Tuesday, January 4, 2011

-tips kawal kemarahan-

SALAM SEMUA.

fuh.semua result mid sem dah kuar.result ak okay la.alhamdulillah.
bersyukur dengan rezeki Allah berikan.sekarang ni kita dah 
berganjak ke tahun 2011.aish.cepat sgt masa berlalu.macam macam 
dah kita lalui dari hari ke hari.takpa takpa.pengalaman mematangkan fikiran.

hari ni ak nak kongsi satu tips yang agak menarik.tips mengawal 
kemarahan.for sure la.kita semua xpernah xbuat silap kan?nak xnak msti 
pernah terguris hati org sekeliling.so hari ni kita check out pasal tips 
mengawal kemarahan supaya kita ni bleh tergolong dalam golongan 
yang sabar dan bukan nyer tergolong dalam golongan orang yang gelabah.hee.

jom usha info pasal emosi marah ni:
kenali empat jenis pemarah
 orang yang cepat marahnya.tapi lambat redanya.
orang yang lambat marahnya.dan lambat pula redanya.
orang yang cepat marahnya.cepat pula redanya.
orang yang lambat marahnya tapi cepat redanya.

keburukan sifat pemarah
ramai yang menjauhi.
hidup dalam keadaan murung.
berfikiran tidak waras.
sukar membuat keputusan yang betul.
pendirian tidak kukuh kerana sering terikut ikut dengan perasaan.

 tips mengawal kemarahan

jangan terlalu ikut perasaan
okay.bila korang rasa nak marah or bengang je.jangan
terlalu ikutkan perasaan marah tu.istighfar banyak banyak.
bincang elok elok dulu and then fikir secara tenang.bila fikiran 
kita tenang.baru la kita dapat menilai mana yang baik mana yang buruk.

jangan melepaskan kemarahan 
ni pun sgt penting.korang mungkin rasa bila
korang melepaskan kemarahan pada orang yang korang
marah tu.korang akan lega.tapi korang silap sebenarnyer.
sebab korang dah buat orang yang korang marah tu rasa xselesa.
so lebih baik korang lepaskan kemarahan dengan cara menulis
dalam kertas ke or dengan cara bercerita pada kawan kwan.

ingat maruah diri dan keluarga
 yang ni pun agak penting.masa korang rasa marah tu.
jangan la mengeluarkan perkataan perkataan yang
bleh buat orang jadi kurang hormat kat kita.
bila kita marah dgn cara menghina or mencarut carut.
for sure orang dah hilang respect kat kita kan?
nampak la macam mana perangai kita kan?
ni bleh buat perspective buruk pada diri kita dan keluarga.

berfikiran positif 
ni yang selalu ummi ak pesan.jangan syak wasangka
kat orang.mybe niat dia laen.kita xtahu.amboi ummi.
kalo dah marah.sy xsempat nak pikir apa apa dah.hee.
so kita kena la sentiasa berfikiran positif.kalo perasaan marah 
tu datang.cepat cepat pikir.mgkin ni ujian Allah.dan setiap
yang berlaku pasti ada hikmah.


elakkan mengingati
elakkan mengingati sesuatu yang boleh membuat kan kita
marah atau bengang.kalo bleh bagi tau org sekeliling
supaya perkara yang bleh buat kita marah tu xdiungkit lagi
kita pun xpayah la nak kenang sesuatu yang bleh buat kita marah.
kata orang memaafkan mungkin bleh.
tapi melupakan itu mustahil. 


buat aktiviti yang mengembirakan
ni lah yang ak selalu buat bila ak marah.dan selalunyer
bila ak marah.ak akan paksa diri supaya cepat cepat tidur.
xnak pikir apa apa.al maklum la.bila kita marah ni.
yang paling gembira nyer syaitan la kan?
tu yang buat kan fikiran kita nak buat bnda yang
bertentangan dengan agama.kalo korang marah.korang bleh dengar 
muzik ke.dengar zikir ke.hee.mana ah tahu.dapat
menangani perasaan marah tu.


ikut cara islam
dalam islam pun ada bagitau macam mana nak menangani
perasaan marah ni.contoh nyer berwudhu' or solat sunat.
bila hati kita tenang.insya allah.xda nyer kita nak mengamuk
sakan kan?so dekatkan diri dengan Allah.hati jadi tenang.senyum.




ha.tu jelah tips yang mampu ak bagi kat korang sebab ak pun xexpert 
pun utk mengawal kemarahan ni.kadang kadang geram dengan 
mulut ni sebab cepat je melatah pantang tengok silap skit.tp xpa lah.
sama sama lah kita muhasabah diri eh.yang baik jadikan teladan.
yang buruk jadikan sempadan.


jangan marah.nanti kena jual.haha. 

 
abaikan muka penuh emo tu.haha.






                     
p/s: macam akan dapat nokia x5 je hujung minggu ni.hee :)

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

10 comments:

hans said...

den kalau marah pun orang kata macam xmarah
hahahaha

P/S : Belia Benci Kuliah Minggu Pertama!

ijatnuar87 said...

heheheh..suker entri nih...sbb dlu ambe ni mmg jenis panas baran,cuma skrang dah kurang dah...
tmbahan satu lagi,kalu marah2,bayangkn muka gorila @ orang utan marah,camtu la buruknya ruper kiter biler kiter marah,hehehe

Anonymous said...

Kalau marah2 nti cepat tua, ye x? hheee

FazMelati said...

mengawal kemarahan, good info =)

missepafazwin said...

hans: haha.xdpt den nak nolong! :)

missepafazwin said...

ijatnuar: haha.stuju stuju! :)

missepafazwin said...

ifa zafrah: btol btol.nnti cepat tua.:)

missepafazwin said...

melati: sharing is caring! :)

fya zainal said...

baguslah tips ni

NuSaNa NoSa 91 said...

memendam kemarahan tu bagos.. tp jgn biarkn smpai ia jd dendam.. bahaya~ huk3~ =.=