarang nak gi shopping mall pun dah tak lalu. dok terperap kat rumah je.sobsosobs.


second time scan selepas cukup 3 month. Alhamdulillah. 
Yang baik dari Allah, yang buruk dari silap saya sendiri. 


Till then, jaga diri sayangs.





terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

Friday, December 2, 2016

Supplement pengganti susu untuk ibu mengandung

SALAM SEMUA

Hai semua. Hari ni kerajinan sikit dari hari hari lain. Masa ni tengah menunggu hari untuk bersalin. Ya Allah mohon doakan yang baik baik untuk miss epa ya. 

Nak share sikit pengambilan supplement masa pregnant. Setiap ibu pun nak yang terbaik untuk baby dia kan. Nak anak sihat dan cergas selalu. So obviously la ibu ibu semua mencari supplement terbaik untuk baby kan ? Macam aku, masalah besarnya tak boleh minum susu. Awal awal pregnant dlu aku minum susu kambing. Since aku alahan agak teruk. So minum susu keluar susu. Jadi trauma sangat sangat. Nak nangis rasa kalau kena minum susu lagi. Then dari 12 weeks sampai 36 weeks memang tak amik susu dah. 

Bila tak amik susu risau la sebab nya takot baby tak cukup calcium. Kang tulang rapuh ke, tak cukup tinggi ke. Macam macam la kita fikir kan. Pastu ada la google situ sini tgok berapa calcium diperlukan oleh ibu mengandung. Jawapan nya 1000-1200 mg sehari. Banyaknyaaaa. aduh. Mana cukup dengan makan nasi, kuah taruk santan je kan. so beli la susu strawberry dutch lady tu. Minum la sekotak kecik pagi pagi. Doc cakap tak elok jugak susu tu sebab gula tinggi. hurm. Paling elok fresh milk. Tapi bila fresh milk memang agak impossible dia nak masuk tanpa keluar kembali. -,-

Bila cerita kat sorang member ni. dia cadangkan amik OBICAL. sebab masa dia pregnant dlu, doc pakar suggest OBICAL. OBICAL ni tak di-supply dekat klinik kesihatan. So korang kena beli dekat farmasi. Kebanyakkan farmasi pun memang ada OBICAL ni. OBICAL ni supply 800 mg untuk satu biji tablet. Maka cukup la kan plus plus dengan makanan biasa kita makan. So korang telan sebijik sehari saje. Insha Allah cukup calcium untuk ibu dan baby. Ni rupa paras OBICAL tu ; 


Harga dia RM27 sekotak dekat Watson.Ada 30 biji. Tahan la 1 bulan. Tablet dia memang besar bhai. sabo jela nak menelan setiap pagi.

Memandangkan takleh minum susu. Ku gagahkan hati telan la jugak OBICAL ni. Dan aku memang tak pernah miss telan sebijik sehari. Since bila baby da besar sikit ni, dia serap lagi bnyk calcium dan mengakibatkan lenguh lenguh sendi. So far alhamdulillah, dengan izin Allah, OBICAL ni sangat membantu. Aku takda masalah sakit sakit sendi. Lenguh lenguh pun takda. Sebab masa pregnant, aku byk jalan jugak sbb opis lama tengah construction. Tp alhamdulillah, memang takda masalah lenguh kaki.

Kalau ada ibu ibu mengandung yang ada masalah takleh minum susu macam aku, elok la amik OBICAL ni setiap hari even da lepas bersalin. Sebab kita nak supply calcium untuk baby melalui susu ibu plak kan. Hihihi. 

Aku selalu beli OBICAL ni 3 kotak sekali beli. Yelah sebab nya selalu takda stock dekat Watson tu. Aduhaiii. Dekat Lazada pun ada jual. Kalau beli time ada kupon dapat less. Aku pernah dapat RM22 je sekotak sebab sale di Lazada. Kepada kawan kawan yang baru nak try, boleh la kongsi keberkesanan nya. Aku bukan jual pun ni tau. Ni aku share sebagai pengalaman aku sepanjang mengandung ni. Dekat opis aku ni pun ada member yang masalah macam aku. dia pun consume OBICAL, dan alhamdulillah dia da takda masalah sakit kaki dah. Kita tawakal dengan ubat, Allah yang Maha Memberi kesembuhan tu. Insha Allah.



Nanti dah rajin sikit I update lagi blog ni ya. Jaga diri sayangs.





terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

Wednesday, October 5, 2016

Honeymoon : Trip ke Jakarta Bandung Part 3

SALAM

Untuk entry part 3 ni amik gap dalam 2 bulan jugak untuk siap. Hahaha. Punya lah malas nak menulis. Apa nak jadi ni miss epa. Dulu kemain suka menaip. Bunyi keyboard macam muzik lagu ct nurhaliza. Mungkin sebab penambahan usia barangkali. pfft.

So nak sambung dari part 2, untuk hari terakhir di jakarta, kitorang mintak pak supir bawak ronda ronda lagi dekat bandung. So dari pagi dalam pkul 9 pagi kitorang da start jenjalan sambung shopping lagi. Pak supir kitorang macam angin sikit la sebab ari ni patut nya kena hantar kitorang balik jakarta sebab esok kitorang akan naik flight dari jakarta ke kuala lumpur. Pak supir cakap kalau balik lambat nanti macet (jam). Tp sebab kan kitorg rasa macam kena guna full service. Macet ke tak, tak kesah la. hahaha. 

Pagi tu kitorg ke Jlan dago. Jalan jalan beberapa bijik butik. Aku tak beli apa dah. Kaki macam tak larat da. Tapi mata tetap bertenaga usha sana sini. Ada yang kirim bag, baju. Last day ni la aku tlong beli kan since ada lebih duit rupiah lagi kan. Bag pun tak penuh sangat lagi. So boleh la tolong saudara mara yang mengirim. 

Dalam tenghari macam tu, kitorang decide nak gi Cibaduyut. Kata nya blogger lain kat situ banyak barangan kulit berkualiti tinggi. Aku tak berminat pun. Tapi sebab sepupu aku nak pergi. Gagah kan jua. Bagitau pak supir. Lagi la begang dia. Da la dia ajak kitorg balik jakarta pkul 10 pagi lagi. Ni drag sampai petang. Hihi. Tapi kata nya pak supir, cibaduyut tu da on the way nak ke jakarta da. So takdalah rumit sangat. 

Sampai di cibaduyut, memang pening kepala. Banyak sangat barang kulit, kain batik pun banyak kat sini. Da lah murah sangat. hihihi. Sempat la rembat baju tido selai dua. Sebab memang murah. Kat sini pun banyak gila kasut. Bermacam jenis. Tapi aku ni jenis kaki payah la nak serasi dengan kasut. Kena yang betol betol selesa je. Kalau tak abis ruam semua kaki. Sebab tu lah aku jarang tuka kasut. 3 tahun sekali kot tuka. -,- Saba je la.

amik gambar sekeping buat kenangan.

Dalam pukul 4 petang macam tu kitorang bergerak ke Jakarta since pak supir macam da text aku cakap dia upset smua dengan kitorang yang tak nak balik lagi. hahaha. Aku layan kan lah. So kitorang pun bergerak ke Jakarta dalam pukul 3 ptg. Taklah macet sangat pun. Biasa je. Pak supir ni saje je. Ingat boleh guna service dia 24 jam hari last tu. cheytt.

Kitorang sampai Jakarta pukul 7 malam. Terus pak supir hantar sampai hotel. Hotel kitorang memang dekat je dengan airport. Sebab pagi esoknya, flight kitorg pepagi lagi. Hotel yang kitorang stay untuk last night di Jakarta ialah Swift Inn Aeropolis Airport. Hotel ni taklah jauh sangat dengan airport. Takpalah kan. Sebab ada shuttle dari hotel ke airport. So no more pak supir da. Harga satu malam ialah 230 000 rp. dalam RM79 kalau convert RM. Okay lah even bilik kecik je. Lagi pun takda anak lagi. So acceptable. Kalau ada baby semua mungkin kita nak bilik besar skit la kot.

 ni lah rupa paras hotel ni.

Bagi lah sekeping letak gambar tuan tanah breakfast pepagi. Dan dan yang paling penting breakfast dia sedap gila. berbaloi baloi.

Then esok nya, pepagi lagi lepas breakfast kitorang gerak ke airport. Alhamdulillah. Tamat lah perjalanan honeymoon kekononnya. hahaha. So far, sangat best dan as usual la. Jakarta Bandung tak pernah menghampakan. hihi.

Bye bye Jakarta Bandung.




p/s : till we meet again Bandung. Next year plak eh. hihi.


terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

Thursday, August 25, 2016

Honeymoon : Trip ke Jakarta Bandung Part 2

SALAM 

Hai uols. Sambung dari entri PART 1, dan risau takot lupa semua benda. So kita update cecepat so lepas ni adik kakak semua nak ke JAKARTA BANDUNG boleh la rujuk sikit sikit entri miss epa naa. Even tak banyak tips sangat pun kan.

Okay uols. Hari pertama di Bandung, tempat pertama kitorang pergi haruslah Pasar Baru la kan. So hari ni pagi pagi lagi kitorang turun breakfast dan tunggu supir. Ni supir baru mengantikan Pak Rudy iaitu Pak Suko. Dan dia lambat 20 min sebab sesat cari hotel kitorang. -,- Aduh aduh. Asyik lambat je. Untuk trip kali ni. Aku rasa paling tak best ialah tang supir ni. Sebelum ni aku pergi amik pakej dengan Pak Salim okay je. Kali ni aku rasa sangat teruk. Supir kali ni banyak mengeluh dan sebab dia malas. Serius aku cakap. Geram pun ada. Bila aku cakap nak gi pasar baru. Dia kata orang sekarang da tak pergi da pasar baru then dia bawak kitorang pergi kedai kawan dia. Dia kata lagi murah. Dan muslim. Aku cakap boleh nak pergi tapi aku tetap nak jugak ke pasar baru lepas tu.

Pemandangan Bandung dari bilik hotel
So lepas shopping kain telekung dekat kedai kawan dia. Kitorang ke Pasar Baru. Terus la sakan kitorang beli barang. Beli kain lace pakai time raya bagai. Nampak tak semangat nih. First raya nak raya as a wife. hahaha. Poyo nya miss epa. Mohon kesabaran semua ya.hiks. Kitorang makan tengahari di Pasar Baru. Kali ni kitorang makan Ikan Terbang. Sebab apa terbang sebab ikan ni ada sayap. Best gila dan wajib semua orang rasa. Pergh. Sampai sekarang dok terbayang lagi. Dan kena menderem ke aku ni. -,-

Abam afif kunci pintu sampai terkunci dengan hati saya sekali. eh. hahaha
Selepas ke Pasar Baru, kitorang ke Toko Tiga. Shopping di Toko Tiga la plak. Aku memang niat nak beli baju dan seluar untuk abam afif. Since lepas kawin ni, aku tengok almari baju, penuh baju aku je. hahaha. So dekat Toko Tiga memang totally shopping untuk abam afif aje. Beli seluar dan terus potong secara percuma kat situ. Korang jangan dok hulur duit plak. Sebab nya PERCUMA ya.hihi.

abam afif  tengah tunggu turn potong kaki seluar
Selepas ke Toko Tiga kitorang ke Terminal Tas. Beli bag la plak. Ni tempat aku la plak shopping. Dua bijik beg aku beli. Rege tak lah murah sangat. Tapi semua pun below rm100 lah. Best la weyh kat sini.Rasa macam nak beli semua. hihi.


Gini lah keadaan nya. Ya allah pening tengok. kalau tak beli rasa bersalah -,-
Selepas ke Terminal Tas kitorang ke Butik Anak Kecil. Cari baju baby plak da. Padahal baru kawin. Pregnant pun belum. hihi. Bukan nak beli untuk kitorang. Nak beli untuk anak anak sedara kitorang. Aku habis dalam 300 000 rp jugak shopping baju zulfiqar. Teruja weyh tengok baju comel comel. Aduh. Tak leh bayang kalau ada anak nanti macam mana. 

Selepas tu kitorang mintak supir hantar ke butik jual kasut yang ada kasut brand adidas, nike semua. Sebab husband kepada sepupu aku memang datang bandung nak cari kasut. So ada lah kasut yang dicari cari. Design gitu takda kat Malaysia katanya. hihi. aku pun tak tahu iya ke idok. janji kome kome puas hati. Udah ler.

Sama je harga dengan Mitsui Outlet. Gaji nanti kita beli naa
Makan malam kami hari ni ialah di Restoran Belacan. Kalau yang pergi dengan supir memang biasa lah kan makan dekat sini sebab supir memang bawak ke sini. Ada live band. dan memang tiap kali pun diorang akan nyanyi lagu siti. pewitttt. Best plak suaranya. Layan la sambil makan nasi goreng belacan. Sedap jugak makanana kat sni.

So bila da smpai hotel, terus tido kepenatan plus kekenyangan. Alhamdulillah.



till then,

Jaga diri sayangs.



p/s: part 3 coming soon. Doa kan. 

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

Thursday, August 18, 2016

Honeymoon : Trip ke Jakarta Bandung Part 1


SALAM.

Oleh kerana ada masa terluang yang agak lama, maka nya jom la kita update blog barang sekejap dua. Nak siap kan satu satu entri kemain lama. Berapa bulan dok biar je jadi draft.Sabo je lah uols. Rutin jadi isteri ni da lain da. Tak sama macam bujang kan.

Okay orait. Nak cerita al kisah ke JAKARTA DAN BANDUNG pada 4hb Mac sampai 7hb Mac. Kemain lama. Kononya honeymoon lah. Tapi yang paling best bila meninggalkan KL dan acah acah boleh jadi orang kaya la kejap kan. Since duit juta juta dalam purse. hiks. Trip kali ni aku pergi dengan sepupu aku. Dia pun baru kawin jugak. Lebih kurang tarikh dengan aku jugak. So kira double date honeymoon. Hahaha. Gitu lah kurang lebih. 

Dari Kuala Lumpur, of course kitorang naik AIRASIA. memandangkan aku staff and dapat harga staff kan. hihi. Dari Kuala Lumpur kitorg ke Jakarta. Tiket agak mahal since airasia takda promo time ni. Tapi disebabkan perasaan nak pergi yang terlalu tinggi, so pergi lah jugakk even tiket mahal kan. hihi. Tapi Alhamdulillah, its totally worth. 

Buku merah jangan lupa bawak. 
Tiket dari Kuala Lumpur jam 9 pg. Sampai Jakarta jam 10 pg. Penerbangan selama 2 jam. Tapi since Jakarta lewat sejam, so sampai sana jam 10 pg waktu Indonesia. Sampai je kat sana kitorang amik supir. Sebab kes malas nak pikir sangat kan. Kata honeymoon. Konon tak nak sesak otak la pikir kan. Nak santai je. Hahaha. So kitorang amik pakej supir di sana. Buat pengetahuan korang, aku da ke sana dah 2 kali da. Dan setiap kali ke sana pun memang aku amik supir. hihi. Dan aku memang amik supir yang sama. 

Kalau korang nak ke sana boleh contact pak supir ni ;
+62 813-2273-1636 (PAK SALIM)

Setakat hari ni memang dengan dia lah package paling murah.

Kitorang tiba di airport Jakarta jam 10 pagi tapi supir masih tak sampai. Rupanya Pak Salim suruh orang lain yang amik kitorang dan supir tu lambat around 40 min. Bayangkan perasaan aku masa tu. Geram pun ada. Sebab rasa macam buang masa la kan. Tapi disebabkan mood 'honeymoon' so aku abaikan semua perasaan itu dan terus amik gambar dengan abam afif. Baru gembira sikit hati ini. hiks.

Bosan tak tahu nak buat apa gini laaaaa.
Lepas tunggu sikit punya lama, last sekali supir datang. Nama dia Pak Rudy. Dia mintak maaf sebab lambat. Then dia tanya nak ke mana. So aku bagitau nak ke tanah abang. Then dia bawak kitorang ke tanah abang. Tanah abang ni ada banyak floor dan banyak block. Kitorang sampai je sana terus makan dkt foodcourt di block B tingkat 6. Dan diorg punya kedai tak tulis harga pada menu. Nak selamat kau tanya dlu berapa. Sebab diorang ni kalau pelancong mula laaaaa kann. huhu. Dan semestinya makanan indonesia tak pernah mengecewa kan. Aku makan nasi dengan ayam berlado hijau. Pedas dan marvelous. 

Tak sempat lepak lama kat tanah abang sebab Pak Rudy takot jem kan. So dia suruh gerak jam 230 ptg ke Bandung. So ada lah dalam 1 jam setengah. Lepak dan jalan jalan then terus bergerak ke Bandung. Sempat la beli barang skit. Kena re-visit Tanah Abang ni sebab tak puas hati rasa hari tu. Pergi kejap sangat.

Dan perjalanan ke Bandung amik masa dalam 4 jam. Ada lah jem sikit sikit. Tapi so far okay la sebab selesa dalam kereta kan. Kitorang berenti solat dekat rest area. Macam RNR jugak. cuma surau dia taklah selesa macam surau kita. 

Takda keja dalam keta. Gini la jadinya. -,-
Di Bandung kitorang akan check in untuk dua hari di Lotus Hotel, Bandung. So far rate paling murah aku tengok dekat booking.com. Around RM80 semalam. Disebabkan bayar supir mahal mahal. So kena cari hotel murah la. Takpa lah kalau jauh dengan bandar sebab da sah sah nak kemana mana naik dengan supir kan. Kalau korang backpacker tak sesuai la dok hotel ni sebab hotel ni jauh ke dari jalan besar dan kedai. Jauh untuk amik taxi semua bagai. 

Kitorang sampai di hotel jam 600 petang gitu. Then rehat kejap. Solat semua. Terus mintak supir bawak pergi makan dekat The Valley. Mahal bhai kat sini. Tu first and last pergi situ. Lepas ni taknak da. Hahaha. Habis dekat 700 000rp kat situ. Acah acah candle light dinner la kan. Tapi makanan dia sedap. Padan dengan harga dia. Merasa lah candle light dinner. Kalau nak candle light dinner kat Malaysia lagi mahal gamaknya.

Candle light dinner uols. Jangan marah. hiks.
Kitorang terlupa nak beli universal adapter tau. So untuk trip kali ni kitorang sampai sudah tak beli. Tapi guna usb tv untuk charge fon dan power bank. hihi. 

Lepas makan kitorang balik hotel and then tido. Penat seharian dalam kereta. pfft.




Till then,
Jaga diri sayangs.




p/s :  Part 2 menyusul. Doakan diberi kelapangan masa. 

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

Saturday, March 19, 2016

Majlis Kenduri Kesyukuran #epaafifkawin

SALAM SEMUA.

Hai uols. Buat apa semua ? Moga sentiasa sihat sejahtera. Hari hari rutin sama pergi keja balik keja. Tak sedar da dkt 2 bulan da kawin. Alhamdulillah. Sampai sekarang masih dalam stage memahami pasangan. Hahaha. Abam afif kena banyak bersabar lah dalam nak memahami miss epa yang banyak sangat kerenah nya. hihi.

Hari ni kita story skit berkenaan majlis kenduri kesyukuran yang diadakan pada 6hb Februari 2016. Sehari selepas akad nikah. Majlis dari pukul 11 pagi sampai 7 malam. Biasa lah kenduri dekat kelantan memang lama sampai ke malam pun still ada yang datang. Pengantin kena tahan senyum sampai malam. Sapa yang teringin nak berkahwin dengan orang kelantan kena practice senyum dari sekarang. hihi.

Pada hari kejadian dia da tak berdebar nervous macam hari akad nikah da. Hari majlis dia berdebar risau makanan,goodies tak cukup je. hahaha. Lain pulak benda nya. Dan alhamdulillah. Everything went very well. Terima kasih kepada kaum keluarga yang banyak menolong memastikan majlis berjalan lancar. Dan kepada kawan kawan yang sanggup jadi dayang dayang jugak. Mekasih atas sokongan semua. 

tema kaler biru uols. Nak lagi dull sebenarnya. tetapi tak jumpa. sobsosbsob.

Ya Allah, rindunya kat korang. sobsosbsobs
Sesi potong kek berlangsung jam 4 ptg macam tu. Sesi ni patot nya takda pun. Tetapi my cousin nak sponsor kek dan baju. Aku rasa sgt lah bertuah. Peringatan kepada semua bakal pengantin, make sure korang beli makeup remover dengan wet tissue ya. Macam aku terpaksa beli sbb tak pernah pakai sebelum ni. So ada lah sejam saje untuk remove make up. Fuhh. Lepas tu baru solat, then make up lagi untuk sesuai dengan baju untuk potong kek. Masa ni abam afif tertinggal dia punya baju kemeja. Nak sepak lelaju rasa masa tu. -,- Dalam bebanyak benda itu yang dia lupa. hadoi.

Lepas tu terpaksa la pinjam abg ngah aku punya. tu yang jadi kemeja polkadot tu. hahaha. Kuang asam abam afif lupa part penting gitu. Cissss.




Make up untuk hari kejadian ni semua oleh kak Aida Mohamad ( https://www.facebook.com/aida.berry1 )
Kek dan design baju yang sangat cantik. hihi
 (abaikan kemeja polkadot abam afif tu) -,-

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Makanan pun cukup, goodies pun cukup. Pengantin pun gembira. Hahaha. Nampak nya macam tulah. Kepada semua saudara mara dan kawan kawan yang hadir ke majlis saya hari tu terima kasih sangat sangat. Nanti iols upload gambar korang bila da dapat gambar dengan photographer ya. I pun da tak sabar tunggu 10buckphotos bagi gambar ni. Korang kalau area kelantan boleh la amik ngan diorang ni. Really recommended tau. Even kitaorg hanya jumpa di event je tp tak rasa awkward langsung. Nak comey comey ngan abam afif pun tak segan. hiks. 


till then. jaga diri sayangs.




p/s : satu lagi majlis. To be continue.

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.