Monday, July 29, 2013

Trip ke Medan Part 3


SALAM SEMUA.

hai hai semua. kali ni aku tak delay lama untuk update yang part terakhir medan ni. bukan apa malas bertangguh la kan. sebab nya lepas ni da nak raya. nanti aku nak masuk kan berlambak lambak gambara raya. ahem. ada aku kesah korang tak suka ?  hahaha. (sila lempang bnyk bnyk agar aku sedar) . da la merapu. nak sambung cerita ni.

Perjalanan dari Danau Toba ke Medan sangat la lama. dalam 5 jam jugak. kalau tambah traffic jam dengan lori terbalik, van terbakar. so bertambah tambah la lama nya lagi. seperti yang kita tahu fasiliti jalan raya di Medan ni tak lah elok sangat. oleh itu, even kemalangan atau apa apa sahaja yang berlaku di atas jalan raya akan mengambil masa yang agak lama. so agak cramp la punggung kami semua di dalam van Pak Eddie. Nasib baik ada handphone. boleh maen candy crush bnyk bnyk nak hilang kan bosan.

Kami tiba di Medan dalam pkul 8 malam. Kami singgah dlu di kedai Bika Amboh yang di bgtau kepada smua orang akan kesedapan kek lapis nya itu. Oleh itu singgah la kami smua. Try dua tiga keping then tempah la dua tiga kotak kek. Esok nya Pak Eddie akan datang amik kek kami dan terus amik kami di hotel utk ke airport.
dua perempuan yang tak pernah tak eksited. -,-

Kami semua bermalam di Grand Sakura Hotel. Kos nya rm185 untuk dua bilik. aku tulis dalam ringgit malaysia sbb aku lupa bape rupiah. haha. oleh sebab kami terlebih orang. kami semua 6 orang, dan miss reception yang cantik tu mintak kami amik extra bed. beliau tak benarkan kami duduk 4 org satu bilik. geram jugak la sbb nya before ni. dekat berastagi okay je. datang sini berbeza plak benda nya. nak tak nak kitaorg tambah la extra bed. 2 bijik plak tu kena tambah. 300 000 rupiah utk dua extra bed. dapatlah tambah dua pax utk breakfast lagi. 

Malam tu kitaorg cuma jalan jalan sekitar hotel dan makan malam di warung warung. Cuak nak jalan jauh jauh sebab bukan tempat kitaorg kan. so jalan dekat dekat je. dekat area hotel kitaorg ada polis dok jalan jalan. so boleh la tanya tanya dia rumah makan muslim kat mana. 
dua hero sembang pelbagai isu.

Esok nya kitaorg di jemput Pak Eddie pkul 9 pg lagi sbb flight pkul 2ptg ke Subang Airport. Before ke airport kitaorg nak beli belah di Medan dlu. Oleh itu, Pak Eddie bawak kitaorg ke Pasar Ikan. Bukan jual ikan ya sayang sayang smua. Jual baju, kain. Sama je macam di Bazar Tok Guru kat kelantan. tapi lagi selesa di Bazar Tok Guru sbb ada toilet semua. -,-
Banyak jugak kami memborong di Medan. Beli macam macam. Jubah, baju, kain buat baju kurung. smua la. Harga tak murah sangat pun. Pendapat aku la. Sebabnya nak kat Vietnam lagi murah. 

Selepas ke pasar ikan, kitaorg ke Istana Maimun. Pak Eddie beria nak bawak kitaorg tgok istana. Adehh la. Pergi la kitaorg kat sana. Di sana kitaorg pun bergambar banyak banyak. Then beli souvenir banyak banyak untuk di bawa balik kepada orang orang di Malaysia.




kisah istana maimun bersama puteri raja dan dayang dayang nya. 

Dalam pukul 12 tengah hari kitaorg bertolak ke airport. Jalan tak jam sangat. Traffic elok elok sahaja. Alhamdulillah. Smooth je smpai airport. Bila da smpai airport tu, salam salam dengan pak edie, mintak maaf smua. terus je kitaorg masuk airport. before masuk ada la seorg lelaki ni tarik beg kitaorg. aku plak macam terpinga pinga smua. adehh la. Lelaki tu bukan maen lagi bg amik boarding pas kitaorg bg polis yang guard kat situ. ni lah mereka mereka yang bekerja amik tips dari pelancong tanpa kita sedari. Da la kita tak suruh. Main redah je. Last sekali kitaorg buat tak nmpak je kat dia. lama la jugak dia berdiri kat situ ngan kitaorg. Then lama lama dia blah pergi kejar orang laen yang lebih berduit. kitorg ni budak budak lagi. mana mampu nak bg tips bnyk bnyk. -,- 

Selesai smua check in dan lepas kastam semua. baru lah lega. masa tu kutuk kutuk semua benda yang tak suka pasal medan. haha. da tau nak melangkah ke Malaysia kan. kehkeh.

 itu sahaja cerita nya di Medan.




Indah hanya seketika.semoga persahabatan kekal. 

overall ; pendapat peribadi saya. elok nya if u nak ke medan. pergi lah lama skit. dalam 5 hari. jangan pergi 3 hari. tak sempat la nak berjalan jalan di sebabkan masa yang terlalu singkat. Di sana, pemandangan sangat cantik. untuk shopping, bkn tempat yang sesuai nak memborong banyak. Untuk percutian kali ni detail bajet seperti di bawah ;

RM120 - Tiket flight FireFly pergi balik 
RM200 - Kos pengangkutan dan hotel selama 3 hari 
RM500 - Kos Makan dan Shopping di Medan

total  - RM820 

Nak murah lagi kurangkan kos shopping anda. Berjimat cermat amalan mulia. :)



trip ke Medan part 1
trip ke Medan part 2
p/s: lepas ni nak ke mana lagi ?

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

9 comments:

aizu's life said...

Salam..
blh bg sy no fon supir? tQ :)
aidazuriana@gmail.com

Ra1m1 said...

terima kasih... saya akan ke sana February 2014 nanti. info berguna. tq!

manusia biasa yang cuba menjadi luar biasa dari kebiasaan.. said...

salam boleh emailkn kpd sy no pak supir..sy nk kesana this jan 2014..terima kasih bgi info bagus

manusia biasa yang cuba menjadi luar biasa dari kebiasaan.. said...

salam...boleh emailkn kpd sy no pak supir di medan di nafisah.hh@gmail.com..sy akn kesana bulan depan..terima kasih ya

manusia biasa yang cuba menjadi luar biasa dari kebiasaan.. said...

boleh eailkn kpd sy no pak supir di medan?

Unknown said...

Gud info. Eh sy pun pegi bln 2 2014, bole grouping? Hehe

Unknown said...

Eh same plak pegi bln 2. Bole grouping. Hehe

BeBs said...

Nak no fon supir boleh?

Unknown said...

salam..boleh emailkan saya no supir tu??..
thanks..
amalia_rusdi@yahoo.com