Wednesday, June 27, 2012

saya,adik dan kawan

SALAM SEMUA

hai hai. selamat tengahari semua. apa khabar ? harap semua nya dalam keadaan
sihat sejahtera. hari ni banyak benda miss epa buat. dari pagi smpai tengahari.
penat wa cakap lu. drive ke situ dan ke sini. bajet macam jalan kaki la kan ?
sila bersyukur ya miss epa. aircond cik lisa pun dok elok lagi kan ? -.-

hari ni nak cerita something interesting dan agak memeranjatkan ;

aku terkedek-kedek mendaki tangga naik ke bangunan tabung haji.
hari berniat nak bukak akaun tabung haji. umur da 21 tahun baru terpinga-pinga
nak bukak akaun tabung haji kan ? padahal menunaikan haji tu salah satu rukun 
islam. masa yang agak terhad membuatkan urusan nak bukak akaun ni asyik
 tergendala je. mintak maaf. -.- sila perbaiki diri ya miss epa. 

lepas isi form bukak akaun. ak mula la melilau mata. tengok kerusi mana
yang masih kosong. angka giliran ak dalam 14 nombor lagi. nasib baik tak ramai sangat
orang. so tak yah tggu lama sangat.

kawan aku : epa ? 
aku : sapa ya ? 
*memang ak jenis pelupa sbb selalu telan kerengga -.-!*
kawan aku : saya la. fatin. yang selalu maen sekali dlu.
aku : ha! fatin! laa. lama tak jumpa.
kawan aku : aah. sihat ke? buat apa ni? masuk duit eh ?
aku : alhamdulillah sihat. tak la. baru nak bukak akaun ni.tu la.
da tua macam ni baru nak bukak akaun.hee.
*tertunduk malu* 
kawan aku : takpa. at least ada kan.
aku : fatin bukak akaun jugak ke ?
kawan aku : aah. tp bukak akaun anak.
aku : anak ? 
*macam kuat sket perkataan 'anak' tu aku sebut *
kawan aku : aah anak.
aku : ya ke ? la. da berapa tahun da anak?
kawan aku : baru 4 bulan.
*sambil tersenyum bahagia*

ya Allah. punya lah terkejut ak tadi. dengar dia nak bukak akaun untuk
anak dia. dia punya umur sama dengan aku kot. da ada anak sorang da.
da boleh bukak akaun tabung haji untuk anak dia da. ak ni baru nak
bukak akaun untuk diri sendiri kot. -.-

haiyooo. cepat nya masa berjalan kan ? status masing masing pun da 
berubah. ada anak. ada suami. alhamdulillah. aku ingat lagi kawan aku ni
dulu maen galah panjang , kriket kampung , batu seremban, macam macam
lagi la nama permainan yang ak sendiri tak reti nak translate dlm bahasa baku.
harap maaf. -.-

lepas pi tabung haji. kitaorang pi pos barang untuk SF Beauty. Alhamdulillah.
ada sambutan dari pembaca blog miss epa.lepas tu bila kelaparan.
aku dan adik tersayang ke mc donalds melahap la der. apa lagi. hee.

deq mey belanja mc donalds.

orang kata kami couple. -.- sebab muka deq mey tua. haha.



p/s: berada di rumah dengan family adalah yang terindah. :)

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

3 comments:

kurus said...

aiyakkk epa kena cepat2 tawin dikk ekeke ;)

KFriend said...

done follow ... Follow me back ,... http://seosip.blogspot.com

Aida Azryn said...

uiyooo... mcd!! hukhuk. >.<"